SERAM! Lebuhraya Karak Dan Kisah Misterinya (10 GAMBAR)
SERAM! Lebuhraya Karak Dan Kisah Misterinya (10 GAMBAR) | Mungkin ada yang penah dengar, katanya Lebuhraya Karak berhantu, keraslah, banyak kemalanganlah seperti yang pernah diceritakan blog takmungkinbenar ini pada entri yang lalu. Dan sekarang sudah ada filem seram tentang Lebuhraya ini. Sudah tentu cerita-cerita begini tidak timbul begitu sahaja, kenapa Lebuhraya Karak? Dalam banyak-banyak lebuhraya kat Malaysia ni, kenapa Lebuhraya Karak yang berhantu?
1)Antara sebabnya adalah keadaan jalan di Lebuhraya Karak itu sendiri, keadaan jalannya yang berkabus menimbulkan suasana seram terutama di waktu malam.
2)Kedua, adalah kerana banyak berlaku kemalangan di sana, tak kisahlah kerana kabus ataupun kerana tanah runtuh. Dan keadaan jalan itu sendiri menyumbang kepada peningkatan kes kemalangan di sana. Antara kemalangan yang paling popular adalah pada 20 Januari 1990, di mana 17 orang terbunuh termasuk 11 orang anggota FRU bilamana berlaku pertembungan diantara kenderaan FRU dengan sebuah lori, sebuah bas dan 10 biji kereta.
3)Ketiga, lebuhraya ini boleh dikira baru lagi diterokai dan kedudukannya berada di dalam hutan tebal yang menjadi tempat perlindungan haiwan-haiwan liar yang buas serta makhluk halus yang tinggal jauh dari manusia.
Sudah ramai yang mendakwa terserempak dengan makhluk-makhluk pelik disekitar lebuhraya ini sejak ia belum dibuka lagi. Lebuhraya karak mula dibina pada 1970 dan mula dibuka kepada orang ramai pada 1977. Lebuhraya ini menghubungkan Kuala Lumpur dengan Karak dan jaraknya lebih kurang 60 km. Lebuhraya ini mempunyai sepasang terowong di kawasan peranginan terkenal iaitu Genting Highland.-sumber
0 comments:
Post a Comment