Showing posts with label Hiburan. Show all posts

Sunday, October 5, 2014
Saturday, September 27, 2014
Penyanyi, pelakon, pengacara dan penyampai radio Mix Fm, Sarimah Ibrahim, 36, selamat melangsungkan pertunangan dengan Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar (Tunku Jamie), 42, dalam majlis ringkas di Hotel Doubletree By Hilton pada jam 2.50 petang tadi.
Gambar Sarimah dan Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar bertunang – Tunku Jamie adalah cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Acara dimulakan dengan majlis merisik dan bertukar barangan hantaran daripada kedua pihak. Acara menyarungkan cincin disempurnakan ibu saudara Tunku Jamie iaitu Raja Datin Massaha.
Pada majlis berkenaan, pihak lelaki turut menyerahkan tiga dulang hantaran dan dibalas lima oleh pihak perempuan. Hadir sama, Tunku Ampuan Negeri Sembilan, Tunku Najihah Tunku Besar Burhanuddin.
Dibawah ammboi kongsikan beberapa foto sekitar majlis pertunangan Sarimah Ibrahim dan Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar (Tunku Jamie) yang dipetik dari beberapa sumber media:
Credit-Ammboi.com
Hott!!! Anzalna Upload Gambar SeIuar DaIam Milik Siapa????
Pelakon cantik Anzalna Nasir telah memuatnaik satu gambar yang menjadi tumpuan para followernya.
Gambar itu ialah seIuar daIam berwarna coklat. Sebenarnya gambar itu menjadi bahan bualan dan juga bahan ketawa orang ramai.
Sudah pasti seular itu bukan milik Anzalna.
Gambar di bawah:
Credit-utusanmalaysiaterkini

3-Gambar Pertunangan Sarimah Ibrahim Dengan Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar
Penyanyi, pelakon, pengacara dan penyampai radio Mix Fm, Sarimah Ibrahim, 36, selamat melangsungkan pertunangan dengan Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar (Tunku Jamie), 42, dalam majlis ringkas di Hotel Doubletree By Hilton pada jam 2.50 petang tadi.
Gambar Sarimah dan Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar bertunang – Tunku Jamie adalah cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Acara dimulakan dengan majlis merisik dan bertukar barangan hantaran daripada kedua pihak. Acara menyarungkan cincin disempurnakan ibu saudara Tunku Jamie iaitu Raja Datin Massaha.
Pada majlis berkenaan, pihak lelaki turut menyerahkan tiga dulang hantaran dan dibalas lima oleh pihak perempuan. Hadir sama, Tunku Ampuan Negeri Sembilan, Tunku Najihah Tunku Besar Burhanuddin.
Dibawah ammboi kongsikan beberapa foto sekitar majlis pertunangan Sarimah Ibrahim dan Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar (Tunku Jamie) yang dipetik dari beberapa sumber media:
Credit-Ammboi.com
Friday, September 26, 2014
Panass!!!Apakah Punca Faizal Tahir Semakin Kurus???
KURUS KERANA ANAK TERLALU AKTIF
PETALING JAYA – Penyanyi dan komposer Faizal Tahir mendedahkan punca dia semakin kurus adalah disebabkan sibuk dengan tanggung jawab sebagai bapa kepada lima orang cahaya mata.
Faizal berkata, kesemua anaknya sangat aktif sehingga membuatkan dia tidak boleh duduk diam membiarkan mereka bersendirian.
“Saya kurus bukan sebab sakit tetapi kerana sibuk dengan anak-anak, maklumlah anak saya sudah masuk enam orang dan semuanya hyper active.
“Boleh dikatakan setiap hari saya berlari-lari mengejar mereka, lebih lagi kalau kami keluar ke pusat beli-belah berhampiran sehingga pekerja di situ tahu muka saya akan kejar anak-anak,” ujarnya ketika ditemui pada pelancaran album Faizul AF 2013, di Talent Lounge, di sini, Khamis.
Lima cahaya mata Faizal iaitu Ahmad Mikaeel Zidane, 9, Siti Raudhah Nur Iman, 7, dan Ahmad Rifa’ie Zidane, 6, Siti Rawdha Nur Jannah, 3, dan Siti Nawar Malaeka, 1, hasil perkahwinannya dengan isteri, Siti Raihanim Noran.
Tambah Faizal, dia tidak pernah mengambil tahu tentang berat badan sebenarnya kini, bagaimanapun mengakui tentang kesusutan.
