6 Makanan Yang Membuat Anda Cepat Kenyang | Dengan memakan makanan yang membuatkan anda cepat kenyang, pasti ia dapat membantu anda mengawal jumlah makanan yang diambil. Selain itu, ia juga akan membantu anda untuk mendapatkan diet yang yang seimbang. Jadi, apakah makanan yang membuatkan anda akan berasa cepat kenyang?
(1) Telur- Hasil kajian menunjukkan bahawa seseorang yang memakan telur pada waktu pagi akan membantu mereka untuk mengurangkan lagi berat badan. Ini kerana anda telah mendapatkan protein yang secukupnya untuk mengelakkan daripada berasa lapar. Selain itu, ia juga akan memberi anda lebihan tenaga.
(2) Sup sayur-sayuran- Makanan yang mengandungi banyak air sememangnya akan membantu anda untuk berasa cepat kenyang. Khasiat yang ada pada sayur-sayuran pula akan dapat membantu anda untuk mendapatkan tenaga yang diperlukan oleh tubuh badan.
(4) Gandum- Hanya dengan setengah cawan gandum dapat memberikan tenaga yang secukupnya kepada tubuh badan seseorang dalam jangkamasa 4-6 jam.
(5) Epal- Sekiranya anda seorang yang sukar untuk mengambil sarapan, hanya dengan memakan sebiji epal dapat membantu anda untuk memberikan tenaga sehingga waktu makan tengah hari.
(6) Kekacang- Kandungan kacang yang kaya dengan protein akan membantu anda untuk berasa lebih cepat kenyang.
0 comments:
Post a Comment