Searching...
Sunday, September 22, 2013
4:24 PM 0

Rakan Curiga Darah Di Lantai


SEMPORNA – Perasaan curiga seorang pelajar yang melihat lantai bilik asramanya dipenuhi darah terjawab apabila menjumpai janin di dalam sebuah tong sampah.

Janin yang tidak cukup bulan itu dipercayai milik rakan sebiliknya yang mengandung hasil hubungan seks bersama teman lelakinya.

Memetik laporan Harian Metro, kejadian bermula apabila pelajar itu mahu masuk ke biliknya dan mendapati ia berkunci dari dalam.

selepas mengetuk beberapa kali, suspek akhirnya membuka pintu dan keluar untuk membuang satu bungkusan.

Ditanya mengenai darah di lantai, suspek memberi alasan bahawa dia sedang haid.

Tidak percaya dengan alasan rakannya, pelajar itu kemudiannya memeriksa tong sampah sebelum menemui janin tersebut dan segera memberitahu pihak warden yang kemudiannya membuat laporan polis.

Suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran bayi.-mynewshub

0 comments:

Post a Comment