Salam AidilAdha semua. Masih dalam mood raya atau dah mula bekerja? Kalau dah kerja pun apa salahnya kalau masih beraya kan. Kali ini kami kongsikan foto menarik pelakon dan pengarah terkenal, Erma Fatima yang menyambut Aidiladha bersama suami, Bade dan madunya di rumah ibu mertua mereka.
Menerusi dua foto yang dimuat naik dalam akaun Instagram Erma, kebahagiaan keluarga ini jelas kelihatan dengan keterbukaan Erma menerima ahli baru dalam keluarga mereka.
“Celebrating Raya with my beautiful sista….welcome to the family…” tulis Erma dalam salah satu foto yang dimuat naik.

Tahniah diucapkan kepada Bade kerana berjaya menjaga keharmonian rumah tangganya. Semoga ikatan kemesraan yang terjalin ini akan menjadi ikutan kepada semua. [MediaHiburan]
0 comments:
Post a Comment