Searching...
Sunday, February 24, 2013
10:00 PM 0

Gambit Saifullah Dibenci Kerana Fear Factor Malaysia


Gambit Saifullah Dibenci Kerana Fear Factor Malaysia | Pasti ramai yang menarik nafas lega apabila Gambit diumumkan tersingkir daripada Fear Factor Malaysia semalam. Daripada apa yang admin baca, ramai betul  membenci perwatakan yang ditunjukkan oleh Gambit di dalam rancangan tersebut. Jahat sangat katanya!!!
Bercakap kepada Kosmo hari ini, Gambit menyatakan teknik suntingan yang digunakan menyebabkan dirinya nampak jahat dan menjadi watak antagonis di dalam Fear Factor Malaysia. Kata Gambit:-
Mungkin juga khalayak terbawa-bawa dengan cerita lama saya yang mengatakan saya poyo dan sombong. Ini lebih menokok tambah rasa benci penonton. Bagus juga untuk permainan Fear Factor. Cara suntingan itu menampakkan saya jahat. Tetapi penonton kena bijak mentafsir.
Memang setiap rancangan realiti kena ada watak jahat. Kalau dulu di rancangan Masterchef Selebriti, Azwan Ali menjadi penyeri dengan celotehnya yang over. Kalau tak ada orang macam Gambit dan Azwan Ali, pasti bosan rancangan tersebut. Apa pula kata anda?

0 comments:

Post a Comment