Searching...
Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts
Wednesday, October 8, 2014
4:51 AM 0

Apa???Malam Ini Bulan Berdarah???Biar Betollll!!!

FENOMENA GERHANA BULAN BERDARAH MALAM INI


Ia bukan lah berkaitan cerita mistik atau cerita tahyul seperti gambar diatas
Tapi tahukah anda yang malam ini bukan sahaja akan berlaku kejadian gerhana bulan penuh malah juga akan berlaku dua lagi kejadian lain iaitu penampahan Uranus dan juga Selenelion.

Fenomena gerhana bulan merah yang turut dikenali sebagai ‘Gerhana Bulan Berdarah’ terjadi apabila kedudukan Bumi terletak pada kedudukan sejajar di antara Matahari dan Bulan.

Ketika itu, bayang Bumi yang menutupi permukaan Bulan itu akan menghasilkan bias berwarna merah seakan warna darah. Kali terakhir fenomena ini berlaku adalah pada 15 April tahun ini.

Selain fenomena bulan berdarah, satu lagi fenomena di mana planet Uranus boleh dilihat dengan mata kasar bakal berlaku malam ini, lapor TribunJogja.com.

Terdapat dua faktor yang membolehkan penampakan planet tersebut iaitu jaraknya yang dekat dengan Bumi, serta keadaan gerhana itu sendiri.

Seorang sumber astrologi Indonesia menyatakan bahawa Uranus dijangka dapat dilihat sebagai sebuah titik kecil yang menyerupai bintang dengan cahaya samar bermagnitud +5.

Namun, detik tersebut agak singkat dan mereka yang terlatih sahaja berpeluang mengesannya di dada langit. Oleh kerana cahayanya samar, Uranus hanya dapat dikesan dengan mata kasar pada saat gerhana terjadi sepenuhnya.

Sebelum atau selepas detik itu, kelibat planet ketujuh dalam sistem cakerawala itu akan pudar dan menghilang.

Fenomena selenelion pula merujuk kepada kejadian kedua-dua Matahari dan bulan gerhana yang dapat dilihat serentak. Ia hanya boleh terjadi pada detik sebelum matahari terbit atau terbenam.

Secara ringkasnya, ia adalah fenomena apabila dua objek langit terpisah 180 darjah dari sudut pandang manusia di Bumi.

Pada waktu senja nanti, selenelion yang terjadi melibatkan Bulan dan Matahari. Ini bermakna Matahari akan disaksikan tepat di ufuk barat manakala Bulan pula di ufuk timur.


Tuesday, October 7, 2014
8:47 PM 0

Pemiutang PTPTN WaJIB Baca!!-Ahmad Maslan (Timbalan Menteri Kewangan)

PTPTN : "HUTANG YANG TELAH DIPINJAM HARUS DIBAYAR, BERTAUBATLAH" - AHMAD MASLAN






KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan mendedahkan sebanyak 552 ribu peminjam PTPTN langsung tidak membayar pinjaman itu sejak penubuhan PTPTN.

Ahmad Maslan juga menyatakan bahawa pengerusi PTPTN perlu membuat sesuatu disebabkan isu ini.

“Hutang yang telah dipinjam harus dibayar, bertaubatlah,” katanya didalam dewan parlimen hari ini.

Menurut Ahmad Maslan lagi, pihak kerajaan perlu membantu dalam hal ini agar PTPTN terus dapat beroperasi dan mengutip hutang-hutan gyang masih belum dibayar.

“Di dalam Islam juga ada menyebut bayar balik hutang yang telah dipinjam.

“Kita berharap pulangan kutipan PTPTN akan ditingkatkan dari semasa ke semasa,” katanya, memetik freemalaysiatoday



2:12 AM 0

(11 Gambar ) Kemalangan Pelik Yang Sukar Untuk Di Terjemahkan.



Melihat daripada gambar-gambar kemalangan didalam gambar ini, rasanya agak pelik juga bagaimana kemalangan itu boleh terjadi sampai sedemikian rupa.