Faizal berkata, tekanan kerja bertambah selepas dia menubuhkan syarikat rakaman sendiri iaitu Faithful Music sejak awal tahun lalu.
“Hidup saya hanya tumpu pada kerja dan anak-anak sahaja, selepas wujudnya Faithful Music tekanan kerja lebih bertambah. Namun saya gembira kerana kami sudah ada tiga orang artis iaitu Hanie Soraya, Aziz Harun dan Elizabeth Tan.
“Disebabkan terlalu sibuk juga saya sering lupa untuk makan, seperti semalam seingat saya, saya hanya makan sekeping sandwich sahaja,” ujarnya.
Sementara itu, ditanya, tentang kerjaya nyanyiannya, Faizal berkata, dia hanya akan menyanyi jika mendapat sebuah karya berbeza daripada yang pernah dibuat sebelum ini.
Bagaimanapun, Faizal mengakui rindu untuk membuat persembahan di hadapan peminat-peminatnya.
“Buat masa ini memang belum ada rancangan untuk menyanyi, Insya-Allah saya akan menyanyi jika ada lagu yang bagus dan lain daripada yang pernah saya bawakan sebelum ini.
“Kalau diikutkan memang ada rasa rindu sangat untuk buat persembahan seperti dahulu, ramai juga peminat saya yang bertanya bila saya buat persembahan seperti dahulu, tapi buat masa ini belum lagi ada perancangan untuk itu,” ujarnya. - mStar Online

Thursday, September 25, 2014
"Jangan Tiru Kami" Itu Luahan Sayu Dari Aeril Zafre Dan Wawa Zainal
Pasangan pelakon suami isteri, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal meminta masyarakat khususnya golongan muda tidak meniru cara ‘pernikahan rahsia’ mereka pada dua tahun lalu yang menyalahi undang-undang Islam di negara ini.
Aeril atau nama sebenarnya Suhairi Sunari, 27, berkata, keputusan bernikah tanpa mendapatkan kebenaran daripada jabatan agama bukan saja menyalahi undang-undang, malah menimbulkan fitnah dan kontroversi kepada mereka.
“Apa yang kami lakukan ini tidak seharusnya ditiru sembarangan oleh masyarakat. Kami ambil keputusan itu dulu ada banyak sebab dan faktor tanpa kami sedar ia mengundang masalah lain. Kami sudah melakukan kesilapan dan menerima hukuman daripada kesilapan itu. Saya harap apa yang terjadi pada kami ini dijadikan pengajaran kepada semua,” katanya.
Aeril berkata demikian ketika mengulas mengenai keputusan pertuduhan ke atasnya dan Wawa atau Nur Hawa Zainal Abidin, 23, kerana bernikah dan bersubahat melakukan upacara itu tanpa mendapat kebenaran Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk negeri Selangor. [myMetro]

Wednesday, September 24, 2014
Liyana, 26, berkata, walaupun suaminya Mohd Fathuddin tidak memberikan syarat itu, sebaliknya sebagai isteri orang, dia perlu peka agar pekerjaan yang dilakukan tidak menyentuh perasaan keluarga yang menontonnya.
"Walaupun suami tidak meletakkan sebarang syarat, tetapi benda-benda macam kita perlu peka dan jaga hatinya dan keluarga agar mereka tidak terasa dengan lakonan yang dipaparkan nanti.
"Alhamdulillah keputusan itu langsung tidak menyekat rezeki saya," ujarnya kepada mStar Online.
Liyana ditemui pada majlis pelancaran jubah rekaannya, Bella Liyana Collection di restoran Terrace, The Curve, di sini pada Selasa.
Sehubungan itu kata Liyana, pengarah drama atau filem hendaklah lebih sensitif terhadap pelakon-pelakon wanita yang sudah berkahwin dengan tidak memberikan mereka watak-watak yang tidak sepatutnya.
Tambahnya, banyak contoh karya cinta tidak memerlukan para pelakon berpegangan tangan tetapi drama atau filem itu mendapat sambutran hebat daripada orang ramai.
"Cuba kita ambil contoh seperti filem Indonesia iaitu Kapal Van Der Wijck. Filem tersebut penuh dengan elemen cinta tetapi pelakon-pelakonnya langsung tidak bersentuhan antara satu sama lain.
"Kita juga boleh buat seperti itu dengan pelbagai teknik selain penghayatan lakonan. Rasanya, bukan satu masalah untuk pengarah menzahirkan rasa cinta dalam karya tanpa perlu bersentuhan.
