Searching...
Friday, April 5, 2013
6:48 PM 0

Luahan Seorang Lelaki Yang Positif HIV


Gambar hiasan

Luahan Seorang Lelaki Yang Positif HIV | Seorang rakan yang menamakan dirinya MFZ telah bercerita sedikit tentang dirinya di ruang komen didalam entry “LELAKI GAY PALING TINGGI DIDIAGNOSIS HIV DI BRITAIN”, beliau telah disahkan HIV positif sekitar pada bulan November 2012 yang lalu.Naj Mi,Saya disahkan positive 2 bulan yang lalu. Alhamdulillah… Saya masih mampu menahan diri daripada melakukan perkara tersebut sehingga sekarang. Pernah seseorang ingin mengadakan hubungan dengan saya. Tapi saya berterus terang dengan beliau.

Saya tak mahu dipersalahkan jika saya menjangkitkan virus kepada orang lain. Jika saya berdiam diri, saya mungkin meletakkan nyawanya dalam bahaya. Saya fikir saya akan dituduh penipu dan mungkin orang tersebut tidak memaafkan saya (antara dosa yang paling saya takut sebab pengampunan dosa sesama manusia lebih sukar dibandingkan meminta ampun daripada Allah. Allah Maha Pengampun).

Mungkin inilah antara hikmah Allah hadiahkan virus ini kepada saya. Perkara ini bagaikan shield untuk saya dari terus melakukan perkara maksiat tersebut. Alhamdulillah.

Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk setiap hambaNya. Bersangka baiklah dengan Allah. Hidup yang memberi manfaat pada orang yang lain adalah dipandang mulia olehNya.

MFZ

Kemudian MFZ telah meninggalkan komen bercerita dan memberi sedikit nasihat diruang komen di dalam entry bertajuk “BEKAS SEORANG GAY DISERANG GATAL DIBADAN”,

Assalamualaikum…

Apabila bercakap tentang rawatan saya teringat kepada seorang kawan. Semasa saya pergi mendapat rawatan susulan di Hospital Sg. Buloh (HSB), saya terserempak dengan seorang kawan. Beliau kelihatan “sakit”. Saya hanya bertanya kenapa datang ke HSB. Jawapannya ringkas, demam. Saya tidak meneruskan soalan walaupun hati saya kuat mengatakan dia HIV.

Hendak dijadikan cerita, saya mendapat jemputan sebuah majlis dari kawan saya dan pada masa yang sama kawan yang disyaki mendapat HIV ini juga dijemput sama. Sebenarnya kawan saya syaki ini bukanlah begitu rapat dengan saya. Saya mengenali beliau melalui seorang kawan saya yang lain.

Dipendekkan cerita, saya tidak melepaskan peluang untuk bertanya status kesihatan beliau. Antara soalan saya yang mula-mula, “Engkau sudah ambil ubat? Dah mulakan HAART?”. Alhamdulillah, he gave me a good respond.

Cerita punya cerita, sebenarnya kawan saya ini telah mendapat tahu beliau mendapat jangkitan lebih kurang 5 tahun yang lalu. Malangnya, pada waktu tersebut apabila beliau mengetahui status kesihatan beliau, beliau tidak mendapatkan sebarang rawatan susulan. Beliau hanya berdiam diri dan pada masa yang sama beliau mempunyai teman lelaki.

Saya sangat kesal dengan apa yang telah berlaku. Tapi bagi saya it happened. Apa yang saya mampu buat hanyalah menasihati beliau untuk tabah dan bersikap positif. Saya juga menasihati beliau supaya memberitahu teman lelaki (sekarang bekas teman lelaki) beliau tentang status beliau atau setidak-tidaknya memberitahu bekas teman lelaki beliau untuk melakukan HIV Screening.