Ada yang lawak dan ada juga yang tak masuk akal.

Tapi bila difikirkan semula, nampak logik juga.

Tidak sangka sampai begitu sekali kemalangan berkenaan boleh terjadi.
Ada di antaranya memang kecuaian manusia sendiri manakala ada diantaranya terjadi kerana kuasa alam.













credit
1:30 AM 0

Peminat Jangan Bikin Fitnah,Mereka Masih Lagi Suami Isteri




Gara-gara jarang memuat naik gambar bersama suami, ramai yang mendakwa yang rumah tangga mereka bermasalah.

Sememangnya kalau diperhatikan Dina memang jarang sekali memuat naik gambarnya bersama si suami, Zamarul. Bagaimanapun itu bukanlah bermakna yang perkahwinan mereka tidak bahagia dan juga bermasalah. Itu membuktikan bahawa pasangan tersebut mengamalkan sikap Low Profile tidak seperti selebriti lain ataupun golongan-golongan yang dah 3 tahun kahwin pun masih memuat naik gambar perkahwinan.

Bagaimanapun disebabkan dakwaan tersebut, Diana menjelaskan  “saya sedar ramai yang mahukan penjelasan mengenai status kami hanya disebabkan mereka lihat kami jarang bersama-sama. Malah dalam laman sosial juga jarang kami bergambar berdua”.

“Apabila selalu orang bertanya, saya tak tahu nak jawab apa. Jadi pada kebanyakan masa saya memang akan berdiam diri. Kalau orang bertanya di laman sosial contohnya, saya ambil pendekatan memadam semua komen-komen sebegitu.

“Saya akui masa kami bersama-sama agak terhad. Tetapi itu disebabkan dia (Zamarul) sibuk bekerja dan banyak masanya dihabiskan di lokasi penggambaran. Kami tak pernah membangkitkan isu ini kerana selalunya saya dan dia buat tak tahu sahaja agar tak mengeruhkan keadaan,” katanya memetik laporan sebuah akhbar harian tempatan.

Jadi buat peminat-peminat janganlah tuduh menuduh bahkan harus puji dengan sikap mereka yang bukan seperti “Attention Seekers”.

Credit


Monday, October 6, 2014
4:43 AM 0

Ngeri!!Gadis Ditikam Dikepala Dan Masih Hidup!!




AGENSI - KEADAAN dos Santos yang berlumuran darah ketika dirawat di sebuah hospital di Sao Paolo, Brazil.

SAN PEDRO – Seorang wanita di Brazil bernasib baik kerana masih hidup selepas dia ditikam pada dahi dengan sebilah pisau oleh bekas teman lelakinya, lapor MailOnline kelmarin.

Beberapa anggota polis menemui Alcileide Rodrigues dos Santos, 22, dengan pisau tertusuk ke dalam tengkoraknya ketika dia duduk di sebuah bangku di bandar ini, dalam negeri Sao Paolo.

Di sebalik kecederaan yang dialami, Santos masih sedarkan diri dan memberitahu polis bahawa dia diserang oleh bekas teman lelakinya, Roberto Martins dos Anjos, 19.

“Saya diserang bekas teman lelaki saya sekitar pukul 5 petang (waktu tempatan) ketika kami bertengkar,” katanya,

Namun, wanita itu tidak mendedahkan punca mereka bertengkar atau mengapa bekas teman lelakinya naik berang sehingga sanggup menyerang*nya.

Doktor di hospital Estadual Mario Covas di sini berkata, pisau itu tertusuk beberapa sentimeter ke dalam tengkoraknya tetapi ia tidak mengenai otak mangsa. – Agensi
Sunday, October 5, 2014
9:53 AM 0

(4Gambar)Ajaib!!!Banggunan Pertama Terapung Diudara Dihasilkan Di Britain!


 .
Ini bukan ajaib...seperti yang anda sangkakan,tetapi ini adalah seni ilusi!
Seorang penggiat seni dan pereka Britain mempamerkan kemahiran unik dalam seni ilusi apabila menjadikan sebuah bangunan di daerah pelancongan yang sibuk dekat ibu negara ini, kelihatan terapung di udara.

