Searching...
Showing posts with label artis. Show all posts
Showing posts with label artis. Show all posts
Wednesday, October 8, 2014
5:15 AM 0

Pelakon Kontroversi Minta Peluang Kali Kedua??????




Apakah nasib yang menimpa pelakon kontroversi ini. Terkini Hanes Suraya menejelaskan yang dia semakin kurang mendapat tawaran lakonan. Stesen televisyen seolah-olah memboikotnya setelah peristiwa kisah cinta dengan suami orang yang mana satu-persatu didedahkan oleh media tempatan.

Berikut adalah luahan hatinya.

“Benda sudah berlaku, tiada guna untuk saya menyesal kerana semua itu berpunca daripada kesilapan sendiri. Salah saya kerana terlalu terbuka, tanpa memikirkan kesan jangka panjang. Cuma saya terkilan apabila terus dihukum kerana kesilapan semalam sehingga ruang untuk saya kembali berkarya semakin sempit. Memang saya berdosa tetapi wajarkah saya dihukum hingga langsung tidak diberi peluang meneruskan minat dalam bidang seni?

“Setiap orang berhak mendapat peluang kedua untuk memperbetulkan semula kesilapan tetapi mengapa saya tidak diberi kesempatan itu? Saya tidak mengeluh sebaliknya berharap mereka yang mempunyai kuasa untuk memberikan semula kesempatan bagi saya membuktikan kesungguhan sebagai pelakon,” katanya memetik laporan sebuah akhbar mingguan, baru-baru ini.

Mungkin disebabkan perkara yang lepas itu masih hangat di ingatan peminat dan masih baru mungkin stesyen-stesyen television belum lagi ingin menampilkan Hanez dalam mana-mana lakonan. Bagaimanapun semoga perkara ini menjadi tauladan kepada selebriti-selebrti lain yang peminat-peminat semua amat menitik beratkan perangai di luar lakonan dan bukan sekadar rupa ataupun seni.


Tuesday, October 7, 2014
2:52 AM 0

Pelakon Terkenal Cari Calon Suami.. Apa Lagi Kaum Lelaki Sekalian!!Rebutlah Emas Peluang Ini!!!!!!






Pelakon yang tidak asing lagi namanya di kalangan mereka yang miang di luar sana, Maria Ozawa yang sememangnya bintang p*rn0 yang sangat terkenal. Buat pengetahuan semua, Maria Ozawa mengatakan dia kini sedang mencari bakal suami yang boleh dijadikan teman sehidup sematinya kelak.

Menerusi satu sesi wawancara dengan sebuah media indonsia, Maria ataupun lebih dikenali sebagai Miyabi di Indonesia, mengatakan dia bersedia menerima sesiapa sahaja yang ingin menjadi suaminya asalkan mereka memahami kerjayanya sebagai seorang pelakon p*rn0. wait.. what??

“Saya tak kisah dengan siapa orangnya atau dari warga negara mana, dari Jepun atau Indonesia ke, yang penting dia seorang yang memahami dan menyokong kerjaya saya,” katanya.

Sebelum ini dia sudah empat kali menjejakkan kaki ke Indonesia bagi menjalani penggambaran filem dewasa namun tidak dapat hadir ketika sesi tayangan perdana filemnya kerana kedatangannya dikecam sesetengah alim ulama negara itu.



2:30 AM 0

Artis@Pengarah Sambut Aidil Adha Bersama Madu,Wow Hebat!!!Madu Lain Bagaima Pulak???Jangan Berperang Okayyy??


Salam AidilAdha semua. Masih dalam mood raya atau dah mula bekerja? Kalau dah kerja pun apa salahnya kalau masih beraya kan. Kali ini kami kongsikan foto menarik pelakon dan pengarah terkenal, Erma Fatima yang menyambut Aidiladha bersama suami, Bade dan madunya di rumah ibu mertua mereka.

Menerusi dua foto yang dimuat naik dalam akaun Instagram Erma, kebahagiaan keluarga ini jelas kelihatan dengan keterbukaan Erma menerima ahli baru dalam keluarga mereka.

