Searching...
Wednesday, September 24, 2014
12:14 PM 0

7 Gambar Menarik Rozita Che Wan Di Majlis Baby Shower

Jika Anda Peminat-peminat Che Ta, tentu anda seronok melihat foto-foto yang dimuat naik oleh official fotografi , SYS image menerusi Instagram mereka di majlis Baby Shower Rozita Che Wan (Che Ta) yang telah diadakan semalam.

Bukan apa, nampak sangat istimewa dan meriahnya majlis baby shower pelakon itu. Namun baby shower itu hanya dihadiri tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan rakan-rakan terdekatnya sahaja.

Namun wajah Rozita Che Wan atau Che Ta nampak sangat berseri-seri dan dia diraikan seperti seorang puteri raja ketika majlis itu. Tema majlis Baby Shower Che Ta itu serba putih apabila tetamu dan hiasan serta deko di majlis itu juga serba putih. Manakal Che Ta memakai dress berona kuning lembut.

Di majlis itu Che Ta bukan sahaja memotong kek malah dia juga turut dihujani dengan hadiah-hadiah yang diterima daripada rakan-rakannya.

Dibawah ini kami kongsikan beberapa lagi gambar menarik di sekitar baby shower Rozita Che Wan









 Apa-apa pun sama-sama kita doakan semoga Che Ta yang kini hamil 8 bulan itu dapat melahirkan bayinya dengan selamat kelak.


Credit-Ammboi.com

0 comments:

Post a Comment