Searching...
Monday, February 18, 2013
5:50 AM 0

Amah lambung bayi direman

Harez yang menjadi mangsa dera pembantu rumah.

Amah lambung bayi direman | KUANTAN – Seorang pembantu warga Indonesia ditahan reman sehingga hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes seorang bayi, Mohd. Harez Mohd. Zamri berusia empat bulan yang cedera akibat dilambung.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Aziz Ahmad berkata, pembantu rumah berusia 24 tahun itu sedang disiasat bagi menentukan tindakan lanjut atas perbuatannya.

“Suspek ditahan sejak 15 Februari lepas. Pihak polis masih menunggu laporan lengkap daripada pihak Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan (HTAA) berhubung keadaan bayi lelaki berkenaan,” kata beliau di sini semalam.


Pada 15 Februari lalu, bapa bayi itu yang berusia 42 tahun membuat laporan polis berhubung kejadian pembantu rumahnya yang bertindak melambung bayinya di ruang tamu sehingga terjatuh dan mengalami lebam-lebam di tangan dan cedera di kaki kiri.

Lelaki berkenaan melihat kejadian itu menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) melalui komputer riba yang disambung dengan CCTV yang dipasang di rumahnya di Bukit Setongkol di sini.

Sementara itu, ibu bayi itu, Nina Suraya Sulaiman, 24, mengakui serik untuk mengambil khidmat pembantu rumah ekoran kejadian tersebut.-kosmo

0 comments:

Post a Comment