“Celebrating Raya with my beautiful sista….welcome to the family…” tulis Erma dalam salah satu foto yang dimuat naik.

 Untuk pengetahuan umum, Bade telah mendirikan rumah tangga bersama isteri keduanya, Aida Abdul pada 27 Mei lalu.



Tahniah diucapkan kepada Bade kerana berjaya menjaga keharmonian rumah tangganya. Semoga ikatan kemesraan yang terjalin ini akan menjadi ikutan kepada semua. [MediaHiburan]
Wednesday, October 1, 2014
7:46 AM 0

Pengacara Terlantar Di Icu!



berita terkini mengenai pengacara televisyen popular, Ras Adiba Radzi. Ras Adiba dilaporkan terlantar di hospital akibat masalah kesihatan yang dihadapinya. Info berkenaan disampaikan oleh adik Ras Adiba iaitu Ras Afiona Radzi menerusi status laman sosial Facebook peribadinya semalam.
Punca Ras Adiba Radzi masuk hospital? Ras Afiona Radzi berkata kakaknya kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital akibat demam sejak semalam. Berikut adalah petikan kenyataan beliau yang dipetik dari laman Facebook:
“Hi everyone..my sis Ras Adiba Radzi is currently in ICU now..She had fever n seizure lastnite ..pls pray for her speedy recovery…”(Hai semua.. kakak saya Ras Adiba Radzi kini berada di wad ICU (Unit Rawatan Kecemasan).. dia mengalami demam dan sawan malam tadi …doakan dia supaya cepat sembuh)

Menerusi gambar yang dikongsikan, nampak agak teruk juga keadaan personaliti tv itu. Sama-sama kita doakan agar Ras Adiba Radzi cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan seharian. Insya Allah.
Saturday, September 27, 2014
12:56 PM 0

Hott!!! Anzalna Upload Gambar SeIuar DaIam Milik Siapa????

Pelakon cantik Anzalna Nasir telah memuatnaik satu gambar yang menjadi tumpuan para followernya.
Gambar itu ialah seIuar daIam berwarna coklat. Sebenarnya gambar itu menjadi bahan bualan dan juga bahan ketawa orang ramai.
Sudah pasti seular itu bukan milik Anzalna.

Gambar di bawah:




Credit-utusanmalaysiaterkini
Thursday, September 25, 2014
6:56 AM 0

Benarkah Abby Mempunyai Kekasih Baru??Sambutan Birthday Special Ini Untuk Siapa??

Alahai, sedang isu dengan bekas suami kedua, Farhan masih berlarutan Abby Abadi siap sempat buat kejutan hari lahir lagi untuk seorang jejaka yang dipercayai kekasih baru selebriti itu. Kalau sebelum ini Abby sering menafikan bahawa Khairul Azli adalah kekasihnya, namun berdasarkan kepada gambar ini nampak macam ada ‘sesuatu’ antara mereka.

ABBY ABADI buat kejutan hari lahir untuk KEKASIH BARU? Menerusi gambar yang kini tersebar di beberapa blog dan media sosial, Abby Abadi telah membuat satu majlis kejutan sempena dengan hari jadi Khairul Azli. Majlis berkenaan nampaknya telah dibantu oleh lovesupersurprise. Ewahh, Ewahh, Ewahhhhh… bukan main lagi kejutan majlis berkenaan. Siap ada belon-belon berbentuk ‘love’ lagi. Paling menarik ada juga banyak nota kertas dengan petikan kata-kata seperti ‘saya sayang awak’, ‘saya janji’ dan sebagainya atas kereta Khairul Azli.


Abby Abadi juga dilihat gembira sepanjang majlis berkenaan. Ok lah tu. Tak adalah nak serabut kepala memikirkan masalah dengan bekas suami keduanya yang belum selesai itu. Kalaulah Abby Abadi dan Khairul Azli betul-betul ada hubungan lebih daripada sekadar kawan, apa salahnya kan? Solo pun dah solo dah. Mungkin ini jodoh yang terbaik untuk Abby Abadi, siapa tahu kan?

