Hanez Suaraya Tuntut Nurliyana Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka (VIDEO)
Demikian permintaan pelakon Hanez Suraya Abdul Aziz, 29, atau Hanez terhadap wanita dikenali sebagai Nurliyana Abdul Manan, 29, yang membuat kenyataan mendakwa artis itu merampas suaminya.
Nurliyana yang kini dalam proses perceraian dengan suaminya, Romie Razin Adilha, 34, sebelum ini mengeluarkan kenyataan mendakwa Hanez menjadi penyebab keretakan rumah tangga mereka.
Hanez berkata, kenyataan Nurliyana yang dia menjalin hubungan dengan Romie sejak lapan bulan lalu juga satu fitnah.
“Saya dan Romie berkenalan pada 20 Disember tahun lalu selepas Nurliyana memfailkan perceraian pada 8 Oktober tahun lalu.
“Saya buat sidang media ini untuk menjelaskan (fitnah) ke atas saya. Kalau lepas ini orang nak hina atau cakap apa pun itu hak mereka.
“Yang penting saya dah jelaskan fakta sebenar untuk membersihkan nama saya,” katanya dalam sidang media di sebuah hotel di sini, semalam.
Pada majlis itu, Hanez ditemani peguam syarie Wan Norliyana Abd Rahman dan Romie turut hadir bersama peguamnya, Rubiah Jaffar.
Kekecohan timbul apabila kenyataan Hanez kepada Harian Metro bertarikh 25 Februari lalu mengenai status lelaki itu didakwa seorang duda anak dua menyebabkan pelakon itu dikritik banyak pihak.
Hanez dituduh memutarbelitkan kenyataan sebenar dalam rumah tangga lelaki itu dan didakwa menjadi punca keretakan perkahwinan pasangan terbabit.
Bagaimanapun, pada Jumaat lalu, Hanez sekali lagi tampil mengeluarkan kenyataan memohon maaf kepada semua pihak atas kenyataan mengenai status teman lelakinya.-hmetro
0 comments:
Post a Comment