Pada masa yang sama juga, saya bertanya beliau mengenai status HIV beliau dan CD4 beliau ialah 13 counts…

Pengajaran dari kisah ini ialah:

1. Elakkan sama sekali dari berdiam diri mengharapkan HIV boleh self-cure apabila anda didiagnos positif HIV. Walaupun semasa anda mendapat tahu anda positif HIV, anda dalam keadaan sihat walafiat, jangan sekali-kali menganggap HIV akan hilang dengan sendirinya. Merujuk kepada keadaan kawan saya, jika beliau melakukan HAART sebaik sahaja didiagnos positif HIV atau beliau di bawah pemantauan doktor, insyaAllah CD4 count beliau tidak menurun hingga ke tahap 13 count.

2. Segera berjumpa doktor apabila anda mendapat penyakit yang agak luar biasa lebih-lebih lagi apabila anda melakukan aktiviti seks berisiko. Tiada gunanya malu untuk berjumpa doktor. Sebaliknya malulah pada diri sendiri kerana anda tidak menjaganya dengan baik. Inilah masanya untuk memperbaiki diri. Allah masih berikan masa. Alhamdulillah.

3. Jika anda didiagnos HIV, bertanggungjawablah. Segera beritahu pasangan anda. Jika kita tiada kesedaran, HIV akan terus merebak. Jika kita dijangkiti, cuba elakkan sebaiknya daripada menjangkiti orang lain. Jika anda rasa anda telah menjangkiti seseorang, berterus teranglah dengan beliau sebaiknya…

Sekian dahulu ceritaku.

MFZ

Pandangan dan nasihat MFZ kepada gay yang hendak berkahwin dalam apa jua keadaan sama ada terpaksa atau dipaksa, yang saya copy dari ruang komen didalam entry “BAKAL SUAMI BIMBANG PUNYA NALURI SONGSANG”

Assalamualaikum…Kepada gay-gay sekalian,

1. JANGAN sesekali anda mengikut keputusan kedua orang tuamu jika anda tidak mampu untuk berkahwin. Bertegaslah dengan ibu bapamu tetapi dengan penuh hikmah. Jangan sesekali bersetuju apabila orang tuamu ingin memperkenalkan seseorang wanita kerana ini akan menjerumus kepada keadaan yang lebih kompleks.

2. JANGAN sesekali berkahwin untuk tujuan menutup aibmu. Walaupun anda berkahwin tetapi masih melakukan seks dengan kaum sejenismu.

3. JANGAN sesekali berkahwin untuk menyambung zuriatmu sedangkan hati isteri kamu lukakan.

4. BERKAHWINLAH kamu apabila anda ada rasa cinta pada perempuan tersebut.

5. BERKAHWINLAH kamu apabila anda ada nafsu berahi pada perempuan tersebut.

6. BERKAHWINLAH dengan tujuan untuk kegembiraan anda dan isteri anda dengan niat kerana Allah.

7. HUKUM gay berkahwin selayaknya jatuh kepada harus dan boleh menjadi haram. Tetapi pendapat saya seorang gay tidak diwajibkan berkahwin. Sila rujuk hukum berkahwin mengikut keadaan kepada para ulama’.

Wallahua’lam.

MFZ

Nasihat lain dari MFZ pada kita semua,

Ramai gay yang tidak bertanggungjawab. Bagi mereka yang aktif bertukar pasangan enggan melakukan pemeriksaan kesihatan. Bagi mereka yang sudah tahu dijangkiti HIV, mereka terus menyebarkan penyakit sesuka hati tanpa memberitahu pasangan. Tidak ada perasaan bersalah pun di fikiran mereka.

To all HIV positive people, stop spreading this virus to others. Be responsible. You can do it!

MFZ

Terima kasih MFZ – Naj Mi


6:22 PM 0

Kisah Benar Pelajar Dapat Bantuan Allah Waktu Peperiksaan



Kisah Benar Pelajar Dapat Bantuan Allah Waktu Peperiksaan | Ini adalah kisah benar yang berlaku di dewan peperiksaan di salah sebuah sekolah. Kisah ini diceritakan oleh salah seorang guru wanita yang berada dalam dewan peperiksaan tersebut.

