Searching...
Tuesday, September 30, 2014
10:01 PM 0

Bayi 3 Bulan Maut Di Taska PutraJaya (4 GAMBAR)


Mangsa, Imna Khalisa, 3 bulan+, meninggal di Taska Permata Bonda, Presint 11. Bagaimanapun punca kematian masih belum diketahui.  Pihak keluarga mangsa masih menunggu keputusan autopsi yang sedang dilakukan.

Menurut Ibu mangsa, hasil post mortem di hospital Putrajaya , kes diklasifikasikan sebagai kematian luar biasa dan masih dalam siasatan polis. Menurutnya lagi, ketika dia tiba untuk mengambil anaknya, anaknya sudah kebiruan dan pengasuh tidak mengetahui anaknya sudah meninggal.




Baca pula luahan hati bapa saudara mangsa di bawah:

Salam...
Semalam anak buah saya berusia 3+ bulan telah meninggalkan kami. Kami masih menunggu keputusan autopsi yg sedang dilakukan.

Cerita awl yang saya dapat adalah semasa adik saya ingin mengambil arwah anknya (imna khalisa) di Taska Permata Bonda Presint 11, imna dah keras dan kaku...bile ditanya sekor2 penjaga seperti tatau ape yg berlaku. Dah keras dah chor...imagine brape lame dah imna meninggal br dapat tau. Ada kesan luka di atas hidung dan kepala.

Pernah ada kes dulu taska ni. Korang boleh google 'taska permata bonda'. Aku masih tak faham kenapa dulu takde ape2 tindakan dr pihak berkuasa utk menutup premis tersebut dr terus beroperasi. Sekarang anak buah aku jadi mangsa.

Trust me. Someone will pay and heads will roll.

Thanks kepada semua yg turun semalam dan pertolongan korang semua...appreciate it a lot. Saya merayu utk kengkawan share about this. They need to pay for what they did to my niece! Tiada kompromi


Bagaimanapun, Boii Amani Hashim berkata, beliau akan mengumumkan punca kematian adik Imna Khalisa sebaik saja laporan autopsi dikeluarkan. -

Credit-MEDIA SENSASI PANAS
11:20 AM 0

17 Gambar Manusia Yang Mirip Dengan Mereka Seperti Dalam Cerita Kartun.


Mereka ini mungkin kebetulan nampak sama seperti watak filem animasi kartun,mari kita lihat!!

1.) Grandma dari watak kartun Tweety Bird

2.) Linda Belcher dari watak kartun filem Bob’s Burger

3.) Russell dari watak kartun Up


4.) Mr. Burns dari watak kartun The Simpsons


5.) Linguini dari watak kartun Ratatouille


6.)Lelaki pembaca komik dari watak kartun The Simpsons


7.) Bobby Hill dari watak kartun King Of The Hill


8.) Boo dari watak kartun Monsters Inc.


9.) Consuela dari watak kartun Family Guy


10.) Ned Flanders dari watak kartun The Simpsons


11.) Carl dari watak kartun Up


12.) He Man dari watak kartun He Man


3.) Cartman dari watak kartun South Park


14.) Meg Griffin dari watak kartun Family Guy


15.) Peter Griffin dari watak kartun Family Guy


16.) Dora dari watak kartun Dora The Explorer


17.) Mr. Johnson dari watak kartun Sesame Street

10:33 AM 0

Kehebatan Guru Sejarah Yang Mungkin Tiada Pada Anda!

Setiap orang mempunyai kelebihan masing-masing.Tetapi unik bagi seorang guru sejarah di negara China ini.Mungkin pada permulaan gambar ia tidak menampakkan apa-apa keistimewaan pada beliau.Tetapi di akhir gambar ini anda mungkin akan merasa kagum dan teruja dengan keistimewaan yang ada pada guru sejarah ini.










Lebih menarik lagi dia boleh melukis peta ini tidak kurang dari satu minit!
Wow!!ia mungkin mengambil masa 50 tahun atau lebih untuk menghafal peta ini  dan melukisnya dalam masa yang singkat!
Menakjubkan!!!



9:55 AM 0

Demi Cinta Seorang Wanita Disebalik Gaun Putih.


