Kecoh beberapa hari lepas dengan kes kematian seorang bayi bernama Nur Imna Khalisa di Taska Permata Bonda Presint 11 Putrajaya. Sebagaimana yang kita tahu, ajal dan maut sememangnya adalah urusan DIA. Namun kalau benda ini berlaku beberapa kali di taska yang sama sudah tentu akan menimbulkan keraguan.
Tidak dinafikan, ada juga yang menyalahkan ibu bapa kerana menghantar anak mereka ke taska. Jadi, macam-macam pendapat ada. Namun dalam post sebelum ini, ammboi ada menyiarkan kenyataan dari pihak mangsa. Kali ini ammboi rasa terpanggil untuk menyiarkan kenyataan dari pihak taska Permata Bonda pula.
Menerusi sumber info, Taska Permata Bonda Presint 11 Putrajaya ada menyiarkan kronologi kes kematian bayi Nur Imna Khalisa. Anda boleh baca petikan kronologi berkenaan dibawah:
KRONOLOGI KES KEMATIAN BAYI NUR IMNA KHALISA DI TASKA PERMATA BONDA PRESINT 11 PUTRAJAYA
Sekitar jam 7 pagi Muhamad Zamri Anuar (bapa) dan Nafisah Ahmad Jauhari (ibu) telah hantar bayi (mangsa) Nur Imna Khalisa ke Taska Permata Bonda Putrajaya Presint 11. Pengasuh taska yang menyambut kehadiran bayi itu telah memaklumkan yang baby tidak sihat kepada ibu mangsa dengan harapan membawanya mangsa ke klinik. Bagaimanapun ibu bayi menyatakan mahu sapu kunyit (perubatan tradisional) pada dahi baby untuk kurangkan selsema baby.
Dalam kenyataan itu, pihak taska juga memaklumkan keadaan bayi masih sihat ketika dimandikan. Cuma merasakan badan bayi sedikit panas dan bayi juga masih mengalami selsema. Menurut kenyataan itu lagi, ada dimaklumkan demam bayi sudah berlarutan selama seminggu. Menurut kenyataan itu lagi, pada waktu tengahari pengasuh ada berikan susu kepada bayi. Namun bayi asyik menangis dan kurang minum susu sebagaimana biasa. Oleh itu, pengasuh telah cuba tidurkan bayi dalam keadaan berpampers dan berbedung memandangkan badan bayi suam. Bila bayi tidur, pengasuh letakkan di dalam baby cot bagi mengelak diganggu anak-anak lain yang sudah merangkak.
Sekitar jam 3 petang pula seorang pengasuh telah memeriksa bayi dengan memberi susu. Menurutnya ketika itu bayi masih bernyawa. Rutin harian selepas jam 3 petamg, pengasuh akan menguruskan anak-anak lain (mandi dan makan). Pengasuh yang menyangka bayi masih tidur dan tidak ingin menganggunya kerana kebiasaan dua orang bayi (termasuk mangsa) selalu dimandikan lewat.
Sekitar jam 5.30 petang, ibu bayi datang menjemputnya. Pengasuh telah kejutkan bayi tapi bayi dah kaku. Menurut kenyataan itu, ada terdapat kesan bintik darah pada kening baby. Pengasuh telah maklumkan pada ibu untuk masuk ke dalam taska untuk melihat sendiri keadaan anaknya. Melihat keadaan anaknya yang sudah tidak bernyawa (menurut laporan awal keadaan bayi kebiruan) ibu bayi terus bawanya ke unit kecemasan. Ketika di bilik forensik terlihat kesan bintik dan lebam pada badan bayi. Penjaga (ibu dan bapa) dan pihak taska (pengasuh) yang terlibat dibawa ke balai polis untuk disoal siasat.
Pada jam 9 pagi keesokan harinya, bedah siasat dilakukan dan pihak taska (mungkin pemilik taska dan yang mengeluarkan kenyataan ini) menyataan dia berada disana sehingga jam 3 petang. Selepas selesai, penjaga telah membawa anaknya pulang ke kampung untuk urusan perkebumian. Dalam pada itu, pada hari yang sama pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM, polis dan pejabat kesihatan telah membuat lawatan ke taska dan menjalankan siasatan.
Pada jam 6 petang, ada anggota polis telah memberitahunya mengenai keputusan awal bedah siasat (post morterm) yang dijalankan. Menurutnya tiada sebarang unsur penderaan atau jenayah terdapat pada mayat bayi dan semua pihak perlu tunggu keputusan ujian kimia bagi mengetahui punca sebenar kematian baby. [sumber asal: mymediahubonline dan berita semasa]
Ok, itu adalah kenyataan yang dipercayai dikeluarkan oleh pihak Taska Permata Bonda. Nampak agak meragukan. Cepat benar mereka boleh dapatka laporan awal dari pihak polis. Sedangkan ketika ini, kes kematian bayi Nur Imna Khalisa yang meninggal dunia di Taska Permata Bonda ini masih menunggu keputusan autopsi yang bakal mengambil masa yang agak lama sekitar 8 minggu.
Lagi satu perkara, dalam kenyataan itu biasanya pihak taska akan mengurusan anak-anak lagi (mandi dan makan) sebelum menguruskan dua bayi (termasuk mangsa kot). Selesai uruskan anak-anak lain, mereka pasti akan uruska dua bayi itu. Tak akan tak sedar bayi sudah tak bernyawa atau lain-lain?
Kami disini ucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa. Semoga tabah dengan ujian Nya ini. Selain itu, kami juga berharap segala urusan siasatan dipermudahkan. Insyaallah. Amin.
Dibawah pula dikongsikan sedikit informasi mengenai Taska Permata Bonda Putrajaya Presint 11. Menurut sumber, taska itu menjaga seramai 33 kanak-kanak (9 bayi dan 6 transit selepas sekolah). Namun mereka cuma mempunyai 5 pengasuh sahaja namun ketika hari kejadian seorang pengasuh telah ambil cuti sakit. Selain itu, Taska Permata Bonda Presint 11 Putrajaya terus beroperasi seperti biasa sehingga ke hari ini.
Kemaskini terbaru pada jam 5.00 petang, 3 Oktober 2014 – Taska Permata Bonda Presint 11 Putrajaya telah diarah tutup bermula hari ini sehingga siasatan selesai.
Credit-Ammboi.com
0 comments:
Post a Comment