Searching...
Thursday, January 31, 2013
11:00 PM 0

Bulu Mata Terpanjang Di Dunia


Bulu Mata Terpanjang Di Dunia | Kalau memelihara rambut panjang dan kuku panjang mungkin sudah biasa, tapi berbeza halnya dengan wanita yang pertama ini. Disember tahun 2009 seorang wanita kebangsaan China tercatat dalam Guinness Book Of Record sebagai manusia dengan bulu mata terpanjang di dunia. Menurut, wanita ini mengalami pertumbuhan yang berlebihan pada bulu matanya ini akibat kesan sampingan dari ubat-ubatan yang petroleumnya.

Banyak orang menyangka bahawa ini adalah berita rekayasa, namun sebenarnya ini memang benar adanya.






10:00 PM 0

Kisah Mat Dan Nab



Kisah Mat Dan Nab | Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja, sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.


Satu malam …..
Mat berdoa, “Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja.Biar aku pula yang berehat di rumah”

Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah.
Pastu panaskan enjin kereta dan bergegas hantar anak-anak ke sekolah. Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais. Kemudian kutip kain busuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti.

Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Kemudian angkat kain di jemuran. Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan. Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap.

Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapkan makan malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur…. dan macam-macam pastu lagi. Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai lohe… Bolehlah rasanya nak berehat sikit.
Opps…. belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali lohe dan langsung tertidur……. tak pasti pukul berapa.

Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula, “Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu…. Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja”

Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,”Wahai Mat,kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali….”
Whatttt???… 9 bulan 10 hari??? Beranaaak???…….Waaaaaa.. tak nak, tak nak, tak taaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkk…!!!
~~~~~
“Bang, bang… Abangggg… apasal niii…..??”
Sergah satu suara disisinya. Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil bertanya,”Nab, Nab yang jadi suami atau abang yang jadi suami???
“Laaaaa… tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab nie pompuan. Tentulah abang yang jadi suami….. Apa punya lawak pagi-pagi buta ni…..”
Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah….. Hinggakan seluar kecik dan baju kecik Nab pun habis Mat kutip basuh… Nab terkedu beghok, terlopong dan jadi bisu seharian melihat gelagat suaminya………

Moral cerita :
Isteri perlu disayangi dan lindungi kerana ia adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai.. so orang suami2 di luar sane mahupun di dalam sini..hargai la isteri anda..

9:15 PM 0

Orang Orang Yang Dicintai Allah


Orang Orang Yang Dicintai Allah

Di dalam hadith-hadith ada dikemukakan ciri-ciri orang yang dicintai dan dikasihinya.
1. Orang yang teliti dan tekun.
“Sesungguhnya Allah mencintai dan mengasihi orang yang bila mengerjakan sesuatu, selalu memperbaguskan / menyempurnakan perbuatannya.”
2. Orang yang selalu memberikan bantuan kepada orang yang malang.
“Sesungguhnya Allah suka kepada orang yang membantu orang yang kemalangan”
3. Orang yang lemah lembut.
“Sesungguhnya Allah menyukai lemah-lembut dalam segala urusan (baik perbuatan, ucapan, pergaulan dan sebagainya).”
4. Peramah
“Sesungguhnya Allah menyukai yang mudah dan ringan dalam perkataan dan perbuatan (manis muka dan ramah tamah)”
“Sesungguhnya orang-orang yang paling Aku cintai di antara kamu dan dekat kedudukannya kepada Ku pada hari kiamat ialah orang-orang yang paling baik akhlaknya dan rumahnya sering dikunjungi, yang ramah tamah dan disukai orang. Dan orang yang paling Aku benci dan jauh kedudukannya dari Ku pada hari kiamat ialah orang yang cakap besar (yang suka bercakap dan di dalam percakapannya banyak mengumpat dan mencerca orang lain), yang besar kepala dan sombong”
5. Orang yang taat.
“Sesungguhnya Allah menyukai pemuda yang menghabiskan masa mudanya dalam ketaatan kepadaNya.”
6. Orang yang mempunyai pekerjaan.
“Sesungguhnya Allah mengasihi hambaNya yang mukmin dan memepunyai perusahaan/pekerjaan.”
7. Orang yang rendah hati.
“Sesungguhnya Allah menyukai hambaNya yang bertakwa lagi kaya tetapi tidak menonjolkan diri atas kekayaanNya.”
8. Orang yang selalu mengulangi doanya.
“Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bersungguh-sungguh dalam berdoa.”
9. Orang yang menunaikan fardu dan sunat.
“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang menunaikan keringanan yang telah ditetapkan, (seperti ‘rukhsah’ dalam perjalanan jauh), sebagaimana juga Dia menyukai orang-orang yang melaksanakan apa-apa yang telah ditetapkanNya ‘azimah’.”
10. Orang yang mensyukuri nikmat.
“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang memperlihatkan nikmatNya kepada hambaNya (misalnya nikmat ilmu yang diamalkan).”
11. Orang yang fanatik terhadap keyakinannya.
“Sesungguhnya Allah mencintai hamba-hambaNya yang cemburu (untuk menegakkan dan membela AgamaNya), bukan cemburu kerana buruk sangka tanpa ada kecurigaan atau keraguan.”
12. Orang yang tidak banyak cakap.
“Sesungguhnya Allah menyukai jual beli yang mudah dan toleransi, dan pembayaran yang mudah serta toleran.”
13. Orang penyantun.
“Sesungguhnya Allah menyukai hambaNya yang mukmin, yang fakir tetapi sopan, menjaga harga diri dan mempunyai tanggungan.”
14. Wanita yang tidak mandul.
“Wanita yang melahirkan anak lebih dicintai Allah daripada wanita yang cantik tetapi mandul. Sesungguhnya Aku bangga dengan umatKu pada hari kiamat.”
15. Orang yang mengutamakan hal-hal yang penting.
“Sesungguhnya Allah menyukai urusan-urusan yang tinggi nilainya lagi mulia dan tidak menyukai urusan yang hina dan rendah martabatnya.”
16. Orang yang memuji syukur kepadaNya.
“Sesungguhnya Allah suka untuk dipuji.”
17. Orang yang mencintai anaknya.
“Sesungguhnya Allah menyukai kamu berlaku adil diantara sesama anak-anak kamu hingga mencium mesra.”
18. Orang yang berakhlak tinggi.
“Sesungguhnya Allah itu indah, dan menyukai keindahan.”
“Dia Maha Pemurah menyukai kemurahan, Dia menyukai ketinggian akhlak (budi pekerti) dan tidak suka kepada akhlak yang rendah.”
19. Orang yang kuat imannya.
“Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai daripada orang mukmin yang lemah, tetapi pada masing-masing ada kelebihannya.”
20. Orang yang pemaaf.
“Sesungguhnya Allah itu pemaaf, Dia suka memaafkan.”
21. Orang yang kekal dalam kebiasaannya yang baik.
“Amal perbuatan yang disukai Allah ialah yang kekal dilakukan meskipun sedikit.”
22. Orang yang suka memberi nasihat.
“Sesungguhnya hamba-hambaNya yang paling disukai Allah ialah yang banyak memberikan nasihat kepada hamba-hambaNya yang lain.”
23. Orang yang suka berbuat kebajikan.
“Sesungguhnya hamba-hamba yang paling disukai Allah ialah orang yang suka kepada kebajikan dan suka melakukannya.”
24. Penguasa yang adil.
“Sesungguhnya orang yang paling disukai Allah pada hari kiamat dan dekat kedudukannya pada Allah ialah Raja (penguasa) yang adil. Dan orang yang sangat dibenciNya dan jauh kedudukan dariNya ialah Raja (penguasa) yang zalim (suka menganiaya).”
25. Nama yang baik.
“Sesungguhnya nama-nama yang disukai Allah ialah Abdullah dan Abdul Rahman.”
26. Orang yang sembahyang, berbakti kepada orang tua dan berjihad.
“Perbuatan yang paling disukai Allah ialah sembahyang pada waktunya, kemudian berbakti kepada ibu bapa, kemudian berjihad fisabilillah.”
27. Orang yang selalu berzikir kepada Allah.
“Perbuatan yang paling disukai Allah ialah di saat engkau meninggalkan dunia lidahmu basah kerana berzikir kepada Allah (orang yang suka berzikir terus menerus hingga saat kematiannya).”
28. Orang yang suka menolong sesama manusia.
“Perbuatan yang paling dicintai Allah ialah suka memberi makan orang yang miskin yang kelaparan, atau orang yang suka membayarkan hutang orang lain atau orang yang suka melapangkan musibah (kesusahan) orang lain.”

29. Orang yang selalu menggembirakan sesamanya.
“Perbuatan yang paling disukai Allah, (setelah menunaikan segala perkara yang fardu) ialah mendatangkan kegembiraan dan kesenangan kepada sesama Muslim.”
30. Orang yang tidak lancang berbicara.
“”Perbuatan yang lebih disukai Allah ialah menjaga lidah (jangan lancang berbicara).”