Searching...
Thursday, October 24, 2013
5:26 PM 0

Bakal Pengantin Kecewa Dan Rasa Tertipu


Bakal Pengantin Kecewa Dan Rasa TertipuKUANTAN – Seorang bakal pengantin kecewa dan tertipu berikutan kad kahwin yang dijanjikan sebuah syarikat percetakan di Tanah Putih, di sini tidak sempurna dan masih berbaki sedangkan majlis perkahwinan akan berlangsung pada 25 Oktober ini.

Mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Wati, 28, berkata, kesemua kad kahwin yang ditempah itu sepatutnya diberikan pada awal Oktober, namun sehingga kini ia masih belum diserahkan.

Menurutnya, pihak terbabit berjanji akan memulangkan baki kad itu pada 10 Oktober lalu namun sehingga kini janji tidak ditunaikan.

“Saya buntu memikirkan hal ini sedangkan majlis akan berlangsung pada Jumaat ini. Masa terlalu suntuk sedangkan masih ramai pihak belum menerima kad jemputan saya.

“Pada peringkat awal, pihak terbabit beri pelbagai alasan apabila diminta memberikan sebahagian kad kahwin itu, malah mereka sentiasa mengelak berjumpa dengan pelanggan.

Lebih mengecewakan, segala pembayaran sudah dijelaskan,” katanya.

Bukan itu sahaja malah katanya, terdapat kesilapan pada 300 kad pertama di mana alamat, peta dan reka letak yang salah.

“Walaupun banyak maklumat silap tetapi saya masih tidak mempertikaikannya kerana kesuntukan masa dan kad perlu diedarkan segera.

“Saya harap orang ramai berhati-hati membuat tempahan kad kahwin selepas insiden ini,” katanya.-sinar harian

0 comments:

Post a Comment