Rambut Tumbuh Dalam Mata | Seorang pemuda berusia 19-tahun berasal Iran mempunyai kista dengan rambut di bola mata, kelainan seperti ini sangat jarang ditemui. Pada mulanya kelainan yang di alami oleh pemuda ini tidak menjejaskan penglihatannya namun setelah menjadi besar ternyata mengganggu penglihatannya juga.
Kelainan seperti ini disebut sebagai Dermoid Limbal, doktor yang menangani penyakit ini mengatakan bahawa ini adalah satu-satunya kes yang ditangani sepanjang kerjayanya. Pesakit menderita penyakit ini sebenarnya sejak dia lahir, namun di anggap sebagai sesuatu yang tidak berbahaya kerana tidak menjejaskan penglihatannya. Namun setelah tumor tersebut tumbuh dengan diameter 5mm ternyata menjejaskan penglihatan pemuda ini, anehnya lagi pada tumor tersebut tumbuh beberapa helai rambut
Meskipun kista tidak menyebabkan sakit, hal tersebut menyebabkan ketidakselesaan apabila berkelip, seolah-olah ada benda asing yang melekat pada matanya. Pemuda tersebut akhirnya pergi ke rumah sakit untuk mendapatkan operasi atas kelainan yang terjadi pada matanya. Akhirnya pasukan Doktor dari Universiti Tabriz bahawa mereka berjaya mengangkat kista 5mm tersebut dari mata Pesakit
Hasil dari pembedahan menunjukkan sedikit peningkatan dalam ketajaman visual. Pemuda itu masih mempunyai visi 20/20 pada mata kirinya, sedangkan pada mata kanannya, ia mempunyai ketajaman visual 20/60
0 comments:
Post a Comment