Searching...
Showing posts with label pelik. Show all posts
Showing posts with label pelik. Show all posts
Saturday, October 4, 2014
8:30 AM 0

Wanita 60 Tahun Kahwini Lelaki 28 Tahun (6 Gambar)


Foto Liu Xiaoqing, Wanita yang cukup Cantik berusia 60 Tahun ini berkahwin dengan Lelaki Tampan Berusia 28 Tahun

Liu Xiaoqing, bergambar dengan suaminya Yi Gang Bukan hanya itu, berkat kecantikannya, Liu Xiaoqing juga sudah beberapa kali memenangi gelaran Miss Kecantikan untuk wanita berusia 40 tahun ke atas. Bahkan baru-baru ini beliau memainkan peranan dalam sebuah filem dimana  Liu berperanan menjadi gadis berusia 19 tahun.









Credit
Tuesday, September 30, 2014
5:04 AM 0

Bomba Selamatkan Hamster.....


Anggota bomba di Lacey, Washington, terpaksa menggunakan topeng oksigen paling halus mereka untuk menyelamatkan sebuah keluarga hamster dalam kebakaran rumah bergerak pada September 26.

Walaupun api dapat dikawal dengan pantas, anggota bomba terpaksa membuka "panduan kecemasan haiwan belaan" apabila mereka menjumpai hamster tersebut.

Oreo, Madonna, dan anak mereka yang masih lagi belum dinamakan telah berjaya diselamatkan dan dirawat dengan alat pertolongan kecemasan yang paling halus itu.

Credit- SiakapKeli









Monday, September 29, 2014
2:13 AM 0

Kapal Titanic Terkenal Kerana Karam Dilautan,Tetapi Ada Perkara Yang Anda Tidak Ketahui Disebalik Kejadian Itu!!!!!!

Jika anda telah menonton filem "Titanic," anda mungkin berfikir anda seorang pakar dalam semua perkara Titanic (Terutamanya hero filem Leonardo DiCaprio). Tetapi Anda tidak tahu, terdapat banyak hal dalam filem yang tidak disentuh atau diceritakan. Hari ini, kami akan menjelaskan secara terperinci mengenai perkara-perkara yang mungkin anda saksikan didalam filem tetapi tidak diluar filem!

Jika dilihat didalam filem, Titantic adalah sebuah kapal yang besar, penuh dengan harapan dan janji juga kekeluargaan. Bayangkan keadaan ketika ianya tenggelam. Ia semestinya peristiwa yang sangat dahsyat.Di sini kami diceritakan serba sedikit tentang  apa yang anda tidak tahu tentangnya :

1) Bot kecemasan sepatutnya boleh digunakan oleh penumpang dan mereka sepatutnya diberitahu tentang keselamatan oleh anak kapal untuk kes-kes kecemasan jika berlaku tetapi ianya telah dibatalkan.Ia dibatalkan Sehari sebelum kapal itu tenggelam


2.) Ingatkah anda didalam adegan dalam filem di mana pemuzik terus bermain dikala kapal itu sedang tenggelam? Ini sebenarnya yang berlaku. Mereka terus bermain berjam-jam padahal kapal itu tenggelam sedikit demi sedikit.


3.) Milton Hershey, Hershey penemu makanan (coklat), mempunyai tiket untuk melayar diatas Titanic tetapi membatalkan tempahan itu kerana mesyuarat perniagaan.


4) Penumpang Jepun yang masih hidup dan bila mereka kembali ke Jepun,mereka dianggap pengecut kerana mereka tidak mati bersama seluruh penumpang yang lain.


5) Penggunaan 4 corong kapal pada Titanic itu hanya untuk kebanggaan sahaja. Hanya 3 daripadanya boleh digunakan, salah satu daripada 4 corong itu hanya untuk menunjukkan kehebatan kapal itu berbanding kapal-kapal yang lain.


6) Bajet untuk filem "Titanic" adalah sebenarnya lebih tinggi berbanding cerita Titanic yang sebenar.


7) Aisberg yang menenggelamkan kapal Titanic ketika memulakan pelayaran,dikatakan wujud sekitar 1000 tahun S.M.