Mai kita lihat beberapa foto yang dikongsikan dibawah:




Harap-harap ada berita gembira untuk Abby Abadi dan Khairul Azli. Sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk mereka.

Sumber info: Beautifulnara via Miss Leped
Wednesday, September 24, 2014
11:31 PM 0

SHARNAAZ AHMAD-"Tak Perlu Bergaduh Dengan Wartawan"



PETALING JAYA – Pelakon Sharnaaz Ahmad menasihati golongan artis agar tidak bermusuhan dengan pihak media sekiranya berlaku sebarang salah faham kerana perkara itu tidak akan memberikan keuntungan kepada mana-mana pihak.

Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 29, berkata, golongan artis juga harus berani mengakui kesilapan yang dilakukan selain bersikap merendah diri dalam apa jua keadaan sekiranya mahu berjaya dalam bidang seni.

“Dulu saya sendiri pernah dihentam pihak media dan saya terima kerana kita saling memerlukan dan sekiranya berlaku sebarang masalah kita sepatutnya bincang elok-elok supaya dapat mengelakkan masalah lebih besar berlaku.

“Saya juga pernah melakukan kesilapan dan tidak ada salahnya untuk merendahkan ego dan mengaku kesilapan sendiri bagi menjernihkan suasana yang keruh,” katanya kepada mStar Online semasa ditemui pada majlis tayangan perdana filem terbaharunya berjudul Dollah Superstar di Cathay E@Curve di sini pada Selasa.

Terdahulu penyanyi Shila Amzah melakukan kontroversi apabila menuduh media Melayu hanya lebih mementingkan cerita sensasi berbanding akhbar Cina.

Status itu dimuat naik menerusi laman sosial Instagram miliknya sebelum ini sehingga mengundag perdebatan ramai.

Dalam pada itu Sharnaaz turut menegur bekas kekasihnya itu agar berbuat baik dengan pihak media kerana berkenaan mencipta populariti selama ini dengan bantuan rakan-rakan wartawan.

Katanya, adalah tidak wajar untuk menuduh golongan media hanya mencari ceirta-cerita sensasi tanpa melihat pertolongan yang mereka berikan selama ini.

”Sebelum Shila ke China, media-media Melayu yang banyak membantu kerjayanya. Jadi, dia kenalah berusaha untuk menjernihkan keadaan,” katanya.

Dalam pada itu, Sharnaaz memberitahu, medium laman sosial seperti Facebook dan Instagram turut menyumbang kepada salah faham lebih besar dalam sesuatu isu melibatkan media dan artis.

Jelas Sharnaaz, pandangan dan fahaman individu yang membaca akan menyebabkan sesuatu keadaan itu bertambah keruh dan sebaik-baiknya kedua-dua pihak berjumpa secara bersemuka sekiranya berlaku sesuatu isu.

“Media sosial ini bahaya kerana ia boleh menyebabkan sesuatu isu itu bertambah keruh dengan pandangan dan perdebatan daripada pihak lain,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, bercakap mengenai filem terbaharunya, Sharnaaz berkata, ia sebuah naskhah yang berbeza daripada karya lain pernah dibintanginya sebelum ini.

Jelas Sharnaaz, biarpun sudah beberapa kali bekerjasama dengan Kabir Bhatia, namun suntikan pengarah itu terhadap filem berkenaan berbeza dan lebih kepada humor spontan.

“Paling seronok sebab dapat bergandingan dengan Awie dalam filem ini dan ia satu peluang yang cukup berharga selain jalan ceritanya yang berbeza membuatkan saya tertarik untuk terlibat sama,” katanya.

Dollah Superstar turut menampilkan barisan pelakon seperti Awie, Neelofa, Fizz Fairuz, Aziz M. Osman dan Lan Pet Pet.

Ia bakal ditayangkan di pawagam pada 2 Oktober depan.

Dalam perkembangan lain Sharnaaz bakal membuka sebuah pusat kecergasan yang bakal beroperasi pada Oktober ini di Segambut Kuala Lumpur dan hanya mengenakan bayaran RM5 kepada pengunjung. - mStar Online