Searching...
Thursday, October 3, 2013
6:05 AM 0

Kerana Bayi Hodoh,Isteri Disaman Suami Sendiri!


Kerana Bayi Hodoh,Isteri Disaman Suami Sendiri! | CHINA – Seorang lelaki. Jian Feng, menyaman isterinya selepas dia mendapati anak perempuannya yang baru dilahirkan sebagai `hodoh’.

Jian berbuat demikian kerana terkejut selepas pasangan `cantik’ seperti dirinya dan wanita itu, tidak mampu menghasilkan anak yang comel.

Namun apa yang menghairankan, hakim boleh bersetuju dengan tuntutan itu dan menganugerahkan $120,000 kepada Jian.

Menurut dokumen mahkamah, selepas melihat anak yang dilahirkan oleh isterinya yang disifatkan sebagai `amat bodoh’, Jian menjadi terkejut.

Local 10 melaporkan, Jian kemudiannya menuduh isterinya itu mempunyai hubungan sulit dan telah memfailkan perceraian serta mendesak ujian DNA dilakukan.

Bagaimanapun selepas keputusan ujian menunjukkan bahawa dia adalah bapa kepada bayi malang itu, isterinya tiada pilihan selain mengaku bahawa dia menjalani pembedahan plastik di Korea Selatan sebelum mereka berkahwin.

“Saya mengahwini isteri saya kerana cinta, namun selepas kami mendapat anak, kami mula berdepan dengan masalah keluarga. Anak perempuan saya amat hodoh dan ia menakutkan saya,’’ katanya.-mynewshub
6:03 AM 0

Tolong Jangan Buat Fitnah! - Sharnaaz Ahmad


Tolong Jangan Buat Fitnah! - Sharnaaz Ahmad | DEMIKIAN reaksi pelakon, Sharnaaz Ahmad, ketika diminta mengulas status Twitter bekas kekasihnya, Shila Amzah, yang dikemas kini oleh penyanyi berkenaan pada 29 September lalu.

Tweet yang berbunyi, ‘Takut nak tengok Bencinta. Tapi teringin nak tengok Kak Nora berlakon macam tu. Takut terbayang-bayang. Been there. Esoklah gagahkan diri..’ oleh Shila di laman Twitternya itu ternyata menimbulkan pelbagai tanda tanya apatah lagi dia turut mengakui pernah mengalami situasi seperti dalam filem berkenaan dan masih trauma dengan keadaan tersebut.



Pengakuan anak dara ND Lala itu secara tidak langsung mengheret sama nama bekas kekasihnya, Sharnaaz yang sememangnya dikenali dengan sikap baran itu.

Enggan dikaitkan lagi dengan penyanyi lagu Patah Seribu itu, Sharnaaz, 28, bagaimanapun menyuarakan kekesalannya dan menyifatkan Shila cuba memfitnahnya.

“Kalau tak puas hati, datang jumpa saya. Tak guna cakap belakang-belakang. Orang yang cakap belakang-belakang ini menggambarkan kebodohan mereka sendiri,” tegasnya.

Meskipun hubungannya dengan Shila tidak kesampaian, aktor kelahiran Pulau Pinang ini berkata, dia sebenarnya sudah pun memaafkan bekas kekasihnya itu atas kemelut yang dialami mereka sebelum ini. Tegas Sharnaaz, dia juga tidak menyimpan sebarang dendam terhadap Shila mahupun pada seluruh keluarganya.

“Saya dah lama memaafkan ‘mereka’. Tapi saya tak tau bagaimana pula di sebelah sana. Saya juga malas nak ambil tahu lagi mengenai mereka lagi. Lagipun buat masa ini, saya hanya fikir kerja,” katanya.

Sebelum mengakhiri perbualan, pelakon Juvana ini sempat memberikan kata nasihat khas buat bekas kekasihnya itu.

“Let’s the moon judge. Saya pasti dia akan faham,” kata Sharnaaz.

