Searching...
Friday, February 22, 2013
8:11 PM 0

Disaman Atas Tuduhan Menipu, Harun Salim Bachik Enggan Beri Kenyataan.



Disaman Atas Tuduhan Menipu, Harun Salim Bachik Enggan Beri Kenyataan. | Padah kini sah menanti buat individu yang pernah merajai kerusi panas persatuan SENIMAN apabila disaman oleh 8 ahlinya pada 25 Januari lalu.

Hal ini berlaku apabila perjalanan mesyuarat persatuan berkenaan didakwa sebagai tidak telus dan ada unsur – unsur penipuan. Harun Salim Bachik yang merupakan bekas presiden Seniman sebelum diambil alih oleh Zed Zaidi turut menerima ‘bonusnya’ apabila menjadi salah satu pihak defendan.

Harun Salim Bachik yang kami temui jumaat lalu hanya mampu memberi jawapan ringkas iaitu ‘no coment’ apabila ditanya berkaitan isu ini.

Bagaimanapun jelasnya juga “Sebab apa saya pun kena saman sekali ialah, dakwaan ini dibuat masa mesyuarat agung yang lepas semasa saya letak jawatan dan diambil alih oleh ‘orang lain’.

Saya pun tak tahulah mungkin yang saman ni tak puas hati dengan ‘orang tu’ jadi saya pun terkena sekali tempiasnya. Akui sedikit terkejut dengan hal saman ini kerana apa yang dilakukan pada mesyuarat yang lepas adalah mengikut perundangan perlembagaan yang sedia ada dan tidak melanggar mana – mana peraturan.

Saya yakin tak ada apa yang perlu saya risaukan sangat pasal hal ini. Apa-apapun kita tunggu keputusan Mahkamah pada 1 Mac ini nanti, sebab sekarang ini saya tak berani nak bagi komen apa-apa lagi.-buahmulut

0 comments:

Post a Comment