Searching...
Wednesday, September 24, 2014
12:32 PM 0

Kerana Sedikit Kesilapan Yang Tak Dikesan,Sesi Fotografi Pengantin Menjadi "Sesi Pornografi"

Kes ini wajar jadi pengajaran kepada kita semua. Benda kalau nak berkongsi sesuatu tu memang kena pastikan betul-betul sesuai dan betul. Silap sikit memang inilah padahnya. Kes ini berlaku di Parit Buntar. Seorang jurugambar tidak sangka sekeping foto pasangan pengantin bergambar bersama seekor kuda yang asalnya bertujuan untuk mempromosikan perniagaan bertukar menjadi viral di laman sosial.

Jurugambar yang berusia 30-an itu, tidak menyangka foto pasangan pengantin bergambar bersama seekor kuda menerima kecaman banyak pihak gara-gara perkataan fotografi bertukar menjadi pornografi pada post yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook, semalam. Gara-gara kesalahan ejaan itu, jurugambar itu menjadi bahan kecaman dalam laman sosial.

Baca berita penuh dibawah:



Parit Buntar: Seorang jurugambar perkahwinan tidak menyangka sekeping foto pasangan pengantin bergambar bersama seekor kuda yang asalnya bertujuan untuk mempromosikan perniagaan bertukar menjadi viral di laman sosial apabila perkataan ‘untuk sesi fotografi’ tersilap ditulis sebagai ‘untuk sesi pornografi’ hingga menimbulkan pandangan buruk masyarakat dan pelanggannya.

Jurugambar tersebut yang enggan dikenali berkata, pada awalnya dia tidak menyedari kesilapan ejaan itu sehinggalah ditegur beberapa rakan mengenainya dan segera memadamnya tidak lama kemudian.

Menurutnya, kesilapan berlaku kira-kira jam jam 12 tengah malam kelmarin ketika dia sibuk memuat naik gambar pasangan pengantin yang diambilnya bersama seekor kuda dengan tujuan mempromosi perniagaan, namun tidak memeriksa perkataan ditulis pada gambar berkenaan.


“Selepas lima minit gambar itu dimuat naik dan disiarkan dalam laman Facebook, beberapa rakan dalam laman sosial menegur saya terhadap perkataan ditulis dan saya segera memeriksanya dan terkejut apabila menyedari kesilapan dilakukan. Saya segera menukar perkataan itu tetapi tidak menyangka ada pihak sempat membuat ‘print screen’ gambar itu serta menyebarkannya di laman sosial hari ini (semalam),” katanya ketika dihubungi, semalam.

Jurugambar itu berkata, dia sememangnya tidak berniat berbuat demikian, apatah lagi melakukan perniagaan perkhidmatan gambar pornografi kerana masih waras dan apa yang berlaku disebabkan kesilapan menaip perkataan. Beliau juga berkata, meskipun masih belum ada pihak yang menghubunginya mengenai isu ‘post’ itu, dia masih bimbang dengan persepsi masyarakat setempat.

“Saya minta pihak tidak bertanggungjawab itu menghentikannya dan jika masih tersebar, saya tidak teragak-agak membuat laporan polis bagi mempertahankan maruah serta integriti diri saya. Saya turut bimbang kesalahan ini akan menyebabkan perniagaan fotografi yang diusahakan terjejas akibat salah faham berkenaan. Saya mohon orang ramai jangan menghukum saya hanya disebabkan tindakan memuat turun ‘post’ iklan berbaur kontroversi yang tidak disengajakan itu,” katanya.


Credit-Ammboi.com

0 comments:

Post a Comment