Dalam perkembangan lain, Sharnaaz yang sering memainkan watak antagonis dalam setiap lakonannya, kini sibuk dengan penggambaran drama 13 episod, Baby Yana untuk tayangan RTM. Selain itu dia turut membintangi filem Dollah Superstar di samping Awie dan Fizz Fairuz.

“Selain kerja, saya juga kini bergiat aktif dengan kumpulan permotoran MSS Motorspot dan akan mula ke arena perlumbaan di Sepang pada 11 hingga 13 Oktober nanti,” akhirinya.-sinar harian
6:00 AM 0

Kenyataan Tidak Bertanggungjawab - Shila Amzah


Kenyataan Tidak Bertanggungjawab - Shila Amzah | Sebelum ini, penyanyi terkenal Nurshahila Amir Amzah atau Shila Amzah pernah menulis di laman Twitternya mengenai perasaan traumanya terhadap keganasan lelaki kepada wanita kerana disebabkan perbuatan bekas kekasih kepada dirinya sebelum ini.

Lantas, disebabkan kenyataan sensasinya itu banyak pihak mula menuding jari terhadap bekas kekasihnya, Sharnaaz Ahmad berhubung kenyataan penyanyi wanita itu.

Namun, menerusi Twitternya, Shila menjelaskan, “saya langsung tak kaitkan cerita saya dengan sesiapa pun. Jadi tolong takyah kaitkan la…Siapa yang tulis itu memang tak bertanggungjawab la”.


“Tolonglah blog yang bertanggungjawab ini. Maaf cakap tapi kalian tak jaga langsung sensitiviti orang lain. Tulis ikut sedap sahaja,” tulisnya lagi.

Bagi penulis, Shila seharusnya menyedari statusnya sebagai seorang selebriti, kerana apa sahaja yang dicakap, diluah atau ditulis di laman-laman sosialnya pasti akan menarik perhatian orang ramai.

Lagi-lagi kalau benda itu sesuatu yang negatif. Jika Shila tidak mahu dikaitkan dengan sebarang kontroversi atau cerita panas dia seharusnya bijak memikirkan perkara yang sepatutnya dikongsikannya bersama peminatnya di luar sana.

Tak gitu?

5:58 AM 0

4 Gambar Menyentuh Perasaan Kemalangan Maut Di Kuala Kubu


4 Gambar Menyentuh Perasaan Kemalangan Maut Di Kuala Kubu  | MENYAYAT HATI…Dua wanita dan bayi berusia setahun terbunuh akibat nahas jalan raya yang melibatkan sebuah kereta Proton Waja yang dikatakan hilang kawalan sehingga terbabas dan terjunam ke dalam sungai, pagi tadi.

Kejadian menyayat hati di Kuala Kubu Bharu itu telah mengakibatkan kedua-dua wanita berkenaan mati serta-merta di tempat kejadian.



Menurut info yang diperoleh menerusi laman Facebook Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu itu, bayi lelaki tersebut  telah dihanyutkan sejauh lebih kurang dua kilometer sebelum dijumpai oleh anggota bomba yang bertugas dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa.

Operasi menyelamat itu turut disertai jabatan bomba Tanjung Malim dan anggota polis dari Balai Hulu Bernam.-mynewshub
5:41 AM 0

Lelaki Hidung Belang Guna Posmen Untuk Pikat Rita Rudaini


Lelaki Hidung Belang Guna Posmen Untuk Pikat Rita Rudaini | Nyata tidak mudah bergelar selebriti, apatah lagi dikurniakan dengan pakej menawan. Rita Rudaini Mokthar, 37, umpamanya mengakui sejak rumah tangga dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abd Radzak, 26, dilanda badai lebih setahun lalu, ada lelaki hidung belang cuba mendekati.

Namun, hasrat itu tidak diluahkan secara langsung , sebaliknya khidmat orang tengah digunakan bagi ‘membeli’ jiwanya. Bagaimanapun, tiada satu pun yang berjaya mendekati disebabkan sifat tegasnya.

