Aneh!Pesta Persiapan Untuk Kematian Diri Sendiri Di Jepun
Setiap manusia pasti akan mati, tidak ada yang tahu bila datangnya hari itu. Tetapi jika anda tinggal di Jepun, anda boleh mempersiapkan diri di hari kematian itu secantik yang anda mahu. Ada sebuah pesta di mana seseorang boleh memilih makeup seperti apa yang akan anda pakai semasa dikebumikan, baju apa yang dipakai dan keranda apa yang akan mereka pilih. Semua ada dalam Shukatsu Festa.
Biasanya orang meninggal tidak akan memilih mahu dikebumikan dengan cara bagaimana, bergantung pada agama dan kepercayaan yang dianuti. Namun dalam pesta Shukatsu Festa yang diadakan di Tokyo, semua orang boleh mempersiapkan perhiasan di hari kematiannya. Festival yang unik ini dihadiri lebih dari 5000 orang setiap tahun.
Ramai orang takut dikebumikan, namun warga Jepun bersemangat mempersiapkan diri sebaik mungkin. Sehingga semasa mati kelak, dia tetap cantik atau kacak di dalam keranda dan pakaian pilihannya sendiri. Maksud "shukatsu" adalah persiapan di penghujung. Tidak hairanlah jika masing-masing boleh mempersiapkan diri sebaik mungkin di hari pengkebumiannya.
Sumber-Dairishare
0 comments:
Post a Comment