[PANAS]Zarina Anjoulie Mengaku Tak Bersalah Miliki Dadah
Utusan Online dan buletin 1.30 sebentar tadi melaporkan pelakon dan model, Zarina Anjoulie Ahmad dan rakannya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan memiliki dadah jenis Eramin 5 seberat 0.6 gram, tiga hari lalu.
Zarina dan Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi masing-masing berusia 26 tahun didakwa melakukan kesalahan itu di No. C-3-10 Armanee Condo, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai di sini pada pukul 5.30 petang, 30 Disember lalu.
Pelakon kontroversi ini ditangkap bersama rakannya selepas pihak polis menerima maklumat daripada orang awam yang mendakwa mereka disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
Difahamkan kedua-duanya pada mulanya bertindak untuk tidak memberikan kerjasama dengan tidak membuka pintu walaupun pihak polis sudah memperkenalkan diri.
Kemudian, pelakon yang baru mencecah umur 26 tahun ini membuka tingkap, tetapi dengan segera menutupnya semula selepas menyedari kehadiran polis.
sumber
0 comments:
Post a Comment