Demi Cinta Seorang Wanita Disebalik Gaun Putih.
Ramai perempuan bermimpi untuk menjadi pengantin sejak dari mereka kecil lagi.Jadi tidak hairanlah mereka sanggup untuk melalukan apa saja demi merialisasikan impian mereka itu.
Tak pernah terlintas difikiran bahawa untuk merialisasikan impian mereka bersama yang tersayang,
mereka sanggup melakukan apa saja walaupun perkara itu nampak pelik bagi kita.
Contohnya wanita ini sanggup menghabiskan masa-masa terluang tidak kira berapa minit,saat,diamana.Dia menghabiskan masa untuk menyiapkan baju Perkahwinannya demi merialisasikan impiannya!!
Wanita ini telah membuat keputusan untuk membuat gaun perkahwinannya sendiri ketika masa terluang.Waktu tersebut adalah ketika dia didalam perjalanan berulang pergi atau balik dari tempat kerja.Baju tersebut dibuat tanpa panduan @ corak,menggunakan kudrat dan sifat kreativiti beliau demi menyempurnakan hasratnya memakai gaun ciptaan sendiri.
Tiada erti penat,wanita ini terus menggunakan masa yang dimiliki walaupun sedikit untuk menyiapkan gaun tersebut sebelum hari perkahwinan.
-Hasil tenunannya itu terhasil sebuah gaun yang sangat cantik bermodalkan hanya sekitar 30 dollar.
Lebih membanggakan gaun itu kelihatan sungguh cantik,paling penting ia sangat padan untuknya dan dia tidak sabar untuk menggunakan gaun tersebut dihari perkahwinannya!!
Jadi, bukan sahaja dia menjimatkan beribu-ribu ringgit dengan membuat gaun sendiri, malah dia dapat memakai gaun tersebut berkali-kali!Adakah anda juga seperti wanita ini? Suaminya adalah seorang lelaki bertuah kan??
0 comments:
Post a Comment