Gambar Hiasan
Mayat Hampir Reput Ditemui Di Klang | KLANG: Mayat seorang kanak-kanak lelaki yang hampir reput ditemui terapung di sungai dekat sini.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, mayat tersebut ditemui di jeti Sungai Sireh dekat rumah flat Sri Perantau, kira-kira pukul 6.30 petang, Khamis.
"Berdasarkan ketinggian, kanak-kanak lelaki itu berusia di antara enam atau tujuh tahun. Dia memakai baju T berwarna kuning, berseluar pendek dan berkulit putih. Di baju T tersebut tertera tulisan 'Active Group' berwarna putih dan 'Best Team' berwarna biru," katanya kepada pemberita di Hospital Tengku Ampuan Rahimah.
Ketika ditanya sama ada mayat tersebut mungkin ada kaitan dengan kehilangan William Yau Zhen Zhong, Mohamad menggesa orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi sehingga post-mortem dan ujian DNA yang dijadualkan pagi Jumaat dilakukan.
"Tiada kes kehilangan kanak-kanak dilaporkan di kawasan tersebut baru-baru ini," katanya.
Ibu bapa William, Yau Kok Kang dan Goh Ying Ying tiba di bilik mayat hospital tersebut tengah malam tadi dan meninggalkan kawasan itu 30 minit kemudian.
0 comments:
Post a Comment