Lebih mengagumkan, seni yang dihasilkan oleh Alex Chinneck, juga dikenali sebagai pakar ilusi mata, mengelirukan orang ramai yang seolah-olah melihat bangunan bersejarah berusia 184 tahun di Covent Garden itu, terbelah dua.

Bahagian atas struktur bangunan itu seakan-akan terapung serta tidak bercantum dengan separuh lagi bahagian atas di bawah.

Menurut laporan portal berita Mail Online, seni tersebut yang dinamakan sebagai Take my Lightning but Don’t steal my Thunder, mengambil masa tiga bulan untuk disiapkan serta melibatkan teknik silap mata yang rumit.

Jelas laporan berkenaan, bangunan sepanjang 12 meter itu diperbuat daripada rangka keluli dan sejenis polistirena yang dipanggil sebagai filcor, selain mengambil masa 500 jam untuk mengecat binaan tersebut menggunakan teknik digital khas bagi menampakkan pemandangan bangunan lain di sekelilingnya.

Selain itu, pengimbang yang kuat iaitu keluli yang disembunyikan di bahagian tepi bangunan tersebut, dipasang untuk menyokong bahagian atas struktur itu sehingga kelihatan terapung tanpa bercantum dengan bahagian bawah.

Chinneck berkata, orang ramai tidak dapat memastikan perkara yang palsu dan sebenar dengan menyentuh atau melihat bangunan tersebut yang terapung.

“Seni ini sangat rumit dan selagi orang ramai gembira melihatnya, saya sudah cukup berpuas hati.

“Ciptaan saya itu merupakan persoalan yang memerlukan pemikiran logik untuk mendapatkan penyelesaian," katanya.

Seni Take my Lightning but Don’t Steal my Thunder akan dipamerkan di Covent Garden East Piazza sehingga 24 Oktober ini.


                                                                         Credit



9:34 AM 0

(7 Gambar) Kenangan Yang Sempat Diambil Sebelum Berlakunya Nahas Di Terowong Tempoh Hari.


Pada 4 Oktober satu kemalangan maut berdekatan Terowong Menora KM256 Lebuhraya PLUS yang telah mengorbankan dua beranak kini trending dilaman sosial. Kemalangan tersebut adalah akibat daripada kerosakan brek pada sebuah lori lalu merempuh kenderaan yang dinaiki mangsa.

Dua beranak yang maut dalam kemalangan tersebut dikenalpasti sebagai Siti Yuslianis Roslan, 20, dan ibunya Norhayati Wook, 50, yang berada di tempat duduk belakang kereta berkenaan. Manakala  pemandu kereta terbabit Muhammad Yusriman, 23, dan Muhammad Yusrizal, 25, hanya mengalami kecederaan ringan. Sementara itu Siti Yusliana, 12, mengalami luka di bahagian tumit kaki.

Selain daripada itu beberapa kenderaan lain juga terbabit dalam kemalangan tersebut namun hanya mengalami kecederaan.

Agak sayu juga melihat gambar-gambar mereka yang dalam suasana gembira bergambar sebelum terlibat dalam kemalangan tersebut. Semoga Roh mereka semua dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.















.
Saturday, October 4, 2014
5:37 AM 0

Kronologi Kes Kematian Bayi (Nur Imna Khalisa) Di Taska Putrajaya Presint 11

Kecoh beberapa hari lepas dengan kes kematian seorang bayi bernama Nur Imna Khalisa di Taska Permata Bonda Presint 11 Putrajaya. Sebagaimana yang kita tahu, ajal dan maut sememangnya adalah urusan DIA. Namun kalau benda ini berlaku beberapa kali di taska yang sama sudah tentu akan menimbulkan keraguan.

