Searching...
Monday, February 25, 2013
7:24 PM 0

Rita dakwa masih sayang Aidil

RITA RUDAINI di Mahkamah Rendah Syariah Seremban semalam.

Rita dakwa masih sayang Aidil | SEREMBAN – Pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd. Razak meminta isterinya, Rita Rudaini Mokhtar supaya hentikan sandiwara dan segera menamatkan krisis rumah tangga mereka yang berlanjutan sejak lebih setahun lalu.

Desakan itu dibuat selepas Rita Rudaini, 37, yang merupakan seorang pelakon membantah permohonan cerai yang difailkan Aidil Zafuan, 26, di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam, dengan alasan masih sayangkan suaminya itu.

“Kalau dia masih sayangkan saya, kenapa dia tidak mengikut arahan saya sebagai seorang suami. Saya bukan meminta dia membuat perkara yang tidak baik.

“Saya harap dia berhenti ‘berlakon’ seolah-olah masih sayangkan saya, kerana banyak kenyataannya di dalam akhbar sebelum ini mengaibkan saya sebagai seorang suami,” tegas pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim itu kepada media sejurus prosiding.-kosmo

0 comments:

Post a Comment