Ttongsul, Arak Yang Diperbuat Dari Najis Budak (GAMBAR & VIDEO) | Masyarakat Korea dahulu kala percaya sejenis arak, Ttongsul yang diperbuat daripada najis kanak-kanak adalah baik untuk kesihatan.
Menurut seorang doktor perubatan tradisional di sana, Dr Lee Chang Soo, arak jenis ini adalah amat bagus untuk memulihkan tulang patah dan juga memberikan kesegaran tubuh badan.
Najis yang digunakan pula bukanlah sebarangan kerana najis kanak-kanak berusia empat hingga tujuh tahun dikatakan tidak tercemar daripada najis orang dewasa.
Kemudiannya, najis itu akan dicampurkan dengan arak dan dicampurkan dengan nasi serta pulut sebelum diperam selama seminggu untuk menghasilkan wain najis manusia itu.
Kebanyakan generasi muda di Korea tidak pernah mendengar mengenai wain itu dan mereka berpendapat tidak akan sesekali minuman menjijikkan itu.
Di bawah penulis kongsikan dokumentari pembuatan wain ini buat tatapan pembaca semua.
0 comments:
Post a Comment