Tidak dinafikan, ada juga yang menyalahkan ibu bapa kerana menghantar anak mereka ke taska. Jadi, macam-macam pendapat ada. Namun dalam post sebelum ini, ammboi ada menyiarkan kenyataan dari pihak mangsa. Kali ini ammboi rasa terpanggil untuk menyiarkan kenyataan dari pihak taska Permata Bonda pula.  



Menerusi sumber info, Taska Permata Bonda Presint 11 Putrajaya ada menyiarkan kronologi kes kematian bayi Nur Imna Khalisa. Anda boleh baca petikan kronologi berkenaan dibawah:

KRONOLOGI KES KEMATIAN BAYI NUR IMNA KHALISA DI TASKA PERMATA BONDA PRESINT 11 PUTRAJAYA

Sekitar jam 7 pagi Muhamad Zamri Anuar (bapa) dan Nafisah Ahmad Jauhari (ibu) telah hantar bayi (mangsa) Nur Imna Khalisa ke Taska Permata Bonda Putrajaya Presint 11. Pengasuh taska yang menyambut kehadiran bayi itu telah memaklumkan yang baby tidak sihat kepada ibu mangsa dengan harapan membawanya mangsa ke klinik. Bagaimanapun ibu bayi menyatakan mahu sapu kunyit (perubatan tradisional) pada dahi baby untuk kurangkan selsema baby.

Dalam kenyataan itu, pihak taska juga memaklumkan keadaan bayi masih sihat ketika dimandikan. Cuma merasakan badan bayi sedikit panas dan bayi juga masih mengalami selsema. Menurut kenyataan itu lagi, ada dimaklumkan demam bayi sudah berlarutan selama seminggu. Menurut kenyataan itu lagi, pada waktu tengahari pengasuh ada berikan susu kepada bayi. Namun bayi asyik menangis dan kurang minum susu sebagaimana biasa. Oleh itu, pengasuh telah cuba tidurkan bayi dalam keadaan berpampers dan berbedung memandangkan badan bayi suam. Bila bayi tidur, pengasuh letakkan di dalam baby cot bagi mengelak diganggu anak-anak lain yang sudah merangkak.

Sekitar jam 3 petang pula seorang pengasuh telah memeriksa bayi dengan memberi susu. Menurutnya ketika itu bayi masih bernyawa. Rutin harian selepas jam 3 petamg, pengasuh akan menguruskan anak-anak lain (mandi dan makan). Pengasuh yang menyangka bayi masih tidur dan tidak ingin menganggunya kerana kebiasaan dua orang bayi (termasuk mangsa) selalu dimandikan lewat.

Sekitar jam 5.30 petang, ibu bayi datang menjemputnya. Pengasuh telah kejutkan bayi tapi bayi dah kaku. Menurut kenyataan itu, ada terdapat kesan bintik darah pada kening baby. Pengasuh telah maklumkan pada ibu untuk masuk ke dalam taska untuk melihat sendiri keadaan anaknya. Melihat keadaan anaknya yang sudah tidak bernyawa (menurut laporan awal keadaan bayi kebiruan) ibu bayi terus bawanya ke unit kecemasan. Ketika di bilik forensik terlihat kesan bintik dan lebam pada badan bayi. Penjaga (ibu dan bapa) dan pihak taska (pengasuh) yang terlibat dibawa ke balai polis untuk disoal siasat.

Pada jam 9 pagi keesokan harinya, bedah siasat dilakukan dan pihak taska (mungkin pemilik taska dan yang mengeluarkan kenyataan ini) menyataan dia berada disana sehingga jam 3 petang. Selepas selesai, penjaga telah membawa anaknya pulang ke kampung untuk urusan perkebumian. Dalam pada itu, pada hari yang sama pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM, polis dan pejabat kesihatan telah membuat lawatan ke taska dan menjalankan siasatan.