8) Sebuah kapal"The California" adalah paling hampir dengan kapal Titanic,tetapi tidak dapat memberi bantuan untuk menyelamatkan penumpang disebabkan oleh kelewatan  komunikasi antara kapal.


9) Ketua Cheff yang bekerja di dapur kapal Titanic ketika itu terselamat dari terus membeku,kerana dia telah minum banyak alkohol,dan ia memelihara organnya selama 2 jam.Dia kemudian diselamatkan.


10.) Titanic adalah satu-satunya kapal mewah yang pernah tenggelam disebabkan aisberg.


11) Kebanyakan bot kecemasan di atas kapal yang telah digunakan  tidak menampung jumlah kapasiti penumpang yang terdapat didalam kapal Titanic.Jika ianya cukup sudah pasti ia dapat menyelamatkan lebih ramai penumpang.



12) Kemalangan kapal Titanic boleh dielakkan jika kapten kapal mendapat informasi mengenai iceberg 30saat sebelum pelanggaran.




"30 saat".Hanya 30 saat yang diperlukan untuk membuat keputusan bagi mengelak tragedi.

Ianya Sukar Dipercayai!
Saturday, September 27, 2014
Thursday, September 25, 2014
9:19 PM 0

Aneh!Pesta Persiapan Untuk Kematian Diri Sendiri Di Jepun


Setiap manusia pasti akan mati, tidak ada yang tahu bila datangnya hari itu. Tetapi jika anda tinggal di Jepun, anda boleh mempersiapkan diri di hari kematian itu secantik yang anda mahu. Ada sebuah pesta di mana seseorang boleh memilih makeup seperti apa yang akan anda pakai semasa dikebumikan, baju apa yang dipakai dan keranda apa yang akan mereka pilih. Semua ada dalam Shukatsu Festa.

Biasanya orang meninggal tidak akan memilih mahu dikebumikan dengan cara bagaimana,  bergantung pada agama dan kepercayaan yang dianuti. Namun dalam pesta Shukatsu Festa yang diadakan di Tokyo, semua orang boleh mempersiapkan perhiasan di hari kematiannya. Festival yang unik ini dihadiri lebih dari 5000 orang setiap tahun.

Ramai orang takut dikebumikan, namun warga Jepun bersemangat mempersiapkan diri sebaik mungkin. Sehingga semasa mati kelak, dia tetap cantik atau kacak di dalam keranda dan pakaian pilihannya sendiri. Maksud "shukatsu" adalah persiapan di penghujung. Tidak hairanlah jika masing-masing boleh mempersiapkan diri sebaik mungkin di hari pengkebumiannya.



Sumber-Dairishare
Friday, March 28, 2014
6:18 AM 0

Air Terjun Bawah Laut Di Kepulauan Lautan Hindi (6 GAMBAR)

Air Terjun Bawah Laut Di Kepulauan Lautan Hindi (6 GAMBAR)


Mauritius adalah sebuah negara kepulauan di Lautan Hindi kira-kira 2,000 kilometer (1,200 batu) di lepas pantai tenggara benua Afrika.

Mauritius pertama kali ditemui oleh bangsa Arab pada 975 Masehi, kemudian oleh Portugis antara 1507 dan 1513. Sejak itu setelah tempoh penggantian dan penjajahan antara Perancis, Belanda dan Inggeris. Pulau ini menjadi republik pada tahun 1968.

Terletak di hujung Barat pulau, anda akan menemui sebuah ilusi yang menarik. Bila dilihat dari atas, larian pasir dan endapan lumpur mencipta ilusi 'air terjun bawah laut'. Pandangan satelit (seperti terlihat pada screenshot Google Maps) sama-sama dramatik, pusaran air kelihatan muncul di pantai syurga tropika ini.









Thursday, March 6, 2014
10:20 PM 0

14 Babak Pertarungan Buaya Dengan Ular,Keputusannya Buaya Jadi Santapan Ular Gergasi

14 Babak Pertarungan Buaya Dengan Ular,Keputusannya Buaya Jadi Santapan Ular Gergasi