"Dan walaupun seseorang pelakon itu tidak meletakkan sebarang syarat, pengarah hendaklah tahu, status mereka yang sudah berkahwin tidak perlu diberi adegan-adegan panas," ujar ibu kepada Sofia Arissa yang berusia empat bulan ini.
Sementara itu, mengenai rekaan jubah Bella Liyana Collection, Liyana hanya mengambil masa dua minggu menghasilkan busana tersebut di bawah kolaborasi jenama pakaian muslimah Bella Ammara.
Liyana berkata, pada awalnya dia tidak terfikir untuk mencuba perniagaan fesyen muslimah, tetapi selepas ditawarkan untuk berkolaborasi bersama pemilik Bella Ammara iaitu Karl, dia terus terbuka hati.
"Bayangkan, projek ini dibincangkan dua minggu lalu dan pada pertemuan pertama kami sudah merancang rekaan jubah yang mahu ditampilkan bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada bulan depan.
"Dan pada pertemuan kedua, kami ke kedai kain mencari material dan manik sesuai.
"Alhamdulillah prosesnya dilakukan dengan cepat, malah kami juga telah membuat klip video khas untuk projek ini," katanya.
Koleksi jubah Bella Liyana boleh didapati di butik Bella Ammara yang terletak di No. 17, Jalan Plumbum Q 7/Q, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.
Ia dijual dengan harga hanya RM294. -
Liyana Jasmay Tolak Adegan Bersentuhan Dengan Bukan Muhrim
PETALING JAYA: Pelakon Liyana Jasmay melakukan transformasi diri selepas bergelar ibu dengan menolak tawaran watak yang berkehendakkan dia memakai pakaian seksi dan bersentuhan dengan bukan muhrim.
Liyana, 26, berkata, walaupun suaminya Mohd Fathuddin tidak memberikan syarat itu, sebaliknya sebagai isteri orang, dia perlu peka agar pekerjaan yang dilakukan tidak menyentuh perasaan keluarga yang menontonnya.
"Walaupun suami tidak meletakkan sebarang syarat, tetapi benda-benda macam kita perlu peka dan jaga hatinya dan keluarga agar mereka tidak terasa dengan lakonan yang dipaparkan nanti.
"Alhamdulillah keputusan itu langsung tidak menyekat rezeki saya," ujarnya kepada mStar Online.
Liyana ditemui pada majlis pelancaran jubah rekaannya, Bella Liyana Collection di restoran Terrace, The Curve, di sini pada Selasa.
Sehubungan itu kata Liyana, pengarah drama atau filem hendaklah lebih sensitif terhadap pelakon-pelakon wanita yang sudah berkahwin dengan tidak memberikan mereka watak-watak yang tidak sepatutnya.
Tambahnya, banyak contoh karya cinta tidak memerlukan para pelakon berpegangan tangan tetapi drama atau filem itu mendapat sambutran hebat daripada orang ramai.
"Cuba kita ambil contoh seperti filem Indonesia iaitu Kapal Van Der Wijck. Filem tersebut penuh dengan elemen cinta tetapi pelakon-pelakonnya langsung tidak bersentuhan antara satu sama lain.
"Kita juga boleh buat seperti itu dengan pelbagai teknik selain penghayatan lakonan. Rasanya, bukan satu masalah untuk pengarah menzahirkan rasa cinta dalam karya tanpa perlu bersentuhan.
"Dan walaupun seseorang pelakon itu tidak meletakkan sebarang syarat, pengarah hendaklah tahu, status mereka yang sudah berkahwin tidak perlu diberi adegan-adegan panas," ujar ibu kepada Sofia Arissa yang berusia empat bulan ini.
Sementara itu, mengenai rekaan jubah Bella Liyana Collection, Liyana hanya mengambil masa dua minggu menghasilkan busana tersebut di bawah kolaborasi jenama pakaian muslimah Bella Ammara.
Liyana berkata, pada awalnya dia tidak terfikir untuk mencuba perniagaan fesyen muslimah, tetapi selepas ditawarkan untuk berkolaborasi bersama pemilik Bella Ammara iaitu Karl, dia terus terbuka hati.
"Bayangkan, projek ini dibincangkan dua minggu lalu dan pada pertemuan pertama kami sudah merancang rekaan jubah yang mahu ditampilkan bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada bulan depan.
