Searching...
Sunday, September 29, 2013
3:27 PM 0

Hanez Suraya Dilabel 'babi' Oleh Peminat


Hanez Suraya Dilabel 'babi' Oleh Peminat | SEJAK namanya semakin dikenali ramai menerusi drama-drama lakonannya, seiring itu juga Hanez Suraya tidak habis-habis dihimpit kontroversi. Daripada isu seluar sendat hinggalah ke kisah dia berperang dengan seorang artis senior di Twitter. Tak kurang, dia dikatakan antara artis yang dibenci peminat apabila ada segelintir peminat yang mewujudkan akaun ‘Haters Hanez Suraya’ dilaman Twitter.

Sebut soal dibenci peminat, terbaru bintang Autumn di Hatiku ini sekali lagi dipalit isu panas dan kali ini dia teruk dihentam peminat hanya kerana dia tidak membalas komen di Twitter. Peminat berkenaan telah menempelak Hanez dengan melemparkan gelaran babi terhadap aktres ini.

Bertemu empunya diri di majlis rumah terbuka Media Prima Berhad baru-baru ini, Hanez berkata isu itu bukanlah hal besar cuma disebabkan rasa tidak berpuas hati peminat berkenaan menjadikan ia semakin serius.

“Sebenarnya kalau ada masa lapang, saya suka ‘reply’ dan ‘retweet’ semula komen-komen peminat di Twitter. Tapi hari itu kebetulan, tweet yang datang dari peminat terlalu banyak. Masa itu Hanez memang tidak boleh balas semuanya jadi Hanez dahulukan ‘tweet’ yang mana penting dari teman-teman rapat dan pihak media.

“Tidak sangka pula ada peminat yang marah dan tanpa usul periksa dia kata Henez hanya balas ‘tweet’ pada peminat lelaki sahaja,” jelasnya

Bagaimanapun Hanez tidak melenting malah menghadapi situasi tersebut dengan tenang. Tidak mahu perkara yang disifatkan remeh itu belarutan, Hanez tidak mengendahkan sikap peminat berkenaan.
“Saya memang tidak layan ‘tweet’ dari peminat tu sebab bila dilayan mungkin keadaan akan bertambah teruk. Bagi saya orang seperti itu hanya mahukan perhatian,” jelasnya.

Dalam pada itu Hanez mengakui kehadiran kontroversi sedikit sebanyak membantu kerjanya sebagai seorang pelakon semakin bertambah baik. Pun begitu, dia masih menitik beratkan bakat untuk terus bertahan dalam industri hiburan ini.

“Alhamdulillah, perjalanan karier saya lebih baik tahun ini berbanding tahun-tahun sebelumnya. Saya banyak terima tawaran berlakon. Saya rasa kontroversi-kontroversi yang mengaitkan saya tu pun membantu juga tapi mana yang boleh saya tepis, saya tepis”, katanya.

Selain itu, Hanez juga turut mengesahkan sejak berpisah dengan penyanyi Awi Rafael beberapa bulan lalu, dia kini masih belum bertemu pengganti. Tambahan buat masa ini dia tidak mahu memikirkan soal percintaan sebaliknya tumpuan hanya diberikan pada kerjaya.

“Berkawan-kawan tu ada lah. Tapi untuk lebih serius, saya rasa belum lagi. Masih terlalu awal. Lagipun yang lebih penting sekarang saya mahu fokus pada kerjaya dulu”, ujarnya yang kini sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri untuk TV3 berjudul, Mr. Arrogant. – malaysiaDigest

0 comments:

Post a Comment