Ramai perempuan bermimpi untuk menjadi pengantin sejak dari mereka kecil lagi.Jadi tidak hairanlah mereka sanggup untuk melalukan apa saja demi merialisasikan impian mereka itu.
Tak pernah terlintas difikiran bahawa untuk merialisasikan impian mereka bersama yang tersayang,
mereka sanggup melakukan apa saja walaupun perkara itu nampak pelik bagi kita.
Contohnya wanita ini sanggup menghabiskan masa-masa terluang tidak kira berapa minit,saat,diamana.Dia menghabiskan masa untuk menyiapkan baju Perkahwinannya demi merialisasikan impiannya!!


Wanita ini telah membuat keputusan untuk membuat gaun perkahwinannya sendiri ketika masa terluang.Waktu tersebut adalah ketika dia didalam perjalanan berulang pergi atau balik dari tempat kerja.Baju tersebut dibuat tanpa panduan @ corak,menggunakan kudrat dan sifat kreativiti beliau demi menyempurnakan hasratnya memakai gaun ciptaan sendiri.
Tiada erti penat,wanita ini terus menggunakan masa yang dimiliki walaupun sedikit untuk menyiapkan gaun tersebut sebelum hari perkahwinan.



-Hasil tenunannya itu terhasil sebuah gaun yang sangat cantik bermodalkan hanya sekitar 30 dollar.


Lebih membanggakan gaun itu kelihatan sungguh cantik,paling penting ia sangat padan untuknya dan dia tidak sabar untuk menggunakan gaun tersebut dihari perkahwinannya!!


Jadi, bukan sahaja dia menjimatkan beribu-ribu ringgit dengan membuat gaun sendiri, malah dia dapat memakai gaun tersebut berkali-kali!Adakah anda juga seperti wanita ini? Suaminya adalah seorang lelaki bertuah kan??

5:12 AM 0

Masih Adakah Kumpulan Senario????





PETALING JAYA – Pelawak dan pelakon Lan Pet Pet menjelaskan, kumpulan Senario tidak pernah berpecah atau terkubur apabila mereka kelihatan sepi daripada sebarang projek terbaharu sejak beberapa tahun ini.

Lan Pet Pet atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad, 45, berkata, mereka masih bersama sebagai sebuah kumpulan dan sedang merancang untuk kembali menerusi filem khas buat peminat mereka.

“Kami masih lagi bersama sebagai sebuah kumpulan dan tidak pernah berpecah seperti sangkaan sesetengah pihak malah kami merancang untuk kembali dengan filem terbaharu.

“Bagaimanapun ia masih di peringkat perancangan dan harap-harap ia menjadi demi peminat,” katanya kepada mStar Online.

Lan Pet Pet ditemui ketika hadir ke majlis tayangan perdana filem terbaharunya berjudul Dollah Superstar yang diadakan di Cathay E@Curve di sini pada minggu lalu.

Filem arahan Kabir Bhatia itu turut menampilkan barisan pelakon seperti Awie, Sharnaaz Ahmad, Neelofa dan Aziz M. Osman.

Ia bakal ditayangkan di pawagam pada 2 Oktober ini.

Selain Lan Pet Pet, Senario turut dianggotai oleh Wahid, Azlee Jaafar dan Saiful Apek.

Dalam pada itu, berkongsi tentang perkembangan terbaharunya, Lan Pet Pet berkata, dia masih menerima tawaran berlakon dan mengadakan persembahan pentas secara solo biarpun tanpa rakan-rakannya dari Senario.

Tambah Lan Pet Pet lagi, sekiranya bercuti ke luar negara bersama isterinya, Rubytah Abu Bakar @ Che Wan dia turut mengambil kesempatan membuat persembahan jalanan (basking) dan mengakui ia suatu pengamalan baharu.

“Pengalaman buat persembahan jalanan di negara orang suatu perkara baharu dalam hidup saya dan paling seronok sebab masyarakat di sana kelihatan cukup seronok dan begitu menyokong dengan kebolehan saya membuat bunyi-bunyian.

“Malah ada produksi luar negara yang ingin menerbitkan sebuah program tentang saya dan persembahan jalanan namun ia hanya masih pada peringkat cadangan,” katanya.

Sementara itu, bercakap mengenai Dollah Superstar, Lan Pet Pet berkata, biarpun dia bukan memegang peranan utama namun dia begitu seronok dapat berlakon dalam sebuah karya yang disifatkan cukup berbeza dan mengangkat komedi spontan.

“Ia sebenarnya bukan sebuah filem komedi tetapi garapan yang ditonjolkan oleh Kabir terhadap jalan cerita dan watak kami sebagai pelakon membuatkan ia mempunyai elemen komedi spontan.

