Kerja- Sibukkan diri dengan kerja yang perlu dilakukan. Apabila kita sedang melakukan sesuatu, fokus akan teralih kepada kerja yang sedang dilakukan. Jangan biarkan diri berada dalam keadaan statik. Ini adalah kerana otak manusia sentiasa digunakan untuk berfikir. Sekiranya tiada perkara lain yang difikirkan, fikiran akan dipengaruhi oleh perasaan sedih yang sedang dihadapi.
Keluar- Dengan berjalan keluar akan mendapat ketenangan secara semulajadi. Berinteraksilah dengan alam sekitar kerana ia dapat membantu untuk membuatkan pemikiran lebih luas. Lihat alam sekeliling, bagaimana mereka menempuhi kehidupan. Bandingkan dengan permasalahan kita, pasti ada orang lain yang menimpa nasib yang lebih teruk tetapi mereka tidak pernah sesekali berputus asa.
Mendekatkan diri dengan agama- Ini juga merupakan cara terbaik untuk kita menenangkan diri daripada segala macam permasalahan. Semakin kita mendekati agama bermakna semakin tenang kehidupan kita. Ini adalah kerana dengan agama dapat membantu untuk membersihkan rohani dan jasmani yang selama ini telah tercemar dengan pelbagai tipudaya dunia.
Belajar untuk menerima kebenaran- Seseorang perlu belajar untuk menerima kebenaran walaupun ianya amat sukar untuk di terima. Jangan terlalu di ikutkan perasaan yang sedih, anggap ia hanya satu dugaan yang perlu ditempuhi. Setiap kesulitan pasti ada hikmah yang tersembunyi. Antara hikmah paling besar di dalam setiap dugaan adalah ia akan lebih mematangkan seseorang.
0 comments:
Post a Comment