5 Gambar Hishammuddin 'Berhadapan' Dengan Keluarga Waris Mangsa....
Penerusan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dan penambahbaikan penyaluran maklumat terkini adalah antara tiga perkara utama dituntut anggota keluarga penumpang pesawat itu.
Perkara itu dikemukakan anggota keluarga penumpang tempatan dan dari China semasa mengadakan pertemuan kira-kira sejam setengah dengan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Everly Hotel di sini hari ini.
Merumuskan pertemuan tertutup yang berlangsung tanpa insiden itu dalam sidang media selepas itu, Hishammuddin berkata beliau memberi jaminan kepada anggota keluarga penumpang bahawa SAR akan diteruskan.
“Usaha SAR tidak akan putus dan berterusan, itu jaminan saya memandangkan usaha ini juga adalah (melibatkan) 26 negara lain,” katanya.
Beliau berkata anggota keluarga meminta operasi SAR tetap diteruskan tidak kira betapa “terpencil dan sukarnya”.
Mereka juga meminta komunikasi antara keluarga dengan pihak MAS ditambah baik bagi memastikan mereka sentiasa diberikan maklumat terkini, katanya.
0 comments:
Post a Comment