Searching...
Monday, February 25, 2013
9:00 PM 0

Fizz Fairuz Membuat Laporan Polis


Fizz Fairuz Membuat Laporan Polis | Satu langkah yang bijak daripada Fizz Fairuz apabila dia membuat laporan polis berhubung kontroversi kes putus tunangnya bersama isteri orang. Laporan tersebut telah dilakukan di Balai Polis Damansara kira-kira jam 1.43 petang pada hari Rabu minggu lepas.
Tujuan Fizz Fairuz membuat laporan tersebut ialah untuk melindungi dirinya selain tidak bertangunggjawab ke atas bekas tunangnya, Azlyn Massiela sekiranya sesuatu terjadi selepas dia memutuskan hubungan dengan wanita tersebut. Fizz turut menyatakan yang sepanjang tempoh dia berkawan dan berhubung dengan Azlyn, dia tidak mengetahui wanita tersebut adalah isteri orang.
Yang pastinya, Fizz Fairuz telah menerima salinan surat nikah di Thailand antara Azlyn dan suaminya Ramli. Diharap kemelut yang melanda semua pihak di dalam kontroversi ini dapat diselesaikan secepat mungkin sebelum ia lebih melarat di kemudian hari.

0 comments:

Post a Comment