“Memang tidak dinafikan ada yang cuba mendekati, lebih-lebih lagi setelah saya sah bercerai. Biasanya, rakan yang menjadi ‘posmen’ kerana mereka digunakan sebagai orang tengah. Saya hanya mampu ketawa apabila ada yang berusaha mendekati.

“Setakat ini, tiada seorang pun yang berani berdepan atau berhubung terus dengan saya, mungkin kerana mereka tahu saya seorang yang tegas. Saya pun tidak suka melayan. Selepas habis perjumpaan dengan mana-mana wakil urusan perniagaan, saya lebih suka untuk terus saja balik ke rumah.

“Buat masa ini saya malas hendak fikir mengenai pengganti. Tumpuan saya kini hanyalah kepada anak dan perniagaan produk kecantikan yang baru diusahakan bersama seorang rakan kongsi,” kata Rita yang sah menjanda kali kedua pada 5 September lalu.
5:38 AM 0

Inilah Lelaki Paling Pendek Di Dunia (GAMBAR)


Inilah Lelaki Paling Pendek Di Dunia (GAMBAR)KATHMANDU - NEPAL. Seorang warga emas sanggup pergi ke Kathmandu bagi menunaikan hasratnya untuk diiktiraf dalam Rekod Dunia Guinness sebagai lelaki paling pendek di dunia.

Master Nau, 73, dari Bhairahawa mempunyai ketinggian 41 sentimeter (sm).

Anak saudaranya, Seema Sheikh berkata, kehadiran Nau disambut meriah media dari pelbagai agensi.

"Master Nau gemar melancong dan suka berkongsi tentang kehidupan hariannya," katanya.

Difahamkan, rekod manusia paling pendek di dunia ketika ini dipegang seorang lelaki warga Nepal, Chandra Bahadur Dangi, 74, dengan ketinggian 54.6sm, laporan dipetik dari AP.
4:49 AM 0

Naik Angin Apabila Anak Menangis


KUALA TERENGGANU - Hasrat murni seorang isteri menegur perbuatan panas baran suaminya yang memukul dan memarahi anak perempuan mereka, bertukar episod ngeri apabila dia ditampar dan ditumbuk, dalam satu kejadian di Kampung Surau Panjang, di sini, Isnin lalu.

Bukan itu sahaja, mangsa, 26, yang cuba melindungi anak yang baru berusia empat tahun itu turut cedera di tangan dan paha dalam usaha menyelamatkan dirinya daripada cuba ditikam dengan pisau oleh suspek, 27 tahun.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1 pagi ketika pasangan suami isteri itu sedang tidur, sebelum dikejutkan dengan tangisan anak mereka.

“Tangisan kanak-kanak itu berlarutan walaupun puas dipujuk oleh mangsa sehingga menyebabkan suspek yang tidak selesa dengan gangguan bunyi bising itu naik angin.

“Suspek kemudian mula memarahi anaknya, namun mula bertindak kasar dengan memukul anak yang tidak tahu apa-apa itu sebelum mangsa cuba masuk campur dengan menegur perbuatan suspek,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Zamri berkata, namun, suspek yang seperti dirasuk itu semakin bengang dengan teguran mangsa sebelum bertindak memukul dan menumbuk mangsa.

“Tidak cukup dengan itu, suspek turut mengambil sebilah pisau di dapur dan cuba menikam mangsa, namun berjaya dielak dan hanya terkena pada tangan dan paha mangsa.

“Selepas melihat kecederaan dialami mangsa, suspek mula takut sebelum melarikan diri meninggalkan kedua beranak itu,” katanya.

Susulan kejadian, mangsa menerima tiga jahitan di tangan.

Jelasnya, mangsa yang tidak berpuas hati diperlakukan sebegitu rupa serta bimbang keselamatan diri dan anaknya mengambil keputusan membuat laporan polis di Balai Polis Chendering, sebelum suspek ditahan beberapa jam kemudian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebat, atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan, jika sabit kesalahan.-sinar harian