Kenapa Wanita Ini Dipukul Dengan Besi?
Kenapa Wanita Ini Dipukul Dengan Besi? | Susulan video seorang lelaki membelasah bekas teman wanitanya dengan tukul besi yang menjadi viral sejak Ahad lalu, polis telah menahan seorang lelaki berusia 33 tahun.
Mangsa dalam video berkenaan dikenalpasti sebagai Lim Pui Lee, 29.
Kesan dihentak dengan tukul besi dalam kejadian berkenaan, Lim Pui Lee dimasukkan ke wad di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban selama 2 hari dan terpaksa menerima 30 jahitan di kepala.
Pasti ramai yang ingin tahu punca kejadian kejam itu berlaku. Menurut mangsa, ia bermula apabila dia pergi ke rumah suspek kira-kira jam 10 pagi, Sabtu lalu di Taman Jasper Jaya.
Dia ke sana untuk bersemuka dengan suspek yang dipercayai telah memecahkan cermin keretanya. Ketika bertengkar, suspek hilang sabar lalu mula memukul, menendang dan membelasahnya.
Mangsa dan suspek pernah hidup sebelum berpisah dan mempunyai anak berusia 13 tahun hasil hubungan mereka. Ketika dia dipukul, anak merekalah yang merekodkan kejadian itu.
Dakwanya, itu bukan kali pertama dia dipukul.
Saudara mara menasihati agar dia merakam bukti jika dia dipukul lagi oleh lelaki berkenaan, jadi sebab itulah dia meminta anaknya merakam kejadian Sabtu lalu.
Kini, suspek yang memukul Lim Pui Lee sudah pun ditahan sebelum dibebaskan dengan ikat jamin. Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan. - REM RAMZI
Sumber: The New Straits Times
0 comments:
Post a Comment