KEJAM! Mayat Bayi Dibuang Di Loji Kumbahan UITM Dungun
KEJAM! Mayat Bayi Dibuang Di Loji Kumbahan UITM Dungun | Kes buang bayi bukanlah kes yang luarbiasa kat Malaysia ni..cuma yang sedihnya kadang-kadang mereka-mereka yang terlibat ni golongan terpelajar, bukan dikhalangan mereka-mereka yang drop out. Dan kita selalu bayangkan kalau kita ada ilmu, selalunya kita lebih bijak berfikir. Tapi tulah, even manusia ni diberikan akal dan ilmu, tapi kalau tak guna takda bezanya...
Itulah yang terjadi apabila mayat bayi perempuan yang cukup sifatnya ditemui di dalam loji kumbahan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Dungun Terengganu. Dan pasti kalau di temui disini, besar kemungkinan pelakunya adalah salah seorang pelajar di UiTM Dungun. Hmmm...siapalah dia ya..
Mayat yang disangka anak patung itu, ditemui terapung oleh kontraktor pembersihan UiTM yang menjalankan kerja penyelenggaraan kumbahan kira-kira 11.30 pagi. Semasa ditemui keadaan mayat bayi itu kebiru-biruan dan dipercayai meninggal dalam tempoh 48 jam. Kepalanya telah pecah manakala bahu kanan patah dan mereput.
sumber asal
0 comments:
Post a Comment