Searching...
Thursday, January 31, 2013
5:24 PM 0

Nora Danish : Saya tidak kisah bercuti dengan Fasha



Nora Danish : Saya tidak kisah bercuti dengan Fasha | KUALA LUMPUR : Bekas isteri Rizal Ashram Ramli atau Jejai, Nora Danish tidak kisah sekiranya pergi bercuti dengan isteri bekas suaminya, Fasha Sanda.

Umum mengetahui, hubungan Nora dengan keluarga mertuanya begitu rapat dan mesra walaupun tidak mempunyai sebarang ikatan dengan Jejai lagi.

Setiap tahun, Nora akan pergi bercuti dengan keluarga bekas mertuanya bersama-sama dengan anak lelakinya, Rayqal.

Kata Nora, dia tahu pastinya percutiaan tahunan keluarga Jejai akan turut dihadiri oleh Fasha nanti.

“Kalau Fasha ada sekalipun saya okay je. Saya yakin perkara sebegini berkemungkinan besar akan terjadi.

“Walaupun saya hanya bekas menantu tetapi hubungan saya dan anak terlalu akrab dengan keluarga di sana,” kata Nora yang dipetik dari MyArtis.com.

Sebelum ini, umum mengetahui Nora dan Fasha tidak mempunyai hubungan yang baik.

Lantaran itu, mereka tidak pernah dilihat bertemu dalam majlis kekeluargaan.

Dek kerana Nora rapat dengan keluarga Jejai, ramai yang membuat tanggapan pelakon wanita cantik itu sengaja merapatkan diri dengan keluarga bekar mertuanya.

“Saya masih tetap dilayan baik oleh keluarga bekas suami dan kami anak beranak akan bercuti bersama-sama pada setiap hujung tahun.

“Dari awal lagi kami memang rapat, malah anak saya merupakan cucu sulung mereka. Memang mereka terlalu memanjakan Rayqal, jadi setiap hujung tahun mesti keluarga sana mengajak saya dan anak pergi bercuti. Kalau mereka tak ajak, takkan nak suka-suka ikut mereka,” terang Nora.-mynewshub.my

0 comments:

Post a Comment