Searching...
Wednesday, October 1, 2014
8:57 AM 0

IKEA Tarik Balik Pasta Sebagai Langkah Berjaga-Jaga



KUALA LUMPUR: Ikea menarik balik pasta berbentuk rusa (elk), PASTAÄLGAR, sebagai langkah berjaga-jaga berikutan ia mengandungi soya yang tidak dinyatakan pada label produk itu.

Menurut Ikea, tindakan itu diambil kerana ia mengutamakan keselamatan pengguna.

"Analisis ke atas PASTAALGAR menunjukkan kehadiran soya yang tidak diisytiharkan pada produk itu.

"Soya adalah bahan alahan dan mereka yang alah kepada soya mungkin mengalami reaksi alahan jika memakan produk itu," menurut Ikea dalam satu kenyatan hari ini.

Produk itu bagaimanapun selamat kepada sesiapa sahaja yang tidak alah pada soya.

Pelanggan yang mempunyai alahan, boleh mengembalikan PASTAAKGAR kepada pasar raya makanan di tingkat bawah Ikea untuk mendapatkan semula wang masing-masing.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi Perhubungan Pelanggan Ikea di 603-7726 7777.



0 comments:

Post a Comment