"Dan pada pertemuan kedua, kami ke kedai kain mencari material dan manik sesuai.
"Alhamdulillah prosesnya dilakukan dengan cepat, malah kami juga telah membuat klip video khas untuk projek ini," katanya.
Koleksi jubah Bella Liyana boleh didapati di butik Bella Ammara yang terletak di No. 17, Jalan Plumbum Q 7/Q, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.
Ia dijual dengan harga hanya RM294. -
Credit- mStar
Benarkah Ada Dakwaan Neelofa Ciplak Rekaan Tudung Orang Lain??
Pehhhhhhh..., kecoh lagi dunia hiburan hari ini dengan isu ciplak menciplak pula. Menurut info terkini yang Kami terbaca dalam blog siakapkeli.com, ada menyebut mengenai tudung Naelofarhijab yang dimiliki oleh pelakon terkenal Neelofa didakwa telah menciplak rekaan tudung dari seorang designer muda.
Neelofa didakwa ciplak rekaan tudung orang lain? Menurut blog itu lagi, perkara itu didedahkan menerusi satu forum popoular di Malaysia, cari.com.my, dan isu ini telah dipost oleh pengguna laman tersebut yang menggunakan nama miss_lavender.
Menurut apa yang ditulis oleh miss_lavender, tudung Naelofarhijab bukan idea original. Menurut kaji selidik yang dibuat oleh miss_lavender ini, pemilik idea asal tudung tersebut adalah seorang lelaki yang bernama Zharin Hariz yang membuka butik jenama Sastra Hijab.
Satu hari, Neelofa dan keluarga datang untuk membeli belah disana. Dan beberapa hari lepas, terbongkar sudah yang Neelofa bukan sekadar datang shopping ke kedai berkenaan, tapi juga turut ‘shopping’ idea tudung kedai itu! Berikut adalah keratan status oleh designer tersebut di FB.
Jadi, sebabkan bengang, si pemilik kedai aka designer asal rekaan tudung tu telah membuat teguran secara personal kepada Neelofa terlebih dahulu. Tapi, bukan sahaja teguran tu tak berbalas, si penegur tu siap di blok dari akaun Neelofa.
Oleh kerana buntu, designer itu tak ada pilihan lain selain ‘mengattack’ brand tudung NaelofarHijab. Dia juga turut menarik beberapa rakan designernya untuk sama-sama berjuang membela nasibnya.
Dari forum tersebut juga, miss_lavendar melontarkan beberapa pesanan kepada Neelofa:
PESANAN KEPADA CIK NEELOFA…..
1. Look like you are loosing some people of your fan.. Walaupun mungkin hanya seorang dua fan Neelofa dikalangan pengikut designer tersebut, but u need to appriciate every single person of you fan… this is not good for your carear.
2. Masa mula2 klua dekat industri, Neelofa pernah ada masalah dengan designer jugak kan…. kalau tak silap Nurita Harith sentap sebab Neelofa tak reti jaga baju dan tak appriciate tajaan beliau. Mungkin geng2 designer ada yang dah pangkah ngan Neelofa sebab tu walau modal tebal, tapi takde siapa nak bekerja sama…. nampaknya Neelofa ni kalau setakat nak bukak kedai, jadi distributor or jual baju lambak kat makcik makcik kat kampung, boleh la… but nak cipta jenama ekslusif nak lawan House of Doll, memang tak mampu… eh… (I bukan kipas mati miss fake)
3. Lopa, jangan ingan U are straight A in SPM, dan jgn ingat u menang dewi remaja, jangan ingat u dah bertudung… so u wanita dipuji semulia-mulia alam. Tolong jangan merosakkan imej wanita muslimah bertudung sopan santun kalau nak menipu ciplak design orang macam ni..
4. I yang merangkap pemilik butik, penggiat dalam industri fesyen ni nak nasihatkan, TOLONG guna kelulusan straight A SPM anda untuk mohon masuk universiti belajar design kelas fesyen jahit baju design baju/tudung.. jangan sesedap sesuka hati je menciplak design orang. Kalau dah suka sangat, dan nak jadi distributoor atau duta untuk bisness orang pun tolong lah ketuk pintu cara baik, mintak elok-elok. Producekan jenama sendiri base on your bakat, base on kepala otak bijak 10A kau tu. Dont be bimbo copy cat jer. Sia-sia je ko belajar susah susah dapat 10A. Tapi kepala otak nak buat design baju pun tak mampu. Neelofa, you are not Beauty with brain.