Pada jam 6 petang, ada anggota polis telah memberitahunya mengenai keputusan awal bedah siasat (post morterm) yang dijalankan. Menurutnya tiada sebarang unsur penderaan atau jenayah terdapat pada mayat bayi dan semua pihak perlu tunggu keputusan ujian kimia bagi mengetahui punca sebenar kematian baby. [sumber asal: mymediahubonline dan berita semasa]

Ok, itu adalah kenyataan yang dipercayai dikeluarkan oleh pihak Taska Permata Bonda. Nampak agak meragukan. Cepat benar mereka boleh dapatka laporan awal dari pihak polis. Sedangkan ketika ini, kes kematian bayi Nur Imna Khalisa yang meninggal dunia di Taska Permata Bonda ini masih menunggu keputusan autopsi yang bakal mengambil masa yang agak lama sekitar 8 minggu.

Lagi satu perkara, dalam kenyataan itu biasanya pihak taska akan mengurusan anak-anak lagi (mandi dan makan) sebelum menguruskan dua bayi (termasuk mangsa kot). Selesai uruskan anak-anak lain, mereka pasti akan uruska dua bayi itu. Tak akan tak sedar bayi sudah tak bernyawa atau lain-lain?

Kami disini ucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa. Semoga tabah dengan ujian Nya ini. Selain itu, kami juga berharap segala urusan siasatan dipermudahkan. Insyaallah. Amin.

Dibawah pula dikongsikan sedikit informasi mengenai Taska Permata Bonda Putrajaya Presint 11. Menurut sumber, taska itu menjaga seramai 33 kanak-kanak (9 bayi dan 6 transit selepas sekolah). Namun mereka cuma mempunyai 5 pengasuh sahaja namun ketika hari kejadian seorang pengasuh telah ambil cuti sakit. Selain itu, Taska Permata Bonda Presint 11 Putrajaya terus beroperasi seperti biasa sehingga ke hari ini.

Kemaskini terbaru pada jam 5.00 petang, 3 Oktober 2014 – Taska Permata Bonda Presint 11 Putrajaya telah diarah tutup bermula hari ini sehingga siasatan selesai.


Credit-Ammboi.com
5:10 AM 1

6 Gambar dan Video Kemalangan Maut Lebuh Raya Utara Selatan(Ipoh)


IPOH: Dua maut dan seorang lagi cedera parah dalam kemalangan di KM256.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan ke utara selepas Terowong Menora dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, ACP Ghuzlan Salleh ketika dihubungi Bernama berkata kejadian yang berlaku lebih kurang jam 11 pagi ini membabitkan beberapa buah kenderaan.

"Setakat ini, maklumat yang kita terima, dua orang maut dan seorang lagi cedera parah," katanya.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata kemalangan itu membabitkan lima kenderaan iaitu masing-masing sebuah lori treler, lori, kereta jenis Perodua Myvi, kenderaan pelbagai guna jenis Alza serta kereta jenis Honda City.

"Operasi menyelamat dilakukan oleh pasukan bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar. Keseluruhan mangsa yang terlibat adalah 15 orang," katanya.

Jurucakap Plusline ketika dihubungi berkata lalu lintas di lebuh raya dari arah Ipoh masih mengalami kesesakan sepanjang 13 kilometer.

Bagaimanapun lalu lintas kembali lancar selepas kawasan kejadian, katanya.

Plus mencadangkan supaya pengguna lebuh raya menuju ke utara melencong kenderaan mereka keluar di plaza tol Ipoh Selatan dan masuk kembali di plaza tol Kuala Kangsar bagi meneruskan perjalanan. - Astro Awani









Friday, October 3, 2014
1:38 AM 0

E-bola Penyakit Amat Berbahaya Yang Ramai Diantara Kita Tidak Ketahui!



Penyakit virus Ebola (EVD) atau Demam berdarah Ebola (EHF) ialah penyakit yang menyerang manusia disebabkan oleh virus Ebola. Virus ini baru sahaja dikenalpasti dan dianggap sebagai suatu virus penyakit yang amat berbahaya di dunia. Ebola mudah berjangkit dan boleh membawa maut. Dalam 50% - 90% kes jangkitan, penyakit ini mengakibatkan kematian, bergantung kepada jenis virus Ebola punca penyakit. Virus Ebola menyebabkan pesakit menjadi lemah, kekurangan air, lesu dan keliru. Tanda-tanda Ebola yang paling jelas merupakan pendarahan di seluruh tubuh dan di dalam badan. Kematian biasanya berlaku dalam masa 7 sehingga 16 hari disebabkan oleh kejutan dan kehilangan darah yang serius.

