Makanan Murah Punca Sakit Jantung
KANGAR - Harga makanan yang murah di Perlis antara penyumbang kepada risiko sakit jantung dalam kalangan penduduk di negeri itu, kata Exco Kesihatan Perlis, Jafperi Othman.
Ini kerana katanya, keadaan itu menyebabkan masyarakat tidak mengawal pemakanan sehingga Perlis menjadi antara negeri yang mempunyai peratusan penduduk gemuk yang tinggi dan seterusnya berisiko mengalami penyakit jantung.
Kawalan penyakit jantung ini juga perlu bermula dari peringkat kanak-kanak kerana kegilaan terhadap permainan dalam talian menyebabkan golongan ini mengabaikan kegiatan yang boleh mengeluarkan peluh, katanya berucap merasmikan sambutan Hari Jantung Sedunia Peringkat Negeri Perlis, di sini hari ini.
Sehubungan itu, Jafperi meminta ibu bapa agar memastikan anak mereka turut aktif dengan kegiatan fizikal selain menguasai bidang teknologi maklumat.
Harus diingat, kajian Kementerian Kesihatan mendapati satu daripada tiga kematian di negara ini adalah kerana masalah jantung, katanya. - Bernama via sinar harian
0 comments:
Post a Comment