5. Neelofa, sila improve your PR skill… dan sila bergaul dengan intelektual fesyen. Kumpul banyak networking dari orang fesyen. Bukannya hang dok kumpul musuh.
Selain dari itu, dia juga turut memberi kata-kata semangat kepada designer idea asal tudung tersebut:
Dan kepada adik designer,
akak gitu… I want to see you fight your right. at least ko buatkan sampai neelopa kena hadap sembah mahayam buat press conference mintak maaf kat kau macam dia buat pada Anzalna dulu. Sila ajar orang yg sesuka hati ciplak hasil orang lain ni bahawa this is MALYSIA, not THAILAND or CHINA yang sesuka hati boleh copy & paste.
Ok, sama-sama kita nantikan penjelasan dan respon dari Neelofa mengenai dakwaan yang ditujukan kepada beliau ni. Jika benar rekaan tudung itu diciplak, kesian yang amat lah kepada designer berkenaan.

7 Gambar Menarik Rozita Che Wan Di Majlis Baby Shower
Jika Anda Peminat-peminat Che Ta, tentu anda seronok melihat foto-foto yang dimuat naik oleh official fotografi , SYS image menerusi Instagram mereka di majlis Baby Shower Rozita Che Wan (Che Ta) yang telah diadakan semalam.
Bukan apa, nampak sangat istimewa dan meriahnya majlis baby shower pelakon itu. Namun baby shower itu hanya dihadiri tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan rakan-rakan terdekatnya sahaja.
Namun wajah Rozita Che Wan atau Che Ta nampak sangat berseri-seri dan dia diraikan seperti seorang puteri raja ketika majlis itu. Tema majlis Baby Shower Che Ta itu serba putih apabila tetamu dan hiasan serta deko di majlis itu juga serba putih. Manakal Che Ta memakai dress berona kuning lembut.
Di majlis itu Che Ta bukan sahaja memotong kek malah dia juga turut dihujani dengan hadiah-hadiah yang diterima daripada rakan-rakannya.
Dibawah ini kami kongsikan beberapa lagi gambar menarik di sekitar baby shower Rozita Che Wan

Apa-apa pun sama-sama kita doakan semoga Che Ta yang kini hamil 8 bulan itu dapat melahirkan bayinya dengan selamat kelak.
Credit-Ammboi.com
Tuesday, April 1, 2014
Menurut portal mStar, pelakon Ariana Rose, Sharisa Haris Chong menjadi mangsa keadaan apabila laman sosial palsu yang dikaitkan dengan dirinya telah membuat satu jenayah berat apabila si pelaku menjual nama anak (dengan menyatakan anaknya telah meninggal dunia) untuk meraih simpati dan pendapatan dari orang ramai.
Menurut sumber, si pelaku itu merupakan orang yang pernah berkerja dengan dirinya 2 tahun dahulu sebagai pembantu jurusolek dan pakaian.
"Pada mulanya saya anggap ia perkara biasa apabila ada individu membuat akaun palsu menggunakan gambar-gambar dan maklumat peribadi saya, namun saya terkejut apabila dia melakukan urusan jual beli yang salah di sisi undang-undang.
"Saya sedar perkara ini apabila ramai mangsa yang terpedaya menghubungi dan menghentam saya di laman sosial peribadi milik saya yang sebenar," -Shahrisa
Kes ini disiasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
Pelakon Ariana Rose Jual Bayi?

Monday, March 31, 2014
Shila Amzah merupakan antara selebriti Malaysia yang patut dipuji kerana usahanya memartabatkan negara di mata dunia. Lebih-lebih lagi imejnya yang bertudung dikatakan semakin menjadi ikutan masyarakat China selepas Shila dinobatkan sebagai pemenang dalam sebuah pertandingan nyanyian kat China.
Dan disebabkan itu, penampilan Shila sewaktu dalam program terbaru I Am A Singer di China nampak kritikal bila Shila menggayakan pakaian yang tak berapa sesuai.
Dengan memakai pakaian seperti skirt pendek dan legging berwarna coklat, penampilan Shila nampak macam tak pakai seluar sambil bertudung. Ikut apa yang MiG Online faham, legging dah pasti haram dipakai kaum wanita dekat public, makanya tepuk dada tanya selera.