Ceritanya begini :

Terdapat salah seorang pelajar masuk ke dewan peperiksaan dalam keadaan keletihan dan tertekan. Dia duduk di tempat yang telah dikhaskan untuknya.
Kemudian dia menerima kertas ujian dan setelah berlalu masa ujian beberapa ketika guru

tersebut mendapatinya tidak menulis apa-apa pun pada kertas jawapannya sehingga berlalu separuh masa peperiksaan. Maka guru tersebut mula memberi perhatian yang lebih kepadanya.

Tiba-tiba pelajar tersebut mula menulis dan menjawab semua soalan dengan pantas dan ini mengejutkan guru yang memerhatikannya sejak tadi. Pelajar tersebut menjawab semua soalan peperiksaan dengan baik. Ini menambahkan lagi rasa ragu-ragu pada guru tersebut dan dia beranggapan pelajar tersebut telah menggunakan taktik baru dalam meniru. Tetapi guru tersebut tidak menjumpai apa-apa tanda yang pelajar itu telah meniru dalam peperiksaan.
Setelah pelajar itu menyerahkan kertas jawapannya, guru telah bertanya kepadanya apa yang berlaku sebenarnya.

Dan jawapannya amat mengejutkan dan menyentuh perasaan. Tahukah anda apakah jawapan pelajar itu?
Pelajar tersebut menceritakan : “semalam saya berjaga sepanjang malam sehingga subuh. Saya dalam keadaan tidak sihat dan menjaga ibu saya yang sakit tanpa sempat untuk mengulangkaji untuk ujian keesokannya. Maka sepanjang malam saya menjaga ibu dan saya datang menghadiri peperiksaan dengan harapan aku dapat melakukan sesuatu dalam peperiksaan nanti.
Saya melihat soalan-soalan namun tidak dapat menjawabnya. Saya hanya berdoa kepada Allah dengan amalan terbaik yang saya lakukan iaitu berbakti kepada ibuku semata-mata kerana Allah.

Tidak lama selepas itu, Allah memakbulkan doa saya dan seolah-olah saya nampak buku di depan. Saya mula menulis dengan pantas. Itulah yang saya dapat dan amat bersyukur kepada Allah kerana menerima permohonan saya.

Kisah yang menakjubkan ini menjelaskan bahawa betapa besarnya ganjaran berbuat baik kepada ibu bapa dan merupakan amalan yang paling Allah sukai. Maka Allah membalasnya dengan memberi kebaikan kepadanya kerana berbakti kepada orang tua.

Aku menyeru kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu dan bapa agar berbaktilah kepada mereka untuk mencari keredaan Allah sebelum mereka pergi meninggalkan kita.
Thursday, April 4, 2013
11:17 PM 0

Menyayat Hati: Perbualan Jururawat dan Pesakit



Menyayat Hati: Perbualan Jururawat dan Pesakit | Pesakit: "Abang jururawat, best ke kerja di hospital? Dah lama ke kerja sini?"

Abang misi: "Bolehlah. Nak kata best, ada juga stressnya. Tapi, selama 5 tahun kerja di sini, dapat banyak pengalaman yang bernilai yang orang luar di sana takkan dapat rasa."

Pesakit: "Apa yang best sangat tu? Nurse-nurse lawa-lawa eh?"

Abang misi: "Bukan. Tu tak best. Ada yang lagi best."

Pesakit: "Wah, apa dia?"

Abang misi: "Di sini setiap hari saya lihat pesakit meninggal dunia. Kerja saya uruskan kencing berak mereka, bersihkan mereka hinggalah ke urusan jenazah. Apa yang saya lihat sepanjang saya bekerja di hospital ni, betapa ramainya di antara mereka yang sudah meninggal..sebelum meninggal meminta-minta sama ada dari waris atau jururawat untuk pegang naskhah al-Quran. Ada yang tak boleh baca, ada yang suruh kami bacakan. Ada juga yang tidak sempat sentuh al-Quran, tak sempat baca al-Quran, Allah telah pun mengambil nyawa mereka. Bila dibacakan sahaja al-Quran pada mereka, berlinangan air mata.

