Luahan Dari Dr. Azizan Osman Isu 'Saya Kantoi Menipu' | Sehari dua ini heboh disiarkan di laman sosial facebook dan blog-blog berkenaan luahan dan nada kesal salah seorang dari bekas pserta program yang dianjurkan oleh Dr. Azizan Osman yang dikatakan kantoi menipu peserta yang mengikuti program beliau.Jika tidak silap admin,peserta berkenaan mengikuti kursus yang dianjurkan ini pada tahun lepas,2012.
Baca dari komen dan respon balas dari pembaca blog dan laman sosial,rata-rata memberikan tohmahan dan pandangan buruk dan semestinya boleh menjejaskan kreadibiliti Dr. Azizan Osman dan jika berlanjutan isu ini,mungkin juga boleh memberi kesan kepada program yang dianjurkan olehnya.Bagi menjawab segala tohmahan ini,beliau mengeluarkan kenyataan di laman sosial beliau.
[Saya kantoi menipu?]
Asalnya saya tidak bercadang untuk komen kerana Puan Hajah Yasmin, CEO Richworks telah bersuara mengenai isu ini sebelum ini. Tetapi di atas permintaan ramai inbox saya terima dari anak murid saya, saya kongsikan di sini perasaan saya.
Saya rasa sedih pun ada, rasa kecewa pun ada, rasa marah pun ada. Itulah yang saya rasa beberapahari ini bila ada pihak tidak bertanggungjawab yang membuat viral provokasi kononnya [Dr Azizan kantoi menipu] di laman media sosial beberapa hari ini. Jujurnya saya agak terperanjat bila diberitahu ada lagi percubaan orang yang cuba fitnah dan memburukkan nama saya sedangkan saya baru sahaja selesai mengadakan sesi perkongsian ilmu bagaimana membina hidup berjaya dunia akhirat dengan kembali kepada sunnah berniaga selama 3-hari di satu program bernama Intensif Jutawan Industri bersama lebih 4,300 orang, tak ada pula saya dapat komen saya menipu di dalam program yang saya ada di hadapan mereka?
Rupa-rupanya ia satu isu basi yang cuba di "spin" kan untuk menarik orang ke laman web mereka. Isu cik peserta ini sebenarnya adalah satu salah faham yang telah pihak CEO baru Richworks iaitu Hjh Yasmin telah selesaikan sebelum ini cuma kesilapan kami ialah tidak meminta cik peserta tersebut menurunkan posting tersebut tetapi beliau telah menjelaskan di FB beliau yang ianya telah selesai dengan baik di kedua-dua pihak. Saya kecewa bukanlah kerana nama saya di promosikan begitu rupa, tetapi saya kecewa dengan sikap segelintir masyarakat saya yang mempunyai daya pemikiran yang sangat cetek. Saya mungkin dituduh menipu oleh 1 atau 2 orang dan boleh sembunyi daripada apatah lagi 4,000 lebih peserta yang hadir live bersama saya siang malam? Saya memperjuangkan agar bangsa saya bangkit membina kekuatan ekonomi dan kembali menguasai perniagaan serta membina tahap kewangan yang membuatkan kita mampu berzakat dan bersedekah dengan banyak. Salahkah saya? Jika anda tidak suka saya, sesi seminar saya bukan untuk anda tetapi buat mereka yang mahu memperbaiki tahap hidup mereka. Kita bangsa yang banyak hutang, banyak masalah moral, banyak persengketaan politik serta langsung tidak ada kekuatan ekonomi. Bila lagi kita mahu bangkit??
Nasihat saya kepada mereka, bertaubatlah jika anda muslim. Setiap perkara baik yang kita lakukan, malaikat catit dan pasti Allah swt balas, begitulah sebaliknya. Hidup ini tidak lama dan kita perlu menempuh kematian, alam barzah dan pertimbangan serta keadilan di Mahsyar nanti. Saya doakan hidayah buat mereka ini dan mereka yang terlibat menyebarkannya. Kesian sebenarnya kan?
#DrAzizanOsman
dipetik dari babyaimacomel
0 comments:
Post a Comment