Apapun kita tunggu penjelasan dari Shila Amzah, namun yang pasti harap perkara nie tak berulang lagi, kita kena jaga imej Islam & Malaysia di mata dunia. :) . -migonline
Kapten pasukan Harimau Malaya, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak memberitahu mahkamah semalam, beliau hanya mampu memberi RM2,000 sebulan kepada bekas isterinya, pelakon Rita Rudaini sebagai nafkah dua anak mereka.
Katanya, jumlah itu diberikan selepas beliau keluar dari rumah kelamin mereka di Kota Damansara pada Januari 2012, tetapi tidak menetapkannya untuk bayaran tertentu.
Beliau berkata, terpulang kepada bekas isterinya itu untuk menguruskan wang terbabit.
“Ketika tempoh perkahwinan, saya memberikan (kepada Rita) RM5,000 untuk bayaran rumah, makan minum dan pengangkutan.
“Bagaimanapun, sejak keluar (rumah) saya hanya bagi RM2,000 sebulan, selepas ditolak tanggungan rumah RM3,000. Saya tolak sebab majikan ketika itu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sediakan rumah, jadi tak perlu bayar, ” katanya.
Tuntut RM5,392 sebulan
Aidil selaku defendan berkata demikian ketika disoal peguam syarie, Rita, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain pada perbicaraan kes tuntutan nafkah dua anaknya di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari di sini.
Rita, 38, sebelum ini menuntut RM5,392 sebulan daripada Aidil sebagai nafkah Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna, 3, merangkumi perbelanjaan makan minum, pengasuh dan juga lampin pakai buang.
Aidil turut memberitahu mahkamah, ketika berkhidmat dengan pasukan ATM pada 2012 hingga 2013, pasukan itu membayar elaun rumah RM2,500 sebulan dan selepas menyertai Johor Darul Takzim (JDT) pada 2013, pasukan itu yang menyediakan rumah dan membayar sewa tanpa ditetapkan had jumlahnya.
Isu kereta Mercedes
Pada prosiding itu juga, Mohd Zaidi turut membangkitkan pemilikan sebuah kereta Mercedes milik Aidil yang tidak pernah disebut oleh pemain bola sepak itu pada perbicaraan terdahulu.
Menjawab soalan itu, Aidil mengaku membeli kereta berharga RM240,000 itu pada 2012, dengan bayaran ansuran bulanan sebanyak RM3,000.
Katanya, ansuran itu dibayar majikannya berdasarkan perjanjian dipersetujui ketika menandatangani kontrak untuk bersama pasukan terbabit.
Perbicaraan di depan Hakim Syarie, Abd Halim Abu Samah bersambung pada 9 dan 25 Jun ini. -bharian
Pelakon dan pengarah terkenal Datin Tiara Jacquelina melakukan beberapa aksi gedik yang kelihatan manja, keanak-anakan dan menciut hati.
Buat mereka yang pertama kali menatap foto-foto gedik Tiara, ramai mungkin beranggapan pelakon filem Puteri Gunung Ledang itu baru berusia 19 tahun.
Manakan tidak, penulis sendiri hampir tertipu dengan penampilan santai Tiara. Pastinya, ramai jejaka di luar sana mula menaruh perasaan geram dan terpikat selepas melihat tiga lagi keping foto gedik Datin Tiara Jacquelina di bawah.
Dengar khabarnya, pelakon se k si Jue Aziz sudah berkahwin dengan seorang jejaka bergelar pemuzik bernama Bayu Daniels yang berasal dari Indonesia sekitar awal Mac lalu.
Mengikut portal rotikaya, terdapat dua sumber boleh dipercayai yang memberikan tarikh sama pernikahan mereka berlangsung namun tidak pula dapat dipastikan samada majlis tersebut diadakan di Indonesia atau Pulau Pinang.
Apapun, kalau khabar angin yang disebarkan ini benar, penulis ucapkan tahniah kepada Jue Aziz. Mungkin beliau lebih selesa merahsiakan kisah peribadi dari pengetahuan umum.
Shila Amzah Tampil Imej Berani Ketika Bertanding Di China

RM2000 Sebulan Yang Mampu Saya Beri - Aidil Zafuan

Apabila Datin Tiara Jacquelina Beraksi Gedik (4 Gambar)
Apabila Datin Tiara Jacquelina Beraksi Gedik (4 Gambar)
Pelakon dan pengarah terkenal Datin Tiara Jacquelina melakukan beberapa aksi gedik yang kelihatan manja, keanak-anakan dan menciut hati.