Gejala-gejala biasanya bermula dari hari ke-dua hingga ke tiga minggu selepas dijangkiti virus, dengan demam, sakit tekak, sakit otot, dan sakit kepala. Kebiasaannya diikuti rasa loya, muntah-muntah, dan cirit-birit, juga kemerosotan fungsi hati dan buah pinggang. Pada ketika ini, sesetengah orang mula mengalami masalah pendarahan.





Wabak 2014

Pada bulan Februari 2014, virus Ebola telah muncul di Guinea. Ini mewujudkan wabak virus Ebola pertama seumpamanya yang berlaku di wilayah tersebut. pada tanggal 28 Mac 2014, seramai 103 orang telah sah dikenal pasti dijangkiti oleh virus dan 66 orang mangsa telah disanhkan meninggal dunia di Guinea, manakala 8 kes di Liberia termasuk 6 kematian, 6 pesakit di Sierra Leone termasuk 5 kematian. Penyiasatan masih diteruskan sehingga sekarang.

Wabak yang berlaku dengan pantas di ibu negara Guinea, Conakry, adalah yang sangat merbahaya seumpamanya kerana strain virus Ebola ini di kenal pasti begitu cepat menyerang. Negara yang berpenduduk 2 juta orang itu sangat miskin, terlalu banyak lambakan setinggan dan kawasan fakir miskin. Sistem perkhidmatan perubatan ternyata sangat lemah sangat jauh jika dibandingkan dengan negara maju di Eropah yang lain.

Virus tersebut mungkin dijangkiti melalui sentuhan dengan darah atau cecair badan binatang yang dijangkiti (kebiasaannya monyet atau keluang).Penyebaran melalui udara belum pernah didokumenkan dalam persekitaran semula jadi. Keluang dipercayai membawa dan menyebarkan virus tersebut tanpa dijangkiti. Apabila jangkitan manusia berlaku, penyakit ini boleh merebak di kalangan manusia. Penakat lelaki mungkin boleh menyebarkan penyakit melalui air mani selama hampir dua bulan. Untuk membuat diagnosis, biasanya penyakit-penyakit lain yang mempunyai gejala yang serupa seperti malaria, taun dan lain-lain demam berdarah viral terlebih dahulu dikecualikan. Untuk mengesahkan diagnosis sampel darah diuji untuk antibodi viral, RNA viral, atau virus itu sendiri.

Pencegahan termasuklah mengurangkan penyebaran penyakit dari monyet dan babi yang dijangkiti kepada manusia. Ini boleh dilakukan dengan memeriksa haiwan itu bagi jangkitan dan membunuh serta melupuskan bangkai-bangkai dengan betul jika wabak tersebut ditemui. Memasak daging semasaknya dan memakai pakaian perlindungan apabila mengendalikan daging juga dapat membantu, seperti memakai pakaian perlindungan dan mencuci tangan apabila berada di sekitar orang yang menghidapi penyakit tersebut. Sampel cecair badan dan tisu penghidap penyakit Ebola perlu ditangani dengan amat berhati-hati.

Tiada rawatan khusus untuk penyakit Ebola; usaha untuk membantu orang-orang yang dijangkiti termasuklah sama ada dengan memberi terapi rehidrasi oral (air yang sedikit manis dan masin untuk diminum) atau cecair intravena. Penyakit ini mempunyai kadar kematian yang tinggi: biasanya membunuh antara 50% dan 90% orang yang dijangkiti virus ini. EVD pada mulanya dikesan di Sudan dan Republik Demokratik Congo. Penyakit ini biasanya berlaku menerusi penularan wabak di kawasan tropika di selatan Gurun Sahara di Afrika.Bermula dari tahun 1976 (apabila ia mula-mula dikenal pasti) sehingga 2013, kurang daripada 1,000 orang telah dijangkiti setiap tahun.Wabak terbesar sehingga kini yang berterusan ialah penularan wabak Ebola Afrika Barat 2014, yang menjejaskan Guinea, Sierra Leone, Liberia dan kemungkinan Nigeria. Sehingga Ogos 2014 lebih daripada 1600 kes telah dikenal pasti. Usaha masih berterusan untuk membangunkan vaksin; walau bagaimanapun, masih belum berhasil.
Thursday, October 2, 2014
7:17 PM 0

