Mangsa, Imna Khalisa, 3 bulan+, meninggal di Taska Permata Bonda, Presint 11. Bagaimanapun punca kematian masih belum diketahui. Pihak keluarga mangsa masih menunggu keputusan autopsi yang sedang dilakukan.
Menurut Ibu mangsa, hasil post mortem di hospital Putrajaya , kes diklasifikasikan sebagai kematian luar biasa dan masih dalam siasatan polis. Menurutnya lagi, ketika dia tiba untuk mengambil anaknya, anaknya sudah kebiruan dan pengasuh tidak mengetahui anaknya sudah meninggal.
Baca pula luahan hati bapa saudara mangsa di bawah:
Salam...
Semalam anak buah saya berusia 3+ bulan telah meninggalkan kami. Kami masih menunggu keputusan autopsi yg sedang dilakukan.
Cerita awl yang saya dapat adalah semasa adik saya ingin mengambil arwah anknya (imna khalisa) di Taska Permata Bonda Presint 11, imna dah keras dan kaku...bile ditanya sekor2 penjaga seperti tatau ape yg berlaku. Dah keras dah chor...imagine brape lame dah imna meninggal br dapat tau. Ada kesan luka di atas hidung dan kepala.
Pernah ada kes dulu taska ni. Korang boleh google 'taska permata bonda'. Aku masih tak faham kenapa dulu takde ape2 tindakan dr pihak berkuasa utk menutup premis tersebut dr terus beroperasi. Sekarang anak buah aku jadi mangsa.
Trust me. Someone will pay and heads will roll.
Thanks kepada semua yg turun semalam dan pertolongan korang semua...appreciate it a lot. Saya merayu utk kengkawan share about this. They need to pay for what they did to my niece! Tiada kompromi
Bagaimanapun, Boii Amani Hashim berkata, beliau akan mengumumkan punca kematian adik Imna Khalisa sebaik saja laporan autopsi dikeluarkan. -
Credit-MEDIA SENSASI PANAS