Buat mereka yang pertama kali menatap foto-foto gedik Tiara, ramai mungkin beranggapan pelakon filem Puteri Gunung Ledang itu baru berusia 19 tahun.
Manakan tidak, penulis sendiri hampir tertipu dengan penampilan santai Tiara. Pastinya, ramai jejaka di luar sana mula menaruh perasaan geram dan terpikat selepas melihat tiga lagi keping foto gedik Datin Tiara Jacquelina di bawah.
Suami Jue Aziz,Bayu Daniels Akhirnya Didedahkan (8 Gambar)
Suami Jue Aziz,Bayu Daniels Akhirnya Didedahkan (8 Gambar)
Dengar khabarnya, pelakon se k si Jue Aziz sudah berkahwin dengan seorang jejaka bergelar pemuzik bernama Bayu Daniels yang berasal dari Indonesia sekitar awal Mac lalu.
Mengikut portal rotikaya, terdapat dua sumber boleh dipercayai yang memberikan tarikh sama pernikahan mereka berlangsung namun tidak pula dapat dipastikan samada majlis tersebut diadakan di Indonesia atau Pulau Pinang.
Apapun, kalau khabar angin yang disebarkan ini benar, penulis ucapkan tahniah kepada Jue Aziz. Mungkin beliau lebih selesa merahsiakan kisah peribadi dari pengetahuan umum.
Sunday, March 30, 2014
Pelakon Kilafairy ditawarkan menggantikan tempat Hanez Suraya dalam pementasan teater Projek Kahwin yang akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada Jun ini.
Ia berikutan selepas Hanez membuat keputusan menarik diri daripada pementasan teater tersebut gara-gara kontroversi percintaannya dengan ahli perniagaan, Romie Razin Adilha yang masih bergelar suami.
Penerbit teater tersebut, Mohd Amer Shafiq Khalip atau lebih dikenali sebagai Shawn Amer berkata, bagaimanapun pihaknya di bawah syarikat Mask Team itu belum 'mengikat' aktres itu menerusi sebarang perjanjian kontrak lagi.
"Tidak dinafikan, Kilafairy antara pelakon yang dimuktamadkan untuk menggalas watak Hanez sebagai Nisa. Tetapi kami belum membuat sebarang ikatan kontrak lagi.
"Dalam pada itu, pihak kami turut membuat senarai pendek beberapa pelakon lain yang sesuai untuk menggalas watak tersebut.
"Pihak kami akan membuat pengumuman rasmi di Istana Budaya pada Selasa ini," katanya yang dihubungi mStar Online pada petang Ahad.
Sementara itu, Shawn berkata, walaupun Hanez menarik diri, namun pihaknya masih belum memberi maklum balas secara hitam putih kepada pelakon itu lagi.
Malah pemilihan pelakon lain yang dilakukan oleh pihak produksi itu sekadar perancangan 'plan B' sekiranya Hanez benar-benar tidak terlibat dengan teater tersebut.
"Setakat ini, Hanez tidak pernah memberi masalah kepada pihak produksi, tetapi kami hormat dengan apa saja keputusannya," ujarnya.
Projek Kahwin yang akan dipentaskan bermula 6 hingga 14 Jun depan turut menampilkan barisan pelakon seperti Izzue Islam, Shah Iskandar, Imam Muda Asyraf, Sherry Alhadad dan Zulin Aziz.
Tiket untuk menyaksikan pementasan teater itu dijual pada harga RM35, RM55, RM85, RM185 dan RM225 dan tempahan tiket boleh dibuat menerusi AirAsiaRedTix.com atau di kaunter Box Office Istana Budaya.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi Amirul di talian 013-3962612.
Punca Sebenar Kilafairy Ganti Hanez Suraya Dalam Projek Kahwin

Saturday, March 29, 2014
TATKALA seluruh dunia masih terkejut dengan tragedi kehilangan kapal terbang Malaysia Airlines (MAS) MH370, muncul pula pihak yang seperti mahu mengeruhkan hubungan dua buah negara, Malaysia-China.
Tidak semena-mena, selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa penerbangan pesawat itu berakhir di Lautan Hindi, timbul kemarahan dalam kalangan segelintir penduduk China yang tidak berpuas hati dengan pengumuman itu.
Lebih parah, apabila ada rakyat Malaysia yang tinggal di negara itu menjadi bahan tohmahan mereka.