“Pada saya pula ia tidak terlalu membebankan malah watak saya cukup menyeronokkan dan Kabir sendiri banyak memberi kelonggaran kepada saya,” katanya. – mStar Online
5:04 AM 0

Bomba Selamatkan Hamster.....


Anggota bomba di Lacey, Washington, terpaksa menggunakan topeng oksigen paling halus mereka untuk menyelamatkan sebuah keluarga hamster dalam kebakaran rumah bergerak pada September 26.

Walaupun api dapat dikawal dengan pantas, anggota bomba terpaksa membuka "panduan kecemasan haiwan belaan" apabila mereka menjumpai hamster tersebut.

Oreo, Madonna, dan anak mereka yang masih lagi belum dinamakan telah berjaya diselamatkan dan dirawat dengan alat pertolongan kecemasan yang paling halus itu.

Credit- SiakapKeli









Monday, September 29, 2014
3:22 AM 0

Video-Mati Dipukul Kerana Mencuri Telefon Bimbit Milik Seorang Pemandu Lori


BUKIT MERTAJAM, 28 Sept (Bernama) -- Seorang penganggur yang cedera parah dipukul orang ramai kerana mencuri sebuah telefon bimbit milik seorang pemandu lori Jumaat lepas, meninggal dunia di Hospital Bukit Mertajam (HBM) di sini, awal Ahad.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Rusli Mohd Noor berkata mangsa, Ooi Sim Guan, 38, mati pada pukul 12.40 pagi ini selepas kira-kira 36 jam tidak sedarkan diri dan menerima rawatan di hospital berkenaan.

"Dalam kejadian pada pukul 2 petang Jumaat lepas, mangsa telah menahan sebuah lori di tepi jalan di Taman Sejahtera di sini dan memberitahu pemandu berkenaan dia ingin menumpang ke Bandar Bukit Mertajam.

"Pemandu lori berkenaan yang berusia 33 tahun yang sedang dalam perjalanan ke Kulim kemudian membenarkan mangsa menaiki lorinya namun selepas satu kilometer, mangsa memaklumkan ingin turun," katanya pada sidang akhbar di sini Ahad.

Beliau berkata selepas lelaki itu turun, pemandu lori berkenaan menyedari telefon bimbitnya yang diletakkan dalam tempat penyimpanan barang di bahagian penumpang telah hilang dan dia berpatah balik ke Taman Sejahtera untuk mencari lelaki terbabit.

"Pemandu lori itu menemui lelaki berkenaan di kawasan padang berhampiran rumah kedai dan berlaku pertengkaran antara mereka apabila telefon bimbit yang hilang ditemui bersama mangsa," katanya.

Rusli berkata berlaku pergelutan dan beberapa lelaki yang berada di kawasan itu turut memukul mangsa dan pada masa yang sama seorang individu bertindak merakam kejadian tersebut menerusi telefon bimbit yang kemudiannya memuat naik rakaman itu di laman sosial.
Katanya susulan kejadian itu, polis menahan pemandu lori terbabit di sini bagi membantu siasatan.



"Kami juga sedang mengesan beberapa lagi individu yang dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan dan saya minta sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kes itu menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan," katanya.

Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak bertindak di luar batasan sehingga mencederakan orang lain biar pun mengesyaki mereka melakukan jenayah.

"Kita menghargai tindakan orang awam (yang mahu menangkap penjenayah), tetapi jangan bertindak sewenang-wenangnya sehingga melampaui undang-undang. Sepatutnya jika berlaku sebarang kejadian jenayah tangkap dan serah kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya. - BERNAMA

2:13 AM 0

Kapal Titanic Terkenal Kerana Karam Dilautan,Tetapi Ada Perkara Yang Anda Tidak Ketahui Disebalik Kejadian Itu!!!!!!

Jika anda telah menonton filem "Titanic," anda mungkin berfikir anda seorang pakar dalam semua perkara Titanic (Terutamanya hero filem Leonardo DiCaprio). Tetapi Anda tidak tahu, terdapat banyak hal dalam filem yang tidak disentuh atau diceritakan. Hari ini, kami akan menjelaskan secara terperinci mengenai perkara-perkara yang mungkin anda saksikan didalam filem tetapi tidak diluar filem!

