Searching...
Friday, February 1, 2013
6:33 PM 0

Norish Karman perjelas isu rampas suami orang



Norish Karman perjelas isu rampas suami orang | Beberapa minggu yang lalu kita digemparkan dengan isu pelakon, Norish Karman yang dikatakan telah merampas suami kenalan baiknya.

Hari ini menerusi Rotikaya.com, Norish menjelaskan dek kerana gosip liar itu dia hilang banyak tawaran berlakon.

Kini dia mahu lebih fokus pada bidang nyanyian.

Norish nyata terkilan dengan gosip yang dilemparkan oleh wanita yang sudah dianggapnya sebagai kakak sendiri.

Dia juga kurang pasti mengapa wanita yang dimaksudkan itu sanggup menuduhnya sebegitu sedangkan selama mereka berkawan, anak-anak wanita itu sudah dianggap sebagai anak sendiri.

“Jika ikut kenyataan wanita tersebut dia seolah-olah cuba melibatkan suaminya sedangkan saya hanya rapat dengan anak bukan suami. Mungkin dia iri hati melihat keletah anak-anaknya yang jauh lebih rapat dengan saya berbanding ibu sendiri.

“Bayangkanlah suaminya itu berumur lebih kurang 60 tahun takkan tergamak saya merobohkan rumah tangga mereka yang telah saya anggap seperti keluarga sendiri.

“Saya sudah mempunyai empat orang anak dan tidak pernah terfikir untuk memburukkan mana-mana orang,” katanya.

Sebelum ini, kes itu berlaku apabila Norish yang dikatakan sedang sarat mengandung telah duduk menetap dirumah kenalannya kerana ini menyorokkan bayinya.

Dalam pada menumpang itulah, dia didakwa menjalinkan hubungan dengan suami wanita itu.

Kini, dikhabarkan lelaki dan wanita itu telah bercerai dan sang lelaki sedang menjalinkan hubungan dengan Norish.

Sejauh mana kesahihan ini tidak pula dinyatakan Norish.-mynewshub.my

0 comments:

Post a Comment