Saya lihat betapa orang-orang yang berada di akhir nafas, majoriti nak sangat sentuh al-Quran. Kalau boleh, nak mati dengan peluk al-Quran. Pengalaman-pengalaman yang saya lalui di sini buat hati ini insaf. Sedar satu perkara yang sangat penting."

Pesakit: "Hm. Apa dia?"

Abang misi: "Apa yang kita biasa pegang ketika kita masih sihat, apa yang kita biasa baca dan belai ketika masih hidup gembira tika tak datangnya sakit...itu jugalah yang kita akan dapat pegang dan sentuh di akhir hayat. Jika kita selalu pegang handphone di tangan setiap masa, sibuk dengan gajet di tangan dan lalai kerananya, agak-agak di akhir hayat kita nanti...dapatkah kita sentuh dan pegang al-Quran? Sedangkan tangan kita tak biasa pegang al-Quran, sehari sekali pun susah nak belai dan belek al-Quran apatah lagi membaca atau mentadabburnya...Allah...Allah...

Sungguh, kita dah tak perlu handphone atau gajet di akhir nyawa kita..kita sangat memerlukan al-Quran...barulah kita sedar masa itu apa yang dah kita rugi...Allah..Allah..."

Pesakit: "(menitis air mata.....) Abang..bacakan saya al-Quran...saya tak boleh baca..buta tajwid... :( "

Abang misi tersenyum. Dikeluarkan al-Quran mini dari kocek bajunya.


11:07 PM 0

Sedih! Kisah Benar Seorang Cikgu dan Pelajarnya



Sedih! Kisah Benar Seorang Cikgu dan Pelajarnya | Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya

tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya.

Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang ke sekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif.

Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah. Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang. "Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?" Dia terkejut dan wajahnya berubah. "Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya "Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?" " Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu." Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......." Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Dipetik dari pengalaman seorang guru yang dedikasi.



9:19 PM 0

Aeril Zafrel : 'Ya, memang gambar saya di laman porno itu'


Foto-foto Aeril yang telah dimuat naik di sebuah lamab blog lucah.

'Ya, memang gambar saya di laman porno itu' | Dunia hiburan dikejutkan apabila gambar-gambar pelakon Aeril Zafrel yang tidak berbaju disebarkan di dalam blog lucah. Walaupun hanya memaparkan gambar Aeril yang tidak berbaju, pelakon ini menganggap penyebaran tersebut umpama menjatuhkan kerjayanya yang sedang berkembang.


Aeril atau nama sebenarnya Suharil Suhari, 25, berkata, gambar-gambar itu dirakamkan oleh rakannya beberapa tahun lalu termasuklah ketika dia belum berhijrah untuk menjadi individu yang lebih baik pada ketika ini.

"Saya kecewa apabila ada orang cuba memfitnah saya dengan pelbagai cara termasuklah memuat naik foto-foto saya yang tidak berbaju ke laman blog lucah, sekali gus ia memburukkan lagi keadaan walaupun ia dilihat biasa sahaja.

"Bagaimanapun ia tidak menjejaskan diri dan maruah selagi saya bersama Allah, walaupun terdapat individu yang cuba menjatuhkan saya.

"Memang benar lelaki dalam foto itu adalah saya di mana ia diambil daripada sedutan filem Hacks. Manakala ada sekeping gambar yang diambil rakan ketika zaman jahiliah saya dahulu," katanya yang dihubungi mStar Online petang Khamis.



Tambah Aeril, dia berharap agar penyebar foto-fotonya itu mendapat hidayah dengan segera agar tidak melakukan kerja-kerja yang tidak berfaedah tersebut.

Dalam pada itu Aeril juga mengakui sejak membuat pengakuan umum mengenai penghijrahan diri, ada segelintir pihak yang cuba memfitnah dia dengan pelbagai cara.

