Searching...
Saturday, September 27, 2014
3:52 AM 0

3-Gambar Pertunangan Sarimah Ibrahim Dengan Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar



Penyanyi, pelakon, pengacara dan penyampai radio Mix Fm, Sarimah Ibrahim, 36, selamat melangsungkan pertunangan dengan Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar (Tunku Jamie), 42, dalam majlis ringkas di Hotel Doubletree By Hilton pada jam 2.50 petang tadi.

Gambar Sarimah dan Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar bertunang – Tunku Jamie adalah cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Acara dimulakan dengan majlis merisik dan bertukar barangan hantaran daripada kedua pihak. Acara menyarungkan cincin disempurnakan ibu saudara Tunku Jamie iaitu Raja Datin Massaha.

Pada majlis berkenaan, pihak lelaki turut menyerahkan tiga dulang hantaran dan dibalas lima oleh pihak perempuan. Hadir sama, Tunku Ampuan Negeri Sembilan, Tunku Najihah Tunku Besar Burhanuddin.

Dibawah ammboi kongsikan beberapa foto sekitar majlis pertunangan Sarimah Ibrahim dan Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar (Tunku Jamie) yang dipetik dari beberapa sumber media:






Credit-Ammboi.com

0 comments:

Post a Comment