Zed Zaidi Gila Glamor - David Teoh
Zed Zaidi Gila Glamor - David Teoh | Ekoran kenyataan Presiden Seniman, Zed Zaidi yang mengatakan syarat tidak boleh bercinta di dalam kontrak syarikat pengurusan Metrowealth (MIG) sebagai melanggar hak peribadi seseorang dan ia seharusnya dimansuhkan, David Teo kemudian tampil memberi kenyataan balasnya berhubung isu tersebut.
Penerbit popular itu mendakwa Zed sebagai seorang yang gila glamor serta kacang yang lupakan kulitnya kerana mengeluarkan kenyataan tanpa membuat sebarang usul periksa terlebih dahulu.
“Saya menafikan perjanjian kontrak tersebut melanggar hak asasi manusia. Klausa 4.3 menjelaskan seseorang artis itu bersetuju membujang sepanjang kontrak tersebut. Namun jika bertemu jodoh, mereka harus mengumumkan pada pihak pengurusan dan kita anggap ia sha. Tiada apa yang perlu dipertikaikan. Bagi saya, hanya orang yang tak sedar diri saja yang akan perbesarkan isu ini,” katanya yang dipetik menerusi laporan portal Gua.
Selain itu, David juga mendedahkan Wawa Zainal ada menghubunginya beberapa minit sebelum majlis sidang media diadakan pada 11 Oktober lalu.
“Wawa hubungi saya untuk meminta maaf, 15 minta sebelum majlis sidang media itu. Bagi saya, tuan punya badan baik-baik saja dengan saya tapi orang lain pula yang lebih-lebih,” jelasnya lagi.
Penulis rasa, hal ini semakin lama menjadi semakin besar, lepas satu, satu jadi.
Jadinya, ambillah langkah proaktif dalam menyelesaikan masalah ini dengan duduk berbincang di antara satu sama lain agar semua masalah dapat diselesaikan dengan baik dan sempurna.-mynewshub
0 comments:
Post a Comment