"Saya bersedia dengan segala kontroversi dan fitnah yang bakal muncul nanti.

"Yang penting, selagi saya bersama Allah, Dia akan melindungi saya walau apa sekalipun orang ingin memburukkan saya.

"Mungkin apa yang telah berlaku itu Allah mahu tunjukkan hikmahnya,' ujar Aeril.

Dalam perkembangan lain, Aeril kini sibuk dengan penggambaran telefilem Mungkin Itu Kasihmu yang bakal disiarkan di RTM dan Hafiz Tahfiz menerusi TV AlHijrah.-mstar online




9:07 PM 0

Allahuakhbar! Bayi Selamat Lahir Selepas 2 Hari Ibunya Mati



Allahuakhbar! Bayi Selamat Lahir Selepas 2 Hari Ibunya Mati | Mahmoud Soliman (29), ayah dari bayi ajaib ini tidak pernah membayangkan akan merasakan kesedihan yang bercampur aduk dengan kebahagiaan yang luar biasa. Isterinya, Jayne Soliman (41) meninggal dunia akibat dysfunction otak memberikannya seorang bayi kecil yang cantik setelah Jayne divonis meninggal 2 hari sebelumnya dengan bantuan pembedahan cesar.

Dalam masa kehamilannya, Jayne tidak merasakan apa jua masalah. Namun ketika usia kehamilannya 25 minggu, ia merasakan sakit kepala dan sempat jatuh pengsan. Kemudian Jayne dilarikan ke Hospital John Radcliffe Hospital Oxford. Setelah 2 jam berada di hospital, pasukan doktor mengesahkan bahawa nyawa Jayne Solaiman tidak dapat diselamatkan lagi.

Pasukan doktor mencuba sedaya upaya dengan pelbagai cara dan dengan berbagai alat agar jantung Jayne tetap boleh berdenyut. Walaupun usaha itu tidak dapat membantu nyawa Jayne, tapi usaha itu dilakukan bagi si bayi yang ada di dalam rahimnya agar dapat diselamatkan. Doktor juga memberikan 2 dos besar steroid sehingga jantung bayinya boleh berkembang dan selepas dua hari pasukan doktor bekerja keras akhirnya Aya si bayi ajaib itu boleh diangkat keluar melalui pembedahan cesar.

Setelah pasukan doktor berjaya mengangkat bayi dari rahim Jayne, si bayi kecil itu di letakkan di bahu ibunya untuk memberi mereka masa bersama sejenak kemudian Aya dibawa ke unit rawatan intensif.Nama Aya yang diberikan si ayah diambil dari bahasa arab yang bererti keajaiban. itulah nama yang ingin diberikan si ibu, Jayne, ketika dia masih hidup.




8:57 PM 0

Kahwin Selepas PRU-13 Dapat RM1,000



Kahwin Selepas PRU-13 Dapat RM1,000 | KUALA TERENGGANU – Pengantin baru yang berkahwin selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) akan menerima wang bantuan RM1,000, manakala mereka yang menimang anak pertama diberi bantuan RM500.

Itu antara kandungan manifesto Barisan Nasional (BN) Terengganu yang akan diumumkan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Ahmad Said dalam masa terdekat, bagi menghadapi PRU13.

Amnya BN Terengganu menjanjikan bantuan tambahan kepada rakyat terutama warga emas, ibu tunggal dan orang kurang upaya, kata Timbalan Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Yahya Khatib Mohamad kepada pemberita, di sini hari ini.

Yahya berkata, bantuan kewangan tambahan itu dibuat berdasarkan pendapatan Terengganu yang dianggarkan sebanyak RM2 bilion setahun.

“Walaupun kita akan menambah dana kewangan itu, manifesto BN Terengganu masih realistik dan menepati perumpamaan ‘ukur baju di badan sendiri’,” katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai tambahan bantuan kewangan berkenaan. – BERNAMA