Isteri Kantoi Projek Dengan Suami



Kuala Lumpur: Luluh hati seorang suami apabila isteri yang dirindui sejak enam bulan lalu ditemui sedang tidur bersama lelaki tidak dikenali dalam keadaan separuh bog**l di sebuah rumah di Setapak di sini, semalam.

Difahamkan wanita berusia 20 tahun itu menghilangkan diri sejak April lalu selepas keluar dari rumahnya di Batu Caves, Gombak, dengan alasan mahu menziarahi ibunya.

Sumber polis berkata, wanita terbabit bagaimanapun menghilangkan diri menyebabkan suaminya berusaha menjejaki isterinya itu di merata lokasi.

Menurutnya, lelaki terbabit bagaimanapun menerima panggilan daripada rakan yang mendakwa terserempak dengan isterinya di kawasan Setapak di sini, jam 10 malam kelmarin.

“Lelaki terbabit bersama lapan rakan lain kemudian berusaha menjejaki isterinya itu selain bertanya orang ramai di kawasan berkenaan.

“Dia bagaimanapun mendapat maklumat isterinya itu tinggal bersekedudukan dengan seorang lelaki sejak enam bulan lalu,” katanya.

Credit-siakapkeli
Wednesday, October 1, 2014
8:57 AM 0

IKEA Tarik Balik Pasta Sebagai Langkah Berjaga-Jaga



KUALA LUMPUR: Ikea menarik balik pasta berbentuk rusa (elk), PASTAÄLGAR, sebagai langkah berjaga-jaga berikutan ia mengandungi soya yang tidak dinyatakan pada label produk itu.

Menurut Ikea, tindakan itu diambil kerana ia mengutamakan keselamatan pengguna.

"Analisis ke atas PASTAALGAR menunjukkan kehadiran soya yang tidak diisytiharkan pada produk itu.

"Soya adalah bahan alahan dan mereka yang alah kepada soya mungkin mengalami reaksi alahan jika memakan produk itu," menurut Ikea dalam satu kenyatan hari ini.

Produk itu bagaimanapun selamat kepada sesiapa sahaja yang tidak alah pada soya.

Pelanggan yang mempunyai alahan, boleh mengembalikan PASTAAKGAR kepada pasar raya makanan di tingkat bawah Ikea untuk mendapatkan semula wang masing-masing.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi Perhubungan Pelanggan Ikea di 603-7726 7777.



7:46 AM 0

Pengacara Terlantar Di Icu!



berita terkini mengenai pengacara televisyen popular, Ras Adiba Radzi. Ras Adiba dilaporkan terlantar di hospital akibat masalah kesihatan yang dihadapinya. Info berkenaan disampaikan oleh adik Ras Adiba iaitu Ras Afiona Radzi menerusi status laman sosial Facebook peribadinya semalam.
Punca Ras Adiba Radzi masuk hospital? Ras Afiona Radzi berkata kakaknya kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital akibat demam sejak semalam. Berikut adalah petikan kenyataan beliau yang dipetik dari laman Facebook:
“Hi everyone..my sis Ras Adiba Radzi is currently in ICU now..She had fever n seizure lastnite ..pls pray for her speedy recovery…”(Hai semua.. kakak saya Ras Adiba Radzi kini berada di wad ICU (Unit Rawatan Kecemasan).. dia mengalami demam dan sawan malam tadi …doakan dia supaya cepat sembuh)

Menerusi gambar yang dikongsikan, nampak agak teruk juga keadaan personaliti tv itu. Sama-sama kita doakan agar Ras Adiba Radzi cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan seharian. Insya Allah.
4:34 AM 0

Minyak RON95 & Diesel Naik 20Cen.



