Searching...
Friday, September 26, 2014
9:58 PM 0

6 Perkara Yang Tidak Boleh Dijilat Kerana Mendatangkan Bahaya..!!!!





6 Perkara Yang Tidak Boleh Dijilat Kerana Mendatangkan Bahaya..!!!!



Menjilat adalah perkara yang biasa dilakukan manusia. Ais krim atau batang ais krim merupakan beberapa makanan yang kerap dinikmati dengan cara dijilat. Namun, untuk hal-hal berikut, menjilat menjadi perkara yang sebaiknya dielakkan:.



1). Jangan menjilat bola mata.

Di Jepun, penduduk di sana suka saling menjilat bola mata orang lain, iaitu sebuah trend baru yang disebut oculolinctus. Hasilnya? Terjadinya suatu lonjakkan infeksi, goresan, dan bintil pada mata mereka.



2). Jangan menjilat katak.

Beberapa jenis katak menghasilkan halusinogen yang sangat kuat yang disebut bufotoxin. Beberapa orang dilaporkankan telah meninggal setelah mereka mencuba menjilat kodok untuk kepentingan rekreasional, seperti halnya ramai atlet yang menggunakan dadah. Mereka meninggal kerana mengalami overdos. Bahkan di California, memiliki Katak Sungai Colorado dianggap sebagai satu kesalahan jenayah.



3). Jangan menjilat apa pun di lantai.

Percaya dengan “peraturan 5 detik” ketika makanan jatuh ke lantai? Pertimbangkanlah kembali dengan menyemak hasil kajian Jamie Hyneman dan Adam Savage serial MythBusters. Mereka mengalisa bagaimana makanan dijatuhkan ke lantai yang telah terkontaminasi/tercemar dalam interval 2 hingga 6 detik. Ternyata “peraturan 5 detik” hanyalah rekaan semata.

Bahkan dalam keadaan tertentu, dengan berada di lantai hanya dalam waktu milidetik, sudah ada bakteria yang terikat. Seberapa kotor makanan yang telah jatuh tersebut akan tergantung pada kelembaban makanan, geometri permukaan dan kondisi lantai, bukan waktu



4). Jangan menjilat senduk adunan telur.

Senduk digunakan untuk mencampur puding, adunan tepung, dan juga telur, seharusnya jangan dijilat. Telur perlu dihangatkan minimum 71 darjah Celsius untuk menghindari racun dari bakteria Salmonela. Terutama untuk kanak-kanak, orang tua, atau mereka dengan sistem kekebalan tubuh yang buruk.



5). Jangan menjilat adunan mentah.

Pada 2011, pusat pengendali penyakit di AS melaporkan wabak dari sejenis E. coli yang membuatkan 77 orang sakit di 30 negeri di AS. Pelakukanya bukanlah telur atau susu, melainkan adunan tepung mentah makanan. Badan pengawas makanan AS mengesyorkan untuk memasak adunan sebelum memakannya, agar bakteria berbahaya terbunuh. Pastikan pula untuk mencuci tangan sebelum menyentuh adunan.



6). Jangan menjilat bateri.

Anda dapat menjilat bateri jika ia memiliki bentuk yang umum digunakan: berbentuk silinder. Namun jika menjilat bateri 4 segi panjang, dengan tegangan 9 volt, yang kedua kutubnya berdekatan, berhati-hatilah. Jika kedua kutub tersentuh lidah secara bersamaan, Anda akan terkena kejutan elektrik.

Credit:beritapanasterkini

0 comments:

Post a Comment