Alahai, sedang isu dengan bekas suami kedua, Farhan masih berlarutan Abby Abadi siap sempat buat kejutan hari lahir lagi untuk seorang jejaka yang dipercayai kekasih baru selebriti itu. Kalau sebelum ini Abby sering menafikan bahawa Khairul Azli adalah kekasihnya, namun berdasarkan kepada gambar ini nampak macam ada ‘sesuatu’ antara mereka.
ABBY ABADI buat kejutan hari lahir untuk KEKASIH BARU? Menerusi gambar yang kini tersebar di beberapa blog dan media sosial, Abby Abadi telah membuat satu majlis kejutan sempena dengan hari jadi Khairul Azli. Majlis berkenaan nampaknya telah dibantu oleh lovesupersurprise. Ewahh, Ewahh, Ewahhhhh… bukan main lagi kejutan majlis berkenaan. Siap ada belon-belon berbentuk ‘love’ lagi. Paling menarik ada juga banyak nota kertas dengan petikan kata-kata seperti ‘saya sayang awak’, ‘saya janji’ dan sebagainya atas kereta Khairul Azli.
Abby Abadi juga dilihat gembira sepanjang majlis berkenaan. Ok lah tu. Tak adalah nak serabut kepala memikirkan masalah dengan bekas suami keduanya yang belum selesai itu. Kalaulah Abby Abadi dan Khairul Azli betul-betul ada hubungan lebih daripada sekadar kawan, apa salahnya kan? Solo pun dah solo dah. Mungkin ini jodoh yang terbaik untuk Abby Abadi, siapa tahu kan?
Mai kita lihat beberapa foto yang dikongsikan dibawah:
Harap-harap ada berita gembira untuk Abby Abadi dan Khairul Azli. Sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk mereka.
Sumber info: Beautifulnara via Miss Leped
0 comments:
Post a Comment