PETALING JAYA: Harga minyak RON95 dan diesel akan mula dinaikkan sebanyak 20sen bermula tengah malam ini.

Harga baru bagi RON95 akan menjadi RM2.30 seliter dan diesel pula akan menjadi RM 2.20 seliter.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berkata, kerajaan telah memutuskan untuk mengurangkan subsidi bahan api semasa sebanyak 20sen selaras dengan pelan rasionalisasi subsidi.

"Walaupun dengan peningkatan ini, kerajaan masih lagi perlu mengeluarkan perbelanjaan lebih daripada RM21bil subsidi bahan api RON95, diesel dan LPG tahun ini.

Harga semasa RON95 adalah RM2.58 seliter dan RM2.52 seliter bagi diesel.

Letsgo ..ramai-ramai memeriahkan acara isi minyak full tank di petrol pump terdekat  malam ni.....\


Sumber : thestar
Tuesday, September 30, 2014
10:01 PM 0

Bayi 3 Bulan Maut Di Taska PutraJaya (4 GAMBAR)


Mangsa, Imna Khalisa, 3 bulan+, meninggal di Taska Permata Bonda, Presint 11. Bagaimanapun punca kematian masih belum diketahui.  Pihak keluarga mangsa masih menunggu keputusan autopsi yang sedang dilakukan.

Menurut Ibu mangsa, hasil post mortem di hospital Putrajaya , kes diklasifikasikan sebagai kematian luar biasa dan masih dalam siasatan polis. Menurutnya lagi, ketika dia tiba untuk mengambil anaknya, anaknya sudah kebiruan dan pengasuh tidak mengetahui anaknya sudah meninggal.




Baca pula luahan hati bapa saudara mangsa di bawah:

Salam...
Semalam anak buah saya berusia 3+ bulan telah meninggalkan kami. Kami masih menunggu keputusan autopsi yg sedang dilakukan.

Cerita awl yang saya dapat adalah semasa adik saya ingin mengambil arwah anknya (imna khalisa) di Taska Permata Bonda Presint 11, imna dah keras dan kaku...bile ditanya sekor2 penjaga seperti tatau ape yg berlaku. Dah keras dah chor...imagine brape lame dah imna meninggal br dapat tau. Ada kesan luka di atas hidung dan kepala.

Pernah ada kes dulu taska ni. Korang boleh google 'taska permata bonda'. Aku masih tak faham kenapa dulu takde ape2 tindakan dr pihak berkuasa utk menutup premis tersebut dr terus beroperasi. Sekarang anak buah aku jadi mangsa.

Trust me. Someone will pay and heads will roll.

Thanks kepada semua yg turun semalam dan pertolongan korang semua...appreciate it a lot. Saya merayu utk kengkawan share about this. They need to pay for what they did to my niece! Tiada kompromi


Bagaimanapun, Boii Amani Hashim berkata, beliau akan mengumumkan punca kematian adik Imna Khalisa sebaik saja laporan autopsi dikeluarkan. -

Credit-MEDIA SENSASI PANAS
5:04 AM 0

Bomba Selamatkan Hamster.....


Anggota bomba di Lacey, Washington, terpaksa menggunakan topeng oksigen paling halus mereka untuk menyelamatkan sebuah keluarga hamster dalam kebakaran rumah bergerak pada September 26.

Walaupun api dapat dikawal dengan pantas, anggota bomba terpaksa membuka "panduan kecemasan haiwan belaan" apabila mereka menjumpai hamster tersebut.

Oreo, Madonna, dan anak mereka yang masih lagi belum dinamakan telah berjaya diselamatkan dan dirawat dengan alat pertolongan kecemasan yang paling halus itu.

Credit- SiakapKeli