Mungkin angkara perasaan sedih, marah selain belum dapat menerima kenyataan, ada pihak yang mengeluarkan kata-kata yang kurang enak didengar seperti yang terjadi dalam industri hiburan di Beijing.
Lebih menyedihkan apabila aktres filem Memoir of Geisha, Zhang Ziyi, turut memuat naik status berunsur negatif apabila menuding jari kepada kerajaan Malaysia.
Pelakon berusia 35 tahun itu memberitahu, dia tidak berpuas hati dengan cara Malaysia mengendalikan operasi mencari dan menyelamat pesawat berkenaan.
Perkara itu diluahkannya menerusi laman sosial yang popular di China, Sina Weibo.
"Kerajaan Malaysia bersalah. Gagal untuk bertanggungjawab dengan apa yang berlaku. Kerajaan Malaysia lebih mementingkan urusan politik berbanding nyawa mangsa... kami mahukan kebenaran," tulisnya yang dikemas kini sehari selepas penerbangan MH370 disahkan berakhir di Lautan Hindi.
Bukan itu sahaja, ketika Malaysia dan banyak negara lain termasuk China bertungkus-lumus menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengacara televisyen, Yang Lan seolah-olah memperlekehkan usaha tersebut.
"Hati saya berbaur dengan rasa sedih dan marah. Apa yang syarikat penerbangan Malaysia dan pihak tentera negara itu cuba sembunyikan?" tulisnya di laman sosial tersebut.
Artis tempatan yang menempa nama di Beijing, Shila Amzah tidak terkecuali daripada menerima tohmahan dan cercaan baru-baru ini.
Komen yang diberikan peminat di sana seolah-olah mahu 'menolak' semua bintang yang datang dari negara ini.
Sudah pasti keadaan itu sedikit sebanyak mengganggu emosi penyanyi berusia 23 tahun ini yang kini sedang menyertai program realiti terbitan saluran Hunan TV, I am a Singer.
Sebelum ini, Shila cukup dikenali dan diterima baik peminat di Beijing, namun keadaan berubah sebaliknya.
Kecewa dengan apa yang berlaku, pelantun lagu Patah Seribu itu kemudian memuat naik sekeping foto yang memaparkan ekspresi wajah sedih dan sayu di laman Instagram miliknya.
Gambar itu disertakan dengan keterangan dalam bahasa Mandarin yang bermaksud: "MH370 bukan salah saya..."
Gambar tersebut mendapat lebih 15,000 maklum balas termasuk komen daripada pengikutnya.
Biarpun dilontar dengan kata-kata nista, masih ada peminat Shila di Beijing yang memberikan kata-kata semangat.
"Shila hanya seorang penyanyi. Dia bukanlah wakil kepada kerajaan Malaysia. Janganlah mengaitkan isu ini dengan dirinya," tulis seorang pengikutnya.
Selain Shila, artis Malaysia lain yang terkena tempias ialah Fish Leong dan Gray Chaw, serta Lee Sinje dan Ah Niu.
Haji Amiruddin Osman yang merupakan bekas suami kepada Nooraida Abdul Talib, juga bekas skandal Adi Putra telah mendedahkan sekeping foto topless aktor itu di laman Instagram miliknya.
Foto tersebut mendapat pelbagai respon dari pengikutnya sehingga mula tersebar awal pagi tadi. Motif Haji Amiruddin membuat pendedahan itu tidak pula diketahui namun beliau mungkin mahu membuktikan bahawa Adi Putra memang pernah menghantar gambar separuh lucah kepada bekas isterinya.
Bukan Salah Saya Tragedi MH370 - Shila Amzah

ZHANG ZIYI tidak berpuas hati dengan cara kerajaan Malaysia menangani isu kehilangan MH370.

Foto Topless Adi Putra Di Instagram Didedahkan Haji Amiruddin
Foto Topless Adi Putra Di Instagram Didedahkan Haji Amiruddin
Haji Amiruddin Osman yang merupakan bekas suami kepada Nooraida Abdul Talib, juga bekas skandal Adi Putra telah mendedahkan sekeping foto topless aktor itu di laman Instagram miliknya.
Foto tersebut mendapat pelbagai respon dari pengikutnya sehingga mula tersebar awal pagi tadi. Motif Haji Amiruddin membuat pendedahan itu tidak pula diketahui namun beliau mungkin mahu membuktikan bahawa Adi Putra memang pernah menghantar gambar separuh lucah kepada bekas isterinya.
Subscribe to:
Posts (Atom)