Searching...
Wednesday, September 4, 2013
6:39 AM 0

Saya minta maaf! - Halim Othman


Saya minta maaf! - Halim OthmanNAMA Halim Othman bersama seorang wanita, Dania Danisha, pernah menjadi bualan hangat di blog-blog hiburan tempatan sejak beberapa minggu lalu.

Bermula dengan penyebaran sekeping gambar mesra mereka, penyampai radio Suria FM yang hampir mencecah usia separuh abad ini, dihimpit kontroversi hebat.

"Biarlah ia berlalu. Lagipun, hal ini adalah satu perkara yang membuang masa. Saya tiada apa-apa lagi kenyataan yang hendak dibuat mengenai hal itu," tegasnya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Rumah Terbuka Suria FM.

Siapa sangka, reaksinya terhadap gambar mesra yang tersebar itu hanya mengundang kemarahan empunya diri yang bernama Dania Danisha.

Menerusi akaun Facebook miliknya, wanita itu menyelar kenyataan Halim dan mendakwa hubungan mereka lebih dari seorang peminat.

Selain kerap kali keluar bersama, wanita itu turut mendakwa pernah dilamar Halim. Bagaimanapun atas faktor jarak usia, dia terpaksa menolaknya.

Enggan lagi memperbesarkan isu tersebut, Halim berkata, dia tidak menyimpan sebarang perasaan negatif mahupun dendam terhadap wanita tersebut dan dia turut berhasrat agar wanita itu juga punya pendirian sama sepertinya.

“Di hari raya ini, saya ingin meminta maaf kepada semua sekiranya saya pernah melakukan kesilapan,” katanya ringkas.

Ditanya, sampai bila lagi dia akan hidup membujang, kata Halim, buat masa ini dia masih belum mempunyai teman istimewa, namun jauh di sudut hatinya dapat merasakan ia bakal berakhir tidak lama lagi.

“Saya berharap dan saya dapat merasakan di dalam lubuk hati, masa bujang saya dah tak lama. Mungkin sehingga tahun depan. Sekitar hari jadi saya tahun depan.

“Apa yang penting, ciri-ciri bakal calon itu haruslah seorang yang berinspirasi, tidak terlalu memaksa dan mempunyai personaliti tersendiri,” katanya.-sinar harian

0 comments:

Post a Comment