Siapa Kawan Saya Yang Jauhkan Diri? - Nabila
Siapa Kawan Saya Yang Jauhkan Diri? - Nabila | SEJAK dirinya terlibat dalam kemalangan bersama anak dan seorang rakan selebriti, pelbagai kisah mula timbul mengaitkan aktres popular ini.
Bukan sahaja dimarahi bekas suami di atas kecuaian rakannya memandu sehingga mengakibatkan kecederaan kepada anak mereka, Keisha Laila, 4, Nabila Huda turut dihunus pelbagai persoalan mengenai kenyataan bapanya, Amy Search, yang memberitahu pelakon Jodoh Itu Milik Kita ini tidak balik beraya.
Tidak terhenti di situ, Nabila sekali lagi dihimpit kontroversi apabila hari ini timbul gosip mengatakan kawan rapatnya sudah menjauhkan diri daripada terus bergaul dengan pelakon itu kerana merasakan kehidupan pelakon itu sudah banyak berubah daripada yang dikenali dahulu.
Nabila yang terkejut dengan dakwaan itu telah melahirkan rasa ketidakpuasan hatinya terhadap pihak yang menulis artikel tersebut.
Mengakui tidak marah dengan apa yang didakwakan itu, namun apa yang dikesali Nabila adalah pihak terbabit hanya menulis tanpa bertanya terlebih dahulu kesahihan berita tersebut.
"Siapa pula kawan baik yang kini menjauhkan diri setelah Nabila berubah? Kawan baik saya hanya @niesakhalil dan masa kecil @farakidal. Saya tidak mempunyai kawan yang kini menjauhkan itu. Niesa masih bersama saya dan Fara sudah berkahwin.
"Jadi, tolong berhenti bercakap benda yang salah info itu. Kalau boleh tanya saya secara peribadi dan baru tulis. Bukan tulis baru tanya.
"Dan saya bukannya marah, kamu boleh tanya saya bila-bila masa sebelum menulis kerana ini bukan cara yang betul, biasakan diri untuk bertanya dan tulis simple," kata Nabila di laman Twitternya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah portal hiburan yang mendakwa kawan rapat Nabila kini sudah menjauhkan diri dari pelakon itu kerana merasakan kehidupan pelakon itu sudah banyak berubah.
Portal tersebut turut menulis yang insiden Nabila tidak pulang beraya baru baru ini adalah kerana menghabiskan masa beraya bersama keluarga teman lelaki barunya ini di Singapura dan hubungan mereka sudah berlangsung empat bulan.
Nabila yang merupakan pemegang trofi Pelakon TV Wanita Popular 2012, anugerah kendalian akhbar tempatan enggan mengambil pusing apa yang diperkatakan malah memberitahu beliau sudah lali untuk melayan kontroversi yang menimpa dirinya.
"Terpulanglah kamu mahu tulis apa atau fitnah saya, saya tidak akan memberi apa-apa (reaksi), sejujurnya apa yang kamu tulis ini sikit pun saya tidak fikir untuk menjatuhkan saya. Cuma saya pelik kenapa kerana saya tidak dapat apa-apa pun. Mungkin kamu akan dapat gaji lebih untuk cerita lebih panas.
"Apa pun, Setiap tulisan kamu yang memburukkan saya, saya sentiasa memaafkan, tapi seburuk-buruk saya, saya tidak pernah untuk menfitnah orang," jelas Nabila.-sinar harian
0 comments:
Post a Comment