Searching...
Sunday, January 6, 2013
5:41 AM 0

Janda 18 Tahun Ditangkap Bersekedudukan Selepas Sebulan Bercerai



Apalah nak jadi kepada seorang gadis ini. Umurnya baru 18 tahun tapi sudah bergelar janda.

Malah lebih memalukan kerana tidak sampai sebulan bercerai dengan dengan bekas suaminya, dia ditahan bersama seorang lelaki yang dipercayai kekasihnya pada zaman persekolahan, pada Khamis lalu.

Mereka disyaki berkhalwat dalam sebuah bilik di Padang Sera, Jitra, Kedah.

Pada mulanya, apabila serbuan dilakukan kira-kira jam 3.30 pagi oleh sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP), gadis itu dan pasangannya berpura-pura mengaku sebagai sepasang suami isteri.


Untuk lebih menguatkan lagi kepercayaan pihak berkuasa, mereka mendakwa seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan yang turut berada dalam bilik sama adalah anak mereka.

Sedangkan, bayi berkenaan adalah anak kepada janda berusia 18 tahun itu.

Memetik laporan Harian Metro, ketika pemeriksaan di bilik berkenaan, pintu bilik dibuka seorang lelaki dan seorang wanita serta bayi lelakinya berusia tujuh bulan ditemui dalam bilik itu.

Selepas meminta dokumen pernikahan untuk membuktikan mereka adalah suami isteri, pasangan itu memberi alasan tertinggal di rumah dan selepas soal siasat lanjut dijalankan, hubungan sebenar mereka diketahui.

Difahamkan, pasangan itu dipercayai dari Simpang Empat, Perlis dan sanggup datang ke Padang Sera, di sini untuk melepaskan rindu.

Pasangan itu ditahan kerana disyaki berkhalwat dan dibawa ke balai polis berhampiran untuk dibuat laporan tangkapan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 9(1) dan (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana berkurung sehingga mendatangkan syak kepada orang ramai.

Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Mereka kemudian dibebaskan selepas keterangan diambil di pejabat PADKP.-mynewshub.my

0 comments:

Post a Comment