Searching...
Saturday, September 28, 2013
9:57 AM 0

Saya Akan Komen Selepas Segalanya Pasti - Almy Nadia


Saya Akan Komen Selepas Segalanya Pasti - Almy NadiaPETALING JAYA: Pelakon Almy Nadia hanya akan menjawab segala teka-teki tentang hubungan dia dengan bekas kekasihnya iaitu pelakon Fizz Fairuz selepas semuanya jelas dan pasti.

Almy Atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 27, berkata, buat masa ini dia memilih untuk berdiam diri dan menyerahkan segalanya kepada Fizz Fairuz.

“Saya tidak mahu komen apa-apa tentang hubungan kami kerana saya perlu menjaga hati banyak pihak.


“Biar dia sahaja yang buat kenyataan itu kerana dia lelaki, saya hanya akan bercakap bila semuanya sudah jelas sahaja,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.

Almy berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kenyataan Fizz Fairuz yang mengakui kembali menjalinkan hubungan cinta dan akan bernikah dengan wanita itu pada tahun hadapan.

Tambah Almy, buat masa ini pihak keluarganya juga belum mengetahui apa-apa tentang perkara itu.

Dalam pada itu, Almy yang kini tampil dengan imej berambut pendek mahu memulakan hidup baharu.

“Beberapa bulan yang lalu ini memang banyak dugaan dan ujian yang saya hadapi tapi Alhamdulillah semuanya semakin baik dan berjalan lancar.

“Sekarang saya cuba imej baru dengan berambut pendek pula sebagai simbolik memulakan kehidupan yang lebih baik,” katanya.-mstar online

0 comments:

Post a Comment