Penyakit virus Ebola (EVD) atau Demam berdarah Ebola (EHF) ialah penyakit yang menyerang manusia disebabkan oleh virus Ebola. Virus ini baru sahaja dikenalpasti dan dianggap sebagai suatu virus penyakit yang amat berbahaya di dunia. Ebola mudah berjangkit dan boleh membawa maut. Dalam 50% - 90% kes jangkitan, penyakit ini mengakibatkan kematian, bergantung kepada jenis virus Ebola punca penyakit. Virus Ebola menyebabkan pesakit menjadi lemah, kekurangan air, lesu dan keliru. Tanda-tanda Ebola yang paling jelas merupakan pendarahan di seluruh tubuh dan di dalam badan. Kematian biasanya berlaku dalam masa 7 sehingga 16 hari disebabkan oleh kejutan dan kehilangan darah yang serius.
Gejala-gejala biasanya bermula dari hari ke-dua hingga ke tiga minggu selepas dijangkiti virus, dengan demam, sakit tekak, sakit otot, dan sakit kepala. Kebiasaannya diikuti rasa loya, muntah-muntah, dan cirit-birit, juga kemerosotan fungsi hati dan buah pinggang. Pada ketika ini, sesetengah orang mula mengalami masalah pendarahan.
Pada bulan Februari 2014, virus Ebola telah muncul di Guinea. Ini mewujudkan wabak virus Ebola pertama seumpamanya yang berlaku di wilayah tersebut. pada tanggal 28 Mac 2014, seramai 103 orang telah sah dikenal pasti dijangkiti oleh virus dan 66 orang mangsa telah disanhkan meninggal dunia di Guinea, manakala 8 kes di Liberia termasuk 6 kematian, 6 pesakit di Sierra Leone termasuk 5 kematian. Penyiasatan masih diteruskan sehingga sekarang.
Wabak yang berlaku dengan pantas di ibu negara Guinea, Conakry, adalah yang sangat merbahaya seumpamanya kerana strain virus Ebola ini di kenal pasti begitu cepat menyerang. Negara yang berpenduduk 2 juta orang itu sangat miskin, terlalu banyak lambakan setinggan dan kawasan fakir miskin. Sistem perkhidmatan perubatan ternyata sangat lemah sangat jauh jika dibandingkan dengan negara maju di Eropah yang lain.
Virus tersebut mungkin dijangkiti melalui sentuhan dengan darah atau cecair badan binatang yang dijangkiti (kebiasaannya monyet atau keluang).Penyebaran melalui udara belum pernah didokumenkan dalam persekitaran semula jadi. Keluang dipercayai membawa dan menyebarkan virus tersebut tanpa dijangkiti. Apabila jangkitan manusia berlaku, penyakit ini boleh merebak di kalangan manusia. Penakat lelaki mungkin boleh menyebarkan penyakit melalui air mani selama hampir dua bulan. Untuk membuat diagnosis, biasanya penyakit-penyakit lain yang mempunyai gejala yang serupa seperti malaria, taun dan lain-lain demam berdarah viral terlebih dahulu dikecualikan. Untuk mengesahkan diagnosis sampel darah diuji untuk antibodi viral, RNA viral, atau virus itu sendiri.
Pencegahan termasuklah mengurangkan penyebaran penyakit dari monyet dan babi yang dijangkiti kepada manusia. Ini boleh dilakukan dengan memeriksa haiwan itu bagi jangkitan dan membunuh serta melupuskan bangkai-bangkai dengan betul jika wabak tersebut ditemui. Memasak daging semasaknya dan memakai pakaian perlindungan apabila mengendalikan daging juga dapat membantu, seperti memakai pakaian perlindungan dan mencuci tangan apabila berada di sekitar orang yang menghidapi penyakit tersebut. Sampel cecair badan dan tisu penghidap penyakit Ebola perlu ditangani dengan amat berhati-hati.
Tiada rawatan khusus untuk penyakit Ebola; usaha untuk membantu orang-orang yang dijangkiti termasuklah sama ada dengan memberi terapi rehidrasi oral (air yang sedikit manis dan masin untuk diminum) atau cecair intravena. Penyakit ini mempunyai kadar kematian yang tinggi: biasanya membunuh antara 50% dan 90% orang yang dijangkiti virus ini. EVD pada mulanya dikesan di Sudan dan Republik Demokratik Congo. Penyakit ini biasanya berlaku menerusi penularan wabak di kawasan tropika di selatan Gurun Sahara di Afrika.Bermula dari tahun 1976 (apabila ia mula-mula dikenal pasti) sehingga 2013, kurang daripada 1,000 orang telah dijangkiti setiap tahun.Wabak terbesar sehingga kini yang berterusan ialah penularan wabak Ebola Afrika Barat 2014, yang menjejaskan Guinea, Sierra Leone, Liberia dan kemungkinan Nigeria. Sehingga Ogos 2014 lebih daripada 1600 kes telah dikenal pasti. Usaha masih berterusan untuk membangunkan vaksin; walau bagaimanapun, masih belum berhasil.
0 comments:
Post a Comment