Searching...
Saturday, January 5, 2013
1:54 AM 0

Langgar sumpah,apa akibatnya?

Gambar hiasan semata-mata,ihsan dari google


“Apabila Melanggar Sumpah Apa Hukumannya?”

Dalam persoalan ini, anda perlu mengenal pasti adakah sumpah yang anda buat adalah atas nama Allah Subhanahu Wa Ta’ala ataupun sekadar sumpah yang hanya dibuat gurau-gurauan.

Jika sumpah tersebut dibuat atas nama Allah Subhanahu Wa Ta’ala seperti;

“Demi Allah, aku tidak akan pijak lagi rumah engkau ini”


Atau lain-lain.

Ringkasnya, jika sumpah tersebut dibuat dengan nama Allah, sifat-sifatNya yang wajib ataupun dengan KeagunganNya, anda adalah berdosa dan perlu membayar Kifarah Sumpah.

Kifarah Sumpah ialah:

1. Memberi makan 10 orang miskin. Setiap seorang sebanyak secupak beras. Atau,
2. Memberi pakaian (benda yang dipakai mengikut adat setempat) kepada 10 orang miskin. Atau,
3. Membebaskan seorang hamba yang beragama Islam. Hamba tersebut mestilah seorang hamba yangsempurna anggota badan dan boleh bekerja.

Namun begitu, bagi mereka yang tidak mampu untuk melakukan ketiga-tiga perkara tersebut, maka dia dikehendaki berpuasa sebanyak tiga hari dan menurut Mazhab Syafi’i puasa tersebut tidak disyaratkan secara berturut-turut.

Sila berhubung dengan Pusat Pungutan Zakat yang berhampiran untuk membuat bayaran kifarah tersebut.

Wallahu’alam….

- JAKIM



sumber

0 comments:

Post a Comment