Jika dilihat didalam filem, Titantic adalah sebuah kapal yang besar, penuh dengan harapan dan janji juga kekeluargaan. Bayangkan keadaan ketika ianya tenggelam. Ia semestinya peristiwa yang sangat dahsyat.Di sini kami diceritakan serba sedikit tentang  apa yang anda tidak tahu tentangnya :

1) Bot kecemasan sepatutnya boleh digunakan oleh penumpang dan mereka sepatutnya diberitahu tentang keselamatan oleh anak kapal untuk kes-kes kecemasan jika berlaku tetapi ianya telah dibatalkan.Ia dibatalkan Sehari sebelum kapal itu tenggelam


2.) Ingatkah anda didalam adegan dalam filem di mana pemuzik terus bermain dikala kapal itu sedang tenggelam? Ini sebenarnya yang berlaku. Mereka terus bermain berjam-jam padahal kapal itu tenggelam sedikit demi sedikit.


3.) Milton Hershey, Hershey penemu makanan (coklat), mempunyai tiket untuk melayar diatas Titanic tetapi membatalkan tempahan itu kerana mesyuarat perniagaan.


4) Penumpang Jepun yang masih hidup dan bila mereka kembali ke Jepun,mereka dianggap pengecut kerana mereka tidak mati bersama seluruh penumpang yang lain.


5) Penggunaan 4 corong kapal pada Titanic itu hanya untuk kebanggaan sahaja. Hanya 3 daripadanya boleh digunakan, salah satu daripada 4 corong itu hanya untuk menunjukkan kehebatan kapal itu berbanding kapal-kapal yang lain.


6) Bajet untuk filem "Titanic" adalah sebenarnya lebih tinggi berbanding cerita Titanic yang sebenar.


7) Aisberg yang menenggelamkan kapal Titanic ketika memulakan pelayaran,dikatakan wujud sekitar 1000 tahun S.M.


8) Sebuah kapal"The California" adalah paling hampir dengan kapal Titanic,tetapi tidak dapat memberi bantuan untuk menyelamatkan penumpang disebabkan oleh kelewatan  komunikasi antara kapal.


9) Ketua Cheff yang bekerja di dapur kapal Titanic ketika itu terselamat dari terus membeku,kerana dia telah minum banyak alkohol,dan ia memelihara organnya selama 2 jam.Dia kemudian diselamatkan.


10.) Titanic adalah satu-satunya kapal mewah yang pernah tenggelam disebabkan aisberg.


11) Kebanyakan bot kecemasan di atas kapal yang telah digunakan  tidak menampung jumlah kapasiti penumpang yang terdapat didalam kapal Titanic.Jika ianya cukup sudah pasti ia dapat menyelamatkan lebih ramai penumpang.



12) Kemalangan kapal Titanic boleh dielakkan jika kapten kapal mendapat informasi mengenai iceberg 30saat sebelum pelanggaran.




"30 saat".Hanya 30 saat yang diperlukan untuk membuat keputusan bagi mengelak tragedi.

Ianya Sukar Dipercayai!
12:52 AM 1

Seram!!!Jika Terjumpa Patung Seperti Ini Apa Yang Anda Akan Lakukan????????

KISAH SERAM PATUNG DILETAK PENUTUP MATA "BISMILLAH" DI NEGARA SINGAPURA



.Walaupun anda tidak percaya akan perkara tahyul, kisah ini bakal memberi anda rasa seram sejuk..

Di sebuah jalan yang sibuk di Singapura, penduduk tempatan disana terjumpa satu patung kecil yang sedang bersandarkan sebuah pokok. Ia kelihatan seperti patung antik. Matanya ditutup dengan kain yang tertulis perkataan "Bismillah".

Patung itu bukan patung biasa.. Ada kisah disebaliknya.



Menurut cerita yang disebarkan melalui Reddit dan Twitter, patung yang diikat dengan kain bertuliskan perkataan "Bismillah" itu telah dirasuk dan diceritakan bergerak dengan sendirinya apabila pemiliknya tiada di rumah.


Oleh kerana itu, pemiliknya bertindak menutup mata patung itu dan meletakkannya jauh dari rumah supaya ia tidak kembali kepadanya.

Sesetengah orang berkata, kadang-kadang mereka boleh mendengar patung itu bercakap dalam bahasa Melayu dan bersuara seperti seorang wanita.


Melalui rumor yang tersebar, sumpahan patung itu telah terkena kepada orang lain yang terjumpa patung itu dan membuka penutup matanya. Rumor ini tersebar kerana, beberapa hari selepas patung itu hilang dari tempat asalnya, ia telah dijumpai oleh penduduk setempat bersama dengan seorang lelaki yang menggantung dirinya di dinding aparment -

Sumber : viralnova