Searching...
Wednesday, December 25, 2013
12:37 AM 0

Lana Nordin Dan Johan Putus Cinta

Tidak sampai sebulan, Akhirnya kisah cinta yang penuh dengan kontroversi Johan Asari dan Lana Nordin putus ditengah jalan.. Seperti desas-desus yang bertiup kencang mengenai penerimaan keluarga Johan sebelum ini.

Mereka berdua dikatakan telah berpisah sejak kelmarin kerana Johan tidak mahu dianggap sebagai anak derhaka apabila keluarganya tidak menerima Lana Nordin…

    “Saya sebenarnya berat mahu melepaskan Lana. Tapi saya tidak mahu menyeksanya. Lebih baik, kami berpisah daripada terus menyeksa hati dan perasaan Lana,”

    “Keadaan saya cukup tersepit, umpama diluah mati mak, ditelan mati bapa,”

    “Syurga dibawah telapak kaki ibu saya, Jika pilihan saya tidak mendapat restu keluarga, saya anak derhaka”

    “Saya minta maaf. Keputusan ini tentu melukakan hati Lana dan keluarga. Tetapi saya terpaksa buat keputusan kerana tidak ada harapan kepada Lana,” ujarnya.

Dalam pada masa yang sama, Lana Nordin mengatakan yang dia tidak bodoh, malah dia memberi masa untuk Johan membuktikan janji manisnya sebelum ini, namun baru sebulan Johan sudah mengaku kalah…

    “Saya bukan bodoh, tiga hari bertemu terus dilamar sebagai isteri, boleh percayakah?
    “Saya beri Johan ruang untuk membuktikan janji dan ungkapan manisnya, tapi nampaknya baru sebulan lebih Johan sudah mengaku kalah,